5.3.09

SITUASI DAN DILEMA

Hari ini saya diminta bertugas sebagi guru (GSK)* menggantikan guru yang bertugas di luar sekolah..

Saya catatkan satu situasi yang dialami oleh pelajar dan guru:

MASA :11.20 pagi


TARIKH: 05.03.09

TEMPAT: SMK Felda.

KELAS: Tingkatan 4 Sains

PELAJAR: Perempuan: 13, Lelaki: 2

AKTIVITI: Penilaian Tahap 1

BAHAN : Physics Question Paper 2 dan Helaian panduan rumus (Dwi-bahasa)

GURU: Guru Bahasa Melayu sebagai Guru ganti, menggantikan guru Physics yang bertugas di luar sekolah.

KERTAS SOALAN: Seluruhnya dalam Bahasa Inggeris.

Guru mengedarkan kertas soalan dan kertas kosong untuk menjawab soalan bahagian B.

DIALOG
Guru: You can start now.

Murid 1: Cikgu, boleh jawab dalam BM?

Murid 2: Cikgu, jawab dalam ‘mix dewi’ boleh tak? (Maksudnya dwi-bahasa)

Guru: Thank you for the questions. Can you answer in English?

Pelajar-Pelajar : No.

Guru: Do you like to answer in English.?

Pelajar-pelajar: No

Guru : Try your best to answer in English but you can still answer in BM.

Situasi Ketika Ujian :
Pelajar gelisah. Ada yang menguap. Ada yang melentokkan kepala di meja.

Seorang pelajar datang ke meja guru dan bertanya: Ini apa maknnya dalam BM?. Dia menunjuk kepada Question 7(a)(iii): What is meant by: Equilibrium of forces.

Guru: I am sorry, I cannot give you the answer. If I give you the meaning, that means I have answered the question for you.

Majoriti pelajar menjawab dalam Bahasa Melayu. Lima pelajar menjawab dalam dwi-bahasa. Seorang pelajar masih belum menjawab walaupun masa sudah berlalu 1 jam.

Selepas ujian tamat: Ramai yang masih dilema…
tak rasa mana tau…

*GSK = Guru Simpanan Kebangsaan.

13 comments:

waruna said...

Itulah kenyataan yang kita kena terima. Kelas SAINS tu.. pun tak boleh jawab dalam BI apatah lagi kelas HUJUNG....

Cikgu Chun said...

Saya fikir semua guru pun sedar akan hal ini, termasuklah guru sains itu sendiri. KPM pun sedar, tapi apakan daya....mereka sudah terlepas cakap. Nak tak nak mereka kena teruskan juga. Itu pun nasib baik dalam dwi bahasa lagi, kalau dah fully in english besok, lagi lah teruk. Bila exam sebenar, mereka permudahkan soalan supaya nampak program PPSMI berjaya!. Bukannya cikgu2 ni tak tahu mereka dok 'pusing' kita.

puteri Azizul said...

Baguslah cikgu dapat gunakan pengalaman dalam teaching method di sek ini.

Rosnah said...

betul tu, situasi itu berlaku di sekolah. Hari tu anak saya darjah 6 nak mjawab sains.. saya suruhje jawab guna bm sbb tak tahu nak olah dlm bi tapi nampaknya dua-duanya kantoi. cara mnjawb guna bahasa melayu tak ditekankan dengan sepenuhnya.. cikgu pun dah naik keliru..

lillies said...

salam..
itulah kelemahan PPSMI...sekolah2 luar bandar lagila masalah..ade yang mengeja English's words macam mengeja BM...

alberangque said...

Itu gambaran sekolah di Felda dan dalam aliran Sains, bagaiman kalau kelas itu bukan kelas Sains. Budak kelas sains ini kira yang terpandailah disekolah itu. Itu pun Fiziknya kantoi. Oleh itu kita akan mendapati nanti murid cerdik akan musnah murid tak cerdik akan punah. Tunggu beberapa tahun lagi kita dapati anak Felda, anak luar bandar dah tak minat ambil aliran Sains. Tak de lagi nak jadi Doktor, Jurutera dan sebagainya. Itulah bahana PPSMI.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

waruna,
kasihan pelajar-pelajar luar bandar

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

CikguChun,
Guru-guru nak laksanakan apa sajaprogran pendidika. Tapai kalau sudah nyata ada masaalah, takkan nak diteruskan juga.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Puteri,
Biasalah tu...

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Rosnah,
Di bandar-bandar besar mingkin lain sebab persekitaran sosial dan pembelajarannya berbeza....

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

lillies,
Thank u for commenting.
Apa yang lillies katakan tu, memang berlaku disekolah-sekolah luar bandar.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

alberangque,
Sekolah-sekolah di pedalaman tu lagiah teruknya... takkanlah nak 'dipadamkan' mereka begitu saja.

Rosnah said...
This comment has been removed by the author.