1.11.08

PERTANDINGAN WB

Hari ini ada pertandingan Woodball di Laman Woodball Serai D'Lanjut Resort, Rompin. PPD Rompin menganjurkan pertandingan tersebut sempena pemilihan wakil ke pesta PSKPP tidak berapa lama lagi. 60 peserta mengambil bahagian.

Pertandingan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari.

Saya ada bersama di pertandingan tersebut. Gembira juga dengan kemeriahannya. Lebih merih dengan kehadiran Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Tn. Hj. Abd. Hamid Abu Bakar yang turut bermain dan menyampaikan hadiah.

Tuan PPD Rompin, En. Ramli Bin Awang, turut hadir dan buat pertama kalinya bermain woodball.

Tahniah kepada semua juara: Juara Kategori Lelaki, Cikgu Nordin (mewakili Sekolah Menengah Agama Rompin); Cikgu Mazlah (Wakil SMK Rompin) juara Kategori Perempuan dan En. Kamaruzaman, juara kategori VIP.

No comments: