29.11.08

Demonstrasi bogel / telanjang (bulat) - pornorama baru Malaysia



Itu Gerakan Reformasi Rakyat mahu bikin demonstrasi telanjang (bulat ?) Bercadang diadakan di Negeri Selangor, Disember ini.

Itu lintasan fikiran pencadangnya. Jadi atau tidak jadi?. Dalam fikiran, memang sudah terjadi. Fikiran yang sudah diliwat oleh sang Iblis.

Jika jadi, ayuh ramai-ramai kita saksikan. Ini nanti jadi bahan porno rakyat Malaysia yang suka akan reformasi begini.

Bayangkan bagaimana "bayi-bayi tua" itu terkinja-kinja melaung suara protes, sambil mengikat bendera reformasi pada 'anu' masing-masing.

Nanti ramai yang amat bangga seraya melaung suara melihat demonstrasi telanjang bulat:

"Ini reformasi rakyat!", Sambil mengangkat tangan yang mengenggam semangat.
............................................................................................................
"Oh, ada pornorama baru di Malaysia! Itu abang saya!. Itu bapa saya!. Itu anak saya!. Itu datuk saya!. Itu saudara saya!. Itu kawan saya!. Itu jiran saya!. Itu guru saya!. Itu rakan blogger saya!. Itu bangsa saya!. Itu rakyat saya!. Itu seagama dengan saya!. Dan itu saya sendiri yang juga telanjang bulat!".

Lalu sang iblis bertanya:"Itu siapa di sana?"

"Itu kakak saya? Itu adik saya?.Itu ibu saya? Itu nenek saya? Itu rakan saya berlainan bangsa?. Berlainan agama?". Mereka juga dijemput menjadi saksi.

11 comments:

Anonymous said...

Alangkah malunya menjadi rakyat Malaysia jika begini jadinya. Ke mana hilangnya maruah bangsa atas nama Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Perkara sebegini tidak harus dibiarkan berlaku di negara ini sebab tak pernah berlaku. Aduh!! Malunya.

Anonymous said...

mereka nih nak masuk dalam Guiness World Of Record kot, Lepas tu mereka boleh berbangga la sebab Rakyat malaysia BOLEH melakukan begitu.

mantan said...

Seri,
You are the first to comment; although still busy preparing the kuih buahulu. Thank you.

kembara kelana said...

cadangan yang bagus dan kreatif, popular dan menjadi fokus. semoga polis memberikan mereka permit dan semua media luar dan dalam negara diminta berada dilokasi di awal pagi. mari kita saksikan KEHEBATAN orang malaysia [ khususnya orang MELAYU ] Di harap kumpulan reformis jangan tarik diri , kalau polis tak kasi permit, harap lakukan juga...sebab mencatat sejarah bukan satu perkara mudah. Syabas kerana membenarkan fikiran anda semua di LIWAT oleh syaitan bergilir gilir.

mantan said...

Waruna,
Malaysia memang BOLEH! Segala-galannya boleh.
..............

Semoga Majlis Perasmian Penutup Accelerated Learning dapat diadakan (dengan perubahan).

mantan said...

Kelana,

Nanti akan terakam teks dan gambar sejarahnya dalam Buku Teks Sejarah sekolah rendah. (Subjek baru dalam kurikulum sekolah rendah).

Kalau mahu lihat demonstrasi itu, jangan lupa ajak cikguyusof sipan juga!

Juita said...

Hebat tu. Agaknye cikgu yg mn satu ajar sampai derang blh berfikiran mcm tuh.. hehehhe. Otak derang dah sama dgn anak kecil kot..kalo dak kecik tlnjg comel je kan.. kalo org tua.. takut jugak kan.. kekkee

mantan said...

Juita,
Cikgu ajaran sesat nih. Memang udoh...tutup mate dokmboh tengok...

Anonymous said...

rasanya diaorang makin keliru dengan apa yg dicari sbanarnye ni...

Anonymous said...

Perjuangan tanpa panduan Islam yang syumul, macam-macam boleh berlaku, oleh sesiapa, di mana-mana sahaja.

CikguSepajo said...

Kalau tak malu buatlah apa kamu suka. Sebab tu benda tu dipanggil kemaluan.