10.10.08

Bagaimana masak belut sawah ?


Selepas Isyak pergi beraya ke rumah kawan. Rumahnya dekat tepi sawah padi.

Masa nak balik, kawan saya bagi belut. Masih hidup. Katanya dia selalu masak belut; sedap masak sup atau goreng berlada. Tak pernah makan belut ni. Isteri saya kata dia takut nak siang. Macam ular, katanya. Saya sempat bergurau dengan isteri saya; saya kata saya tak percaya dia takut dengan belut. Saya dicubitnya kerana dia faham dengan gurauan saya tu.

Macam mana ye nak masak belut ni? Nak siang pun susah, licin. Rasanya pun tak tau lagi.

2 comments:

Anonymous said...

oooo pandainya cikgu bergurau dgn isteri.. kekekkee

mantan said...

Juita,
Tu gurau orang tua... Orang muda lain pula guraunya...