31.10.08

PELAJAR HILANG

Akhbar seringkali melporkan tentang beberapa pelajar yang menuntut di luar negara didakwa "hilang".

Teringat saya kepada anak saudara saya yang "hilang" di Amerika sejak 20 tahun yang lalu. Anak saudara saya itu, Muhamad Redhuan Bin Umar, menuntut di sebuah universiti di Ontario. Seingat saya dia mengikuti pengajian dalam bidang Aerodynamics setelah berjaya cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Dia "hilang" sebelum tamat pengajian. Dia tidak pernah kembali. Di manakah dia, tidak diketahui, masihkah hidup atau apalah yang terjadi...

Ramai pelajar Malaysia yang berjaya cemerlang di luar negara. Namun segelintir yang gagal telah "menghilangkan" diri.

Ada yang tidak mampu meneruskan pelajaran kerana seringkali gagal, dan mencari pekerjaan yang sesuai. Tidak mahu pulang ke Malaysia kerana malu dan tidak tergamak melukakan hati ibubapa.

Anak seorang jiran saya, baru tiga bulan kembali ke pangkuan keluarga setelah empat tahun "hilang" kerana tidak mampu menamatkan pengajian dalam bidang perubatan. Bekerja di restoran di luar negara, tetapi kemudiannya berkeputusan kembali.

Sebenarnya kita tidak tahu berapa ramai pelajar Malaysia tidak kembali kerana gagal. Ibu-bapa bukan tidak berusaha mencari dan membawa pulang ke tanah air. Berapa ramai pula yang tidak kembali kerana sebab-sebab lain...

5 comments:

sazili said...

Cikgu,
Mendengar cerita-cerita macam ini saya terasa sedih bila memikirkan betapa lemahnya jiwa anak-bangsa kita. Takut menerima hakikat kegagalan. Seolah-olah kegagalan itu adalah segala-galanya.Sepatutnya mereka berani menghadapi hakikat kehidupan dan bangkit setelah gagal untuk terus berjaya. Saya rasa ada banyak yang tidak kena kepada proses mendidik anak-anak bangsa kita cikgu. Wallahu aklam!

waruna said...

Hilang atau sengaja menghilangklan diri... Kekuatan diri tidak ada dan mereka senang dipengaruhi. Akhirnya pelajaran kemana, harga diri kemana... Amat menakutkan. Kalau ibubapa orang kampung yang tak reti apa2.. apalah yang boleh mereka lakukan.

wahab said...

Waruna, betul seperti apa yang dikatakan waruna dan sazili. Hilang atau sengaja menghilangkan diri...Itulah keadaannya cikgu... mungkin juga kerana sistem pendikidikan kita adalah "sistem suapan", pelajar-pelajar seolah-olah tidak boleh belajar jika tidak "disuap". Kadang-kadang budak-budak kita tu macam diprogram bila nak ambil UPSR, PMR, SPM. Tapi kalau tak dibuat begitu, tak cemerlang pulak. Tapi bila budak-budak tu melanjutkan pelajaran di tempat lain yang tidak menggunakan sistem suapan, ramai juga yang tak mampu nak ikut. Bila tak boleh berdikari untuk belajar, hanyutlah.....

nuribistari said...

Sedih bila pemuda dan pemudi harapan bangsa hanyut bersama arus globalisasi dan hiprokrasi.Peluang diberi tuba diganti.

Anonymous said...

Saya dahulu salah seorang yg hampir hanyut dan enggan pulang walaupun telah tamat pelajaran. Sebabnya ... bercinta dgn warga asing. Bagaimana pun sekarang saya bersyukur kerana kembali dan Allah menyelamatkan saya dari terus hanyut.