11.9.08

BAGAIMANA KASUT YB ?


Ketika Yang Berhormat Wakil Rakyat melangkah memasuki pintu keretapi, kasut yang di kaki kirinya terlucut dan terjatuh di tepi landasan. Tidak sempat diambilnya kasut itu kerana keretapi sudah mulai bergerak. Penumpang keretapi kehairanan melihat YB itu dengan selambanya menanggalkan kasut yang sebelah kanan dan mencampak kasut itu ke tepi landasan, berhampiran kasut yang terlucut. Seorang penumpang bertanya kenapa dia berbuat begitu. YB berkata: “Jika ada orang miskin yang menemui kasut itu, tentulah dia boleh memakainya”.

6 comments:

kembara kelana said...

cikgu,
tadi balik sembahyang jumaat baru tahu cikgu ada blog...tahniah, dimana cikgu ada banyak pengalaman untuk dikongsi bersama dan adalah ruangan untuk saya bertukar fikiran dan pendapat. saya baru saja tamat pengajian sebagai sarjana muda pengurusan pendidikan dgn 23 subjek belajar dan 3 projek. semua ini adalah dari motivasi dari cikgu...saya telah mengalami pengurusan dari 20 boss..dan cikgu antara boss yang banyak memberikan saya tunjuk ajar..saya memang ada buat blog, ada 4 blog saya..dua darinya saya peramkan dulu, satu untuk kesatuan peserta ppgb masa kat upsi.. alamatnya ialah http://ppgbupsikohot5a.blogspot.com/
kedua blog menghimpunkan balik kawan kawan masa sekolah sains johor dulu, sebab kami nak buat gathering pada disember ini..oklah banyak jugak sambutan alamatnya ialah http://smsjohorkluang.blogspot.com/
saya masih belum buat blog akademik dan blog pengalaman seperti cikgu lagi... massih explore sejauh mana kemudahan yang blog berikan..anyway cikgu punya blog agak canggih dan kemas..syabas..[mana boleh lawan sifu..kan] nanti jumpa masa raya...datanglah rumah..jangan lupa simpan sop..raya kedua saya sampai...
usop [ kembara kelana ]
salam

mantan said...

Sop,
Terima kasih kerana berkelana ke blog BCW. Blog yang ni baru 3 bulan usianya. Belum sempurna.

Tahniah, akhirnya berjaya juga dengan ijazah tu. Tidak ada istilah "terlewat" dalam kita belajar ni. Buat blog pun kena belajar juga.

Saya akan masukkan link alumni smsjkluang dalam blog saya (dengan izin). Manalah tau kalau ada yang berkelana ke blog BCW, dan mungkin mereka akan refer ke blog KEMBARA KELANA pula.

InsyaAllah ada rezeki adalah sop tulang tu. Jemputlah ke rumah raya ni..

Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut ketibaan aidilfitri.

http://cikguwahab.blogspot.com

Aku Pemerhati said...

Salam cikgu,

Cikgu lama dah cerita kasut YB tu. Mananya cerita lain pulak. Cerita tupai ke!! Kasut YB tu dapat ke saya dah...sebab saya yang jumpa...

Anonymous said...

aslmkum ckgu wahab
salam perkenalan
saya terjumpa blog ckgu melalui ppgb kohort 5 kump A menerusi blog kembara kelana
yusof kenalan sama belajar di UPSI
saya suka baca bahan2 yg ada di laman saudara
teruskan menulis
saya pernah bercita2 menjadi seorang penulis sambilan tapi tak jadi sebaliknya mahir buat kuih raya jer
Bye.

Anonymous said...

Sazili,
Nantilah...fikir dulu nak tulis cerita apa...Cerita tupai pun o k jugak.

Anonymous said...

Benqoolen,
Waalaikumsalam. Selamat berkenlan.Tq kerana singgah di blog saya. Semalam (Jumaat) saya bertemu Yusof selepas solat Jumaat. Saua tanya tentang blog tu. Saya telah pun berkunjung ke blog kohort 5.

Buat kuih raya tu macam buat blog jugak. Mesti mau sedap punya....

jumpa lagi.....