Sebagai pemimpin pendidikan,
Pengiktirafan dan pujian sesungguhnya pembakar semangat. Apabila kita menerima pujian yang tulus, jiwa terasa bersemarak, hangat, rasa keajaiban akan mencetuskan sebuah senyuman. Terasa kita ingin terus membuktikan kemampuan kepada orang yang memberikan pujian yang ikhlas itu. Perasaan ini penting. Jika perasaan seumpama ini tidak penting bagi kita, maka tidaklah akan terus kita simpan segala penghargaan berupa cenderamata, hadiah, pingat, sijil-sijil, dan apa jua bentuk penghargaan yang telah kita terima selama ini.
Kita tahu bahawa penghargaan dan pujian yang tulus ikhlas adalah faktor utama dalam perhubungan kita dengan ahli organisasi yang kita pimpin. Namun ramai pemimpin pendidikan yang ’lokek’ untuk menyatakan penghargaan dan pujian kepada bakat dan sumbangan yang diberikan..
Jika memuji itu bukanlah sesuatu yang mudah, maka tentulah ada kemahiran yang perlu dipelajari untuk memberi pujian (tentunya dengan ikhlas).
Mungkin kemahiran-kemahiran ini boleh dipelajari.
Jika anda memang sukar memberi pujian, buat analisis apakah punca sebenar masalah ini. Jika masalahnya kerana anda bimbang akan ‘memalukan’ orang yang dipuji; tahukah anda bahawa orang yang paling pemalu sekalipun akan merasa seronok membaca di khalayak ramai
Kadang-kadang hasrat memberi pujian tertangguh kerana kekangan masa. Memang banyak perkara yang mahu diselesaikan oleh pemimpin . Jika inilah cabarannya,
Pujian ada “tarikh luput”nya (best before…) Jangan tunggu hingga mesyuarat akhir tahun untuk memberi pujian. Jika anda dapati ada sesuatu yang patut diberi pujian, lakukanlah pada ketika itu juga.
Biarlah perkataan yang anda gunakan untuk pujian itu sesuatu yang khusus berkaitan dengan apa yang telah dicapai. Tidak ramai orang yang mahu mengingati “Ini bagus” jika dibandingkan dengan “Ini memang bijak” . Pujian tidak perlu meleret-leret. Yang penting ikhlas.
Jika anda singgah di tempat ‘anak-buah’ dengan tujuan memberi pujian secara peribadi, jangan pula ia dilanjutkan dengan perbualan tentang tugas atau program yang sedang dilaksanakan. Sampaikan pujian dan beredar dari tempat itu. (Datang kemudian jika mahu membincangkan perkara lain). Ini akan memberikan pujian itu “detik penghargaan” dan “ tinggi nilai” dari pandangan penerima.
Barangkali, penghargaan dan pujian sebenarnya ialah memberi maklum kepada orang bahawa kerja yang dilaksanakannya amat penting kepada organisasi tidak kira apa jawatannya. Ia berkaitan dengan “rasa kepunyaan” dan membantu mereka memahami bahawa apapun tugasnya, tetap memberi sumbangan kepada kemajuan organisasi.
Kecemerlangan melibatkan semua. “Tidak ada udang di sebalik batu”.
1 comment:
Cikgu
Words Cikgu use to express what ‘semangat’ is rings truth. You have put it precisely and beautifully in Malay, something I envy. Perhaps, if you happen to read in my blog what arwah Dato’ Razali did in bringing his boss, the late Tand Sri Rafei to see me, and what the Tan Sri said, you can understand how I felt. Their gestures ‘membakar semangat’.
‘….terus kita simpang segala penghargaan …..’ is what it is. It has been there, etched in my memory and I keep on working because their gestures ‘membakar semangat’
How I wish all teachers know and really practice this.Children need this no less.
Pak Cik
Post a Comment