24.3.09

Bagaimana Perasaan Perempuan...

Dalam situasi tertentu lelaki/suami mungkin akan mengucapakan kata-kata berikut yang ditujukan kepada perempuan/isteri. Agaknya apakah reaksi atau perasaan perempuan/ isteri apabila kata-kata ini ditujukan kepada mereka?:

1.“Relaxlah”
2.“Muncung je!” <
3.“Cuba bertenang!”
4.“Awak ni lebih-lebih sangatlah!”
5.“Nak mengamuk aje!”
6.“Jangan jadi macam budak-budak!”
7.“Jangan emosional!”
8.“Cubalah bertenang!”
9.“Saya tak nak cakap fasal tu lah!”
10“Berapa lama nak cakap fasal ni?”
11.“Nak berjaga sepanjang malam bercakap fasal ni?”
12.“Saya dah serik nak bincang fasal ni!”
13“Ha, dah mula nak cari fasal lah tu!”
14.“Itulah kalau suka dengar cakap orang!”
15.“Nak apa lagi ni!”
16.“Kan kita dah pernah cakap fasal ni!”
17.“O.k, o.k, awaklah yang betul, saya yang salah. Puas hati?!”
18.“Ah, lupakan aje lah!”
19.“Mintak maaflah kalau awak terasa!”
20.“Saya taulah apa yang saya buat!”
21.“Biarlah saya saja yang uruskan!”
22.“Janganlah risau sangat!”
23.“Awak fikir saya ni teruk sangat ke?”
24.“Manalah saya mampu nak buat tu semua!”
25.“Kenapa tidak?”
26.“Awak taukan saya memang macam ni!”
27.“Awak ni dah tambah gemuk!”
28.“Awak ni serupa macam mak awak!”
29.“Agaknya memang sudah ditakdirkan saya tidak dapat kahwin lebih daripada satu!”

11 comments:

Puteri Azizul said...

Lebih baik diam je cg wahab;

Naa..a said...

30."tak lah saya tak apa2".
31. "buatlah apa yang awak suka"..
32. "sudah la tu, kita berdamai je".
33. "emm. boleh la.."
(hi.hi. maaf yek mnambah je..)

Anonymous said...

saya pun suka berdiam diri jer.... tapi kekadang mudah jugak nak melenting sbb darah tinggi dah kat border! Letih la kalau gaduh2 nie...

mantan said...

Rosnah,
Saya pun nak tambah juga...
34. "Sayang buat saya gembira hari ni..."
35. "Terima kasih..."
36. "Sekarang ni apa yang abang boleh bantu?
37. "Biar saya tolong cuci pinggan tu..."
38. "Jom pergi shopping!"

Banyak lagi........

mantan said...

datukY,
tak mau gaduh-gaduh lah.

mantan said...

Puteri,
Memang. Lebih baik diam drpd. sakitkan hati orang...

Anonymous said...

krn gaduh-gaduh tu la sampai dpt 7 + 2 anak tu... dan hingga bercucu dah sekarang ni, hehe

mantan said...

kalau dah 9 tu, gaduh cara lain, sof. huhuhu.

WR said...

yang no 29 tuh kenapa yee....

Anonymous said...

yg no 29 tuh, maknanya dah ada niat dan berusaha tapi tak dapat, kira dah ditakdirkan ler tak merasa.... ada yg kata, bukan lelaki tulen kalau niat pun takde....hehe, niat bukan kena bayar pun!

mantan said...

Waruna,
Agaknya merajuk kerana isteri tak setuju lah tu...