5.1.09

Hardware, Software dan Wetware.

TERKEJUT

Saya terkejut apabila seorang rakan menelefon bertanya tentang hardware dan software komputer. Sahabat saya ini amat kuat berpegang pada apa-apa prinsip yang diyakininya. Pada tahun 80-an, saya bertugas di sebuah sekolah menengah bersama sahabat saya ini.


PRINSIP

“Aku tak nak belajar komputer. Menyusahkan.Kalau kita pandai komputer, kerja kita akan bertambah banyak”. Itu prinsip pegangan sahabat saya ini. Ketika itu komputer baru “masuk” sekolah.


UPAH

Sepanjang kariernya dalam bidang pendidikan, sahabat saya ini memang tidak pernah menggunakan komputer. Dia sangat setia dengan mesen taipnya. Jika ada tugas yang melibatkan penggunaan komputer, dia sanggup mengupah orang lain. Sahabat saya ini sudah bersara dua tahun yang lalu.


LAPTOP

Saya terkejut kerana selepas bersara, dia mahu menggunakan komputer. Katanya, dia mahu menggunakan kemudahan internet kerana dia mendapat tahu bahawa banyak urusan boleh dibuat dari rumah sahaja jika menggunakan internet. Dia sudahpun membeli sebuah laptop. Nampaknya dia amat berminat.



Saya tidaklah pandai sangat untuk mengajar sahabat saya ini. Walaupun saya sudah menggunakan komputer sejak era “ cakera liut” dan skrin tanpa warna lagi, saya tidak pernah megikuti pengajian formal tentang komputer.


SELF TAUGHT

Saya memahami komputer hanyalah melalui “self-taught” , belajar sendiri. Tahulah saya serba sedikit tentang hardware dan software komputer.


MAHAL

Dulu harga komputer agak mahal, tidak sepadan dengan komponen dan kelengkapannya. Jadi, saya beli komponen-komponen utama dan pasang sendiri. Saya boleh jimat kos sehingga 40 %. Setelah diinstall softwarenya, komputer boleh digunakan untuk memudahkan kerja. Printeryang digunakan ketika itu hanyalah menggunakan ribbon tape sebagai dakwatnya.


MUDAH

Sekarang, segalanya menjadi lebih mudah. Jika ada wang, kita boleh mendapatkan komputer secanggih mana yang kita mahu.


GEMBIRA

Saya cadangkan sahabat saya itu belajar dengan anaknya. Saya berilah apa-apa ilmu perkomputeran yang sahabat saya itu perlukan. Saya gembira kerana sahabat saya yang kuat peganagan prinsipnya ini sudah mula menggunakan komputer.


RUGI

Saya percaya di sekolah ramai guru yang menggunakan komputer hanya untuk “menaip” sahaja! Alangkah ruginya.


WETWARE

Sekarang ini ada software dan hardware Mungkin nanti akan ada wetware pula. Kita tidak mahu terus ketinggalan.

4 comments:

Cikgu Chun said...

Tertarik dengan coretan simantanguru kerana saya juga tidak pernah ada latarbelakang ict tetapi dengan minat yg mendalam saya belajar sendiri ilmu ict semasa di universiti. Skrg ni sy jadi penyelaras ict di sek walaupun masih ada cikgu yg lebih berkelayakan kerana berlatarbelakangkan ict. Tetapi bila minta buat kerja ict, mereka selalu cakap sudah lupa apa yang dipelajarinya dulu semasa di universiti. Sungguh menyedihkan...

cikguyusof said...

Saya sangat bersetuju bahawa kita sebagai 'orang lama' yg telah menjangkau ke 'usia petang' ini memang perlu belajar melalui “self-taught”.... satu perkara lagi, tak usah ler nak malu2 utk bertanya wp kekadang soalan kita tu boleh menyebabkan orang macam nak pecah perut ketawa, hehehe....

simantanguru said...

Cikgu Chun,
Kalau tak minat, semuanya tak jadi. Macam-macam alasan boleh diberi. Kadang-kadang hairan juga, kelulusan ict ada, tapi tak dimanfaatkan sepenuhnya.
Kadang-kadang macam tak percaya ada graduan ict yang tak pandai guna e-mail.

Selamat bertugas cikgu, biarkanlah yang tak minat tu...

simantanguru said...

cikguyusof,
Semuanya boleh dipelajari jika ada kemahuan, Kalau tak mau, yang mudah pun tak dapat.

Bagaimana dengan sekolah?