1. Sebagai manusia,’marah’ sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.
2. Kita sentiasa berhadapan dengan ‘marah’ dan terpaksa menguruskan ‘marah’.
3. Jika ‘marah’ tidak dapat dikendalikan, akan timbul masaalah dalam kehidupan seharian.
4. Dulu, sewaktu menjadi pengetua, seringkali saya berhadapan dengan ‘marah’.
5. Suatu ketika ada seorang guru masuk ke pejabat saya dan membawa ‘marah’ bersama-samanya.
6. Saya melayan guru yang membawa ‘marah’ itu bagaikan saya melayani VIP.
7. Saya mendengar dengan penuh minat luahan ‘marah’nya dari awal hingga akhir.
8. Setelah dia selesai, saya katakan saya amat bersetuju dengan ‘marah’nya itu.
9. Kemudian saya bertanya kepadanya apakah yang dapat saya bantu untuk 'merawat' ‘marah’nya itu.
10. Guru yang marah kepada saya itu hanya mengucapkan terima kasih dan keluar daripada pejabat saya.
11. Sehingga sekarag, saya tidak tahu sama ada guru itu membawa keluar ‘marah’nya itu atau ditinggalkan ‘marah’nya itu di pejabat saya.
12. Selepas itu, guru yang pernah ‘marah’ itu menjadi sahabat karib saya.
6 comments:
Marah ibarat sekam, lama-lama akan berapi jadinya. Saya juga pernah dimarahi oleh GB hanyalah kerana saya mengutarakan hujah2 bela diri dengan fakta yang lengkap kerana saya tidak melakukan kesilapan yang disangkakan...marahnya berlarutan sehinggakan permohonan tukar saya juga tidak diajukan ke PPD. Akhirnya saya dapat juga bertukar dengan menghantar sendiri permohonan yang tidak disokong itu...Alhamdulillah akhirnya saya bertemu semula dengannya selepas beberapa bulan bertukar. Saya dipeluknya tanpa segan dan dia begitu ceria menyapa saya. Kali kedua begitu juga. Akhirnya kami menjadi sahabat pula...Saya pula mendapat rezeki Anugerah Cemerlang (Menegak) di sekolah baru...
mendewa,
demikianlah... kadang-kadang marah pun ada hikmah di sebaliknya...
Marah adalah fitrah manusia. Hanya aras marah itu berbeza. Kalau marah itu ibarat api, jangan ia dicurah minyak.Semakin maraklah ia. Tapi kalau disirami air akan sejuklah ia. Saya pernah berdepan dengan seorang ibu yang sangat marah kepada saya kerana merotan anaknya yang ponteng sekolah. Dia datang masuk meluru kemeja saya (Pengetua) dan terus menghentak meja saya dengan kuat. Apabila dia memaki hamun saya, saya hanya berdiam diri. Saya biarkan dia bercakap semau-maunya. Akhirnya apabila dia letih dan dah habis modal dia pun diam. Sediam-diamnya. Bila dah tenang baru saya tanya beberapa soalan. Akhirnya dia sedar dia yang salah serang dan biasalah, perempuan.. Dia menangis sambil meninggalkan bilik pengetua. Agaknya dengan seribu kekesalan. Kalau kita dimarah oleh seseorang diam dulu, Sabar!! dan bila dia dah habis modal tak terungkaplah kata-kata darinya. Ketika itu marahnya dah padam. Terpulang kepada kita nak balas atau diam sahaja. Sekian.
marah itu adalah nyalaan api.marah timbul dari perasaan bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang.seorang yg dipengaruhi sifat marah itu sebenarnya mempunyai ikatan persahabatn yg erat dengan syaitan sebagaimana firman Allah surah al a'raf ayat 2. tq..
cikguWahab, kebelakangan ini saya sering juga marah2, mungkin krn kurangnya berzikir dan disbbkan oleh tekanan darah yg agak tinggi.... tapi sebenarnya malas la nak marah2, meletihkan!!!
cikguyusof,
Rosnah,
Alberangque,
marah lebih banyak buruk drpd baiknya.
Post a Comment