22.4.09

MANIK


Banyaknya manik!. Itulah yang tercetus dalam fikiran ketika saya terserempak dengan seorang kenalan.

Kreatifnya dia. Di bajunya ada manik-manik yang disulam menjadi corak hiasan. Tepi tudungnya juga tersusun manik-manik. Ada gubahan manik berbentuk bunga dipinkan pada tudungnya itu. Di pergelangan tangannya ada gelang yang diperbuat daripada manik.

Tak taulah, mungkin di lehernya terkalung rantai yang diperbuat daripada manik! Barangkali manik-manik itu membantu dia menjadi lebih ceria.

Mengikut sejarahnya, manik merupkan artifak perdagangan yang mendapat sambutan kerana peranannya sebagai hiasan, lambang dan status, di samping untuk tujuan keagamaan dan tujuan sosial lainnya. Dulu, manik ada yang diperbuat daripada batu, tulang ikan, kaca dan bahan-bahan lain. Manik terdapat dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna.

Sebagai pengguna manik, kenalan saya itu barangkali juga mempunyai peranan sebagai penyambung sejarah dengan cara dan tujuan yang berbeza! Manik ada maknanya yang tersendiri.

5 comments:

Puteri Azizul said...

memang cantik manik tu dikarang dan dipakai di tempat yang sesuai , anak perempuan saya yang sekolah rendah pun suka akan rantai manik di tangan.......

Kita yang dewasa ni pakailah manik yang berkualiti...... lagi cantik..

mantan said...

Puteri,
Tq puteri, org pertama komen posting saya kali ini. Ha ah, memang ramai yg suka pakai manik. Saya pernah terlihat di rumah seorang kawan, alas meja pun disulam manik.Cantik juga...

Juita said...

cantikla manik2 skrg. tapi manik ni kan cepat boring ka cikgu...berlambak2 xpakai pun. sy suka berlian

Tirana said...

boleh guna manik untuk mengembangkan fine motor skill pada anak-anak...tapi kita yang dewasa ni pun kadang-kadang tak ada kemahiran dalam menjalin manik-manik menjadi karangan yang indah..

mantan said...

Tirana,
Tq for visiting.
Happy blogging.