1.Cacing? Cacing, 'makhluk' kecil yang mampu meransang deriarasa manusia. Hebatnya cacing. Boleh timbul rasa geli. Rasa loya. Rasa jijik. Rasa hebat. Rasa cantik. Rasa bangga. Rasa marah!
2. Masa saya kanak-kanak (umur 5 – 6 tahun), biasalah dengan sang cacing. Jika ibu dapati saya kurang selera makan, diberinya penawar, disuapkan sesudu ‘Ridto’ sirap merah manis. Ubat cacing! Esok paginya, akan terasalah geli gelemannya. Apa tidaknya, berserabut sang cacing yang kepeningan ingin cepat keluar. Geli gelemanpun buat selamba sahaja memantapkan teranan. Meliuk lintuk sang cacing keluar kemabukan! Kadang-kadang menjadi rezeki sang ayam. Dan ada juga anak ayam yang turut mabuk bersama cacing yang terjulur di muncungnya.
3. Isi waktu lapang bersama cacing. Ambil cangkul dan gali di belakang rumah. Cacing dibawa bersama ke tepi paya atau sungai. Jika ada rezeki, boleh sahaja dibawa pulang puyu, seluang, haruan, baung dan udang galah yang mahal harganya itu. Wah, gembiranya si anak bersama ayah ketika cuti!.
4. Sekarang cacing mampu membuat orang tersenyum, bangga dan merasa senang hati. Cacing diternak, mendatangkan rezeki lumayan. Dijadikan baja kompos kegunaan petani.
5. Timbul pula rasa kurang senang bila komputer kecacangingan! Hampir seminggu komputer saya diserang. Cacing Maya! (worm).
6. Apapun, ramai yang menyenangi sang cacing! Semoga anda tidak kecacingan…
18 comments:
Salam cikgu...
Menyebut cacing eningatkan saya pada ibu di desa.Cacing yg galak mnari di dalam perut saya waktu kecil membuatkan ibu tak senang duduk melihat si anak bulat bersama cacing.Saya harus berterima kasih pada cacing kerananya saya kenal 'ibu itu siapa'..
Lumut Pagi,
Cacing juga menambah pengalaman & kenangan. Setiap makhluk yang diciptaNya, tersembunyi hikmah. Kitalah menjadi peneroka menyingkap rahasia kekuasaanNya.
Salam Cikgu Wahab,
Ada satu lagi cacing yang tak disebut disini. Dalam punat tiub basikal juga ada cacaing. Cacing ini diguna untuk menahan angin dalam tiub basikal keluar. Kalau cacing ini pecah agin dalam tiub basikal akan keluar. Tayar pun kempis.
Cacing dalam perut tu memang banyak jenisnya.
Cacing untuk umpan kail itu ramai yang tak berani pegang. Tapi bagaimana nak mengail ikan kalau tak guna cacing..
salam alberangque,
ha ah yelah, basikal pun guna cacing juga. Dulu kalau cacing basikal tu tak dpat diguna, susah jadinya, pancit...sekecil-kecil cacing basikal tu, berguna jugak. seakarang ni dah susah nak cari basikal yang 'bercacing'.
Sangat kreatif cikgu. Sentiasa ada bahan cerita yang menarik dan buat pembaca berfikir. Saya pernah membaca bagaimana syarikat Nutrilite (Amway) mengusahakan ladang tanaman sumber untuk produk vitamin secara santifik tanpa menggunakan bahan kimia sebagai baja. Antara yang mereka gunakan ialah sejenis cacing (cacing mesir) yang besar dan dapat menggemburkan tanah. Ini bermakna betapa cacing antara hidupan yang memberi banyak manfaat kepada manusia.
teringat saya akan nama cacing-cacing yang selalu disebut2 sewaktu kecil2 dulu...antaranya cacing ramu, cacing kerawit, cacing gelang dan macam2 lagi...yang syoknya anak murid saya ada juga bertanya tentang rupa dan bentuk cacing kepanasan...hahaha
chehassan,
apa saja yang ada di sekeliling kita, boleh kita jadikan bahan tulisan. Ada sedikit kreativiti sudah memadai. jika tulisan kita boleh menambahkan pengetahuan orang lain, o.k lah tu. tetapi kita tak perlu berkecil hati jika orang tidak membaca tulisan kita.
mendewa,
kata seorang kawan, dia pernah melihat cacing kepanasan dalam kuali di sebuah restoran di Thailand.
semasa kecil, saya pernah tarik keluar cacing dr dubur, cacing gelang kot.... kalau dibiarkan hingga sekarang mungkin dah jadi sebesar belut agaknya....hehehe
dalam cerita seram selalu dikaitkan mi goreng sebagai cacing...menakutkan dan geli nya
saya sangat geli dgn cacing sebab lembik meliuk-liuk...eeeee
sekali sekala tengok cikgu wahab ni handsome juga orang nya...
hai lain mcm jer ayat seri tu.... jeles ler pulak saya.... hihi
datukY,
ala...Seri tu gurau aje... takkanlah seri gurau camtu pun dah macam cacing kepanasan...
Nanti cacing yang dah jadi macam belut tu jadi mcm ular sawa pulak...hihihi...
alamak datuk Y jelous...sapa datuk Y ni ye?
cikgu W bukan saja handsome malah bijak dan tajam pemikirannya....besides have a good command of English Language.opss maafla Seri puji lebih tapi ikhlas....ye cikgu
hai dpt pujian lg (pujian e-klas tu...), kalau cacing kena puji bgm keadaannye cikguWahab ye? Meliuk-liuk seronok ke? hehehe...
datukY,
kalau cacing plastik kena puji, memang cair lah....
Seri, terima kasih kerana pujian ikhlas tu.
ada yg buat bisnes cacing tewww.. nothing to be ashamed kan kanns..
en me, anything will do, as long as it's duit halal...
Post a Comment