Dia guru. Pagi itu, pada hari pertama selepas cuti panjang, dia berdiri di depan kelas Darjah Lima, dan membohongi pelajar-pelajarnya.
“Saya menyayangi kamu dan saya akan bersikap adil kepada kamu semua.” Guru perempuan itu bersuara sambil pandangannya melepasi tingkap.
Tetapi itu mustahil kerana di barisan belakang kelas, duduk seorang murid bernama Abdul Wahab.
Guru perempuan itu, telah memerhati akan gelagat Abdul Wahab. Dia suka bersendirian. Tidak suka bergaul dengan murid-murid lain. Bajunya agak comot, tidak kemas dan tampak dirinya tidak terurus. Sesungguhnya Abdul Wahab tidak disenangi.
Beberapa bulan seterusnya Guru perempuan itu agak teruja apabila membuat tanda pangkah dengan pen berdakwat merah di dalam setiap buku latihan Abdul Wahab. Agak ghairah dia menulis markah dengan angka kosong yang sengaja dibesarkan, berwarna merah dalam kertas jawapan Abdul Wahab. Oleh sebab Abdul Wahab seorang murid yang pendiam, maka tiada siapa pun yang peduli.
Apa pun yang dilakukan oleh Guru perempuan itu untuk mengajar murid-muridnya, Abdul Wahab, jika diberi peranan, pastinya menunggu giliran terakhir.
Ketika Guru perempuan itu ingin mencatat maklumat dalam kad 001 (Kad Maklumat diri murid) Abdul Wahab - pastinya selepas mencatat rekod murid-murid lain – ada sesuatu yang telah dicatat oleh guru-guru lain sebelumnya.
Guru Tahun Satu menulis: “Abdul Wahab ialah pelajar yang cerdik, mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi dan suka berjenaka dengan rakan-rakannya. Kerjanya kemas. Kelakuannya baik. Ramai yang gemar berkawan dengannya”.
Guru Tahun Dua menulis: “Abdul Wahab ialah pelajar yang pintar, digemari oleh rakan-rakan sekelasnya, tetapi dia menghadapi masalah kerana ibunya seringkali sakit. Barangkali keadaan ibunya itu akan mengganggu kehidupannya”.
Guru Tahun Tiga menulis: “Abdul Wahab ingin terus berusaha dengan bersungguh-sungguh tetapi kematian ibunya menjadikan hidupnya tertekan. Dia
Guru Tahun Empat menulis:”Abdul Wahab ketinggalan dalam pelajaran dan nampak tidak berminat bersekolah. Dia tidak suka berkawan. Kadang-kadang dia tidur di kelas. Dia pelajar lembam dan bermasalah.”
Barulah Guru perempuan itu tahu masalah Abdul Wahab.
Pada sambutan Hari Guru, ramai murid menghadiahi Guru itu dengan hadiah yang dibungkus cantik dan diikat riben. Abdul Wahab turut memberi hadiah yang dibalut kertas
Murid-murid lain ketawa apabila guru membuka balutan hadiah yang diberikan oleh Abdul Wahab, sehelai kain tudung putih dan seutas gelang diperbuat daripada plastik. Seluruh kelas terdiam apabila guru itu memakai tudung dan gelang yang diberikan oleh Abdul Wahab. “ Cikgu pakai tudung putih dan gelang tu, macam mak saya”, kata Abdul Wahab memberitahu guru itu. Kelihatan guru itu senyum, tetapi tidaklah begitu manis senyumannya.
Selapas murid-murid pulang, guru itu tidak dapat lagi menahan air matanya. Menangislah dia sepuas-puasnya. Esoknya dia hadir untuk mendidik; tampak manis dengan tudung putih dan gelang plastik itu.
No comments:
Post a Comment