18.11.08

BELUM SELESAI ISU PPSMI

Isu PPSMI belum selesai; mungkin tidak akan selesai.


Ada pendapat yang pro dan kontra. Sesiapa sahaja boleh memberi pandangan, bergantung kepada penilaian dan persepsi masing-masing.


Saya ada pendapat juga:


Perancangannya: Cetusan idea PPSMI bermula Oktober, 2002. Perancangaan agak mendadak. Kurang penelitian.


Pelaksanaannya: Mula dilaksanakan pada Januari 2003. Terlalu awal selepas cetusan idea. Semua belum bersedia.


Keberkesanan Proses Pelaksanaannya: Perbezaan ketara antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Banyak masalah di semua peringkat.


UPSR: Analisis yang belum lengkap. Agak tergesa-gesa. Analisis bukanlah bukti keberkesanan pelaksanaan PPSMI.


PPSMI diteruskan? Boleh diteruskan dengan "overhaul" serta perubahan perancangan dan strategi.


PPSMI dibatalkan? Boleh dibatalkan dengan syarat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan matapelajaran wajib lulus dan syarat pensijilan pada peringkat UPSR, PMR, SPM dan STPM. Ini dilaksanakan setelah dibuat perancangan yang teliti.

4 comments:

waruna said...

PPSMI:
Diteruskan? - boleh ditafsirkan macam-macam. Apa yang hendak diteruskan? mengajar sains & matematik dlm bahasa Inggeris ke yang hendak diteruskan? rata-rata sekolah di Pantai Timur ( bukan semua ) gurunya mengajar dlm bahasa melayu. Bahkan dalam majlis temumurni anak saya guru sains menggalakkan murid menjawab dlm bahasa melayu. Inikah yg hendak diteruskan? Elaun dapat tapi tidak berusaha menyampaikan pengajaran dlm bahasa inggeris. Sampai bila matlamat meningkatkan penguasaan bahasa inggeris nak tercapai?

hendak dibatalkan? bagaimana dengan perbelanjaan yang telah dikeluarkan mencecah jutaan ringgit. Kursus eTeMs di hotel-hotel, Elaun kritikal, bahan dan...lain lain belanja...

Jelasla, pelaksaan tnpa perancangan yang teliti nampak membazir...

Wahab@Cendanawangi said...

Cikgu Waruna,

Memang rasa amat terkilan tentang ketidaksempurnaan dan pembazirannya program PPSMI itu setelh enam tahun dilaksanakan.

Banyak pihak yang "menanggung dosa" kerana ketidaksempurnaan itu, termasuk guru-guru juga.

Mungkin PPSMI boleh diubah kepada PPBIDKK (Pembelajaran dan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kegiatan Kokurikulum).

Yang kita hendak ialah Bahasa Inggerisnya itu. Pada masa yang sama kita juga hendak kecemerlangan Sains dan Matematik. Jangan sampai "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong, berciciran"

Kita tunggu apa keputusan "cerdikpandai" dalam mesyuarat meja bulat tu nanti.

cikguyusof said...

Saya sangat bersetuju jika pengajaran Matematik dan Sains dalam BI itu dimansuhkan sahaja. Guru-guru di sekolah saya yang mengajar subjek tersebut pun menghadapi masalah untuk mengajar dalam BI. Untuk meningkatkan penguasaan BI, subjek BI itu sendiri hendaklah diberikan penekanan yang lebih.

wahab said...

cikguyusof,
Memang ramai yang mahu PPSMI dimansuhkan. Guru-guru sendiri lebih tahu apa masalahnya.

Kementerian pun tahu majoriti guru, terutamanya di sekolah-sekolah di luar bandar menghadapi pelbagai masalah pelaksanaannya.

Tapi Sof, kita pun tahu bukanlah mudah kerajaan (Kementerian?) menarik balik / menukar arah / membaiki langkah sesuatu yang sudah dilaksanakan, walaupun sudah tahu ada kesilapan dan masalahnya.
Sementelahan pula, sudah banyak wang rakyat dibelanjakan.

Apa cara pun (meski seperti memperbaiki periuk bocor) nak digagahi juga supaya dapat diteruskan. Bukanlah mudah nak mempertahan maruah. Bukan mudah juga nak menutup muka dengan secebis kertas tisu yang sudah lusuh dibasahi peluh (dingin).