Masa hari raya, berhati-hati makan, bimbang sakit perut. Alhamdulillah.
Tapi semalam demam dan batuk. (Banyak minum ais masa beraya). Pergi ke klinik. Biasalah dapat panadol dan ubat batuk. Hari ni pun masih demam dan batuk, tapi dah berkurangan. Masih boleh hantar posting dan meninjau blog rakan-rakan.
Yang bimbangnya sekarang ni ramai yang kena denggi dan cikunggunya.
2 comments:
Assalamualaikum, Salam Idulfitri,
Tak sihat ye?
Dulu saya pun kena macam tu, doktor beri ubat yg sama, tapi tak heranlah sebab orang panggil doktor tu Dr Panadol.
Cikgu cubalah makan sup bcw tu lagi, saya dah salin resepi tu tapi belum mencuba. Ye lah orang pencen macam kita ni kena jaga kesihatan lagipun banyak makanan yg perlu dipencenkan dari menu harian kita. mudahan cepat sembuh!
Assalamualaikum birin,
Terima kasih. Sihat dah. Hari ini pergi dah ke Kuantan pun. Kereta yang masuk woksyop sebelum raya tu dah siap. Pergi ambil kereta tu. Kena juga RM 500 +.
Comment birin tu cetuskan idea untuk tulis berkenaan pemakanan dan penjagaan kesihatan bagi orang-orang pencen.
Adalah tu nanti. InsyaAllah.
Terima kasih kerana singgah.
Post a Comment