21.12.08

Decision Making - A Mental Process -Keputusan Yang Silap... buruk padahnya

Best Decision Making. A cognitive process.

Jika anda ingin menjadi pemimpin yang berkesan, anda perlu mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan yang baik.

Membuat keputusan boleh dianggap sebagai suatu hasil daripada proses kognitif. Hasil proses mental ini akan menjurus seseorang itu membuat tidakan; berdasar kepada beberapa pilihan.

Pelbagai teori dikemukan oleh ahli akademik berkaitan kaedah membuat keputusan. Walaupun kadang-kadang kita membuat sesuatu keputusan itu dengan segera, tetapi proses mental tetap juga berlaku.

Walaupun kita perlu membuat keputusan segera, jika kita mempunyai pengetahuan dan kefahaman berkaitan teori membuat keputusan, sudah tentulah kita mempunyai peluang yang lebih untuk membuat keputusan yang baik.

Barangkali kita boleh belajar beberapa teori berkaitan membuat keputusan, misalnya:

1. Pareto Analysis – Membuat pilihan apa yang perlu diubah.

2. Paired Comparison Analysis – Pentingnya menentukan pilihan yang berbeza.

3. Grid Analysis – Membuat pilihan berdasarkan pelbagai faktor.

4. Decision Trees – Membuat pilihan berdasarkan pelbagai perkara.

5. PMI Menimbangtara pro dan kontra sesuatu keputusan.

6. Force Field Analysis – Membuat anilisis tentang tekanan kepada perubahan.

7. Six Thinking Hats – Melihat keputusan daripada pelbagai perspektif.

8. Cost/Benefit Analysis – Melihat sama ada keputusan sesuai dari segi kewangan.

Perlu diingat, teori-teori tersebut hanyalah untuk membantu kebijaksanaan dan budubicara anda. Kebijaksanaan dan budubicara adalah aset utama yang anda ada dan membantu anda membuat keputusan yang baik.

Kesilapan membuat keputusan akan memberi kesan negatif berpanjangan!

4 comments:

kembara kelana said...

antara blog terganas di alam maya... jengah blog saya boss
http://diarikembarakelana.blogspot.com/

mantan said...

Kembara Kelana memang brutal.
Nanti saya jengah.

Aku Pemerhati said...

Cikgu Wahab,

Memang ilmu membuat keputusan sangat penting. Tetapi kadang-kadang membuat keputusan ini adalah satu seni yang wujud sendiri dalam naluri pemimpin selagi dia sedar bahawa dia sedang mengurus manusia bukan robot.Kalau dia faham makhluk yang bergelar manusia yang ada akal, fikiran, masalah dan emosi maka dia akan tahu seni mengurus manusia bagi mencapai sesuatu matlamat. Masalahnya sekarang ada pengurus yang mengurus manusia seperti mana dia mengurus robot.

mantan said...

Sir sazili,

Hanya jauhari yang mengenal manikam,
Hanya pinbot* yang mengenal robot.

*pemimpin robot