5.10.08

Kepala Keretapi


Sambil sembang-sembang pada hariraya, ada teman yang bertanya tentang “Kepala Keretapi”.

Teman-teman yang pertama kali menjejakkan kaki di bumi Kuala Rompin, ingin tahu kenapa di Kuala Rompin ada “kepala keretapi” tetapi tiada stesen atau landasan keretapi.

Tentang “kepala keretapi” di K.Rompin pun panjang juga ceritanya. Jika lalu di bandar Rompin, akan nampak kepala gerabak kereta api yang dipamerkan di hadapan Kompleks Pejabat Daerah Rompin.

Sebenarnya kepala keretapi itu ialah peninggalan Syarikat ROMPINCO yang mengangkut bijih besi dari Bukit Ibam ke jeti Kampung Lanjut yang terletak dalam daerah Rompin.

Pada tahun 1955, kerajaan Negeri Pahang telah membenarkan Eastern Mining & Mineral Company (EMCO) melombong bjih besi di Bukit Ibam. EMCO menghantar bijih besi menggunkan keretapai dari Bukit Ibam ke Kampung Lanjut sejauh 70 Kilometer. Bijih besi kemudian dimuatkan ke kapal di jeti yang terletak di Sungai Rompin.

Jika kita perhatikan, jalan raya dari Muadzam Shah Ke Kampung Lanjut yang ada sekarang kelihatan lurus kerana dahulunya ialah landasan keretapi. Salah sebuah kepala keretapi yang masih ada dahulunnya tersadai di Kampung Lanjut kini dipamerkan di perkarangan Kompleks Pejabat Daerah di Rompin.

Sekarang, setelah EMCO dan ROMPINCO memberhentikan operasinya pada tahun 60-an, segalanya tinggal sejarah.

2 comments:

sazili said...

Saya pernah naik keretapi tu cikgu wahab. Saya naik sewaktu berusia 5 tahun pergi ke bukit ibam.Masa tu suka sangat naik keretapi tu.Seronok macam dapat naik kapal terbang.Tapi hari ini...ha' alah, tinggal kepala je !!

Wahab said...

Kalau dulu ada syarikat atau KTM ambilalih sebelum lombong bijih besi ditutup dan dapat kekalkan perkhidmatan keretapi itu, tentu sejarahnya akan berbeza. Mungkin perkhidmatannya akan berkembang ke pantai timur, juga ke Kuala Lumpur. Jaringan landasan keretapi dalam peta Tanah Melayu juga akan berbeza. Pengangkutan minyak sawit mentah tentu lebih efektif...gitulah agaknya...