16.4.09

TO X IC



TOKSIK I:
1. Tidak kita sedari, setiap hari tubuh kita dicemari bahan toksik!

2. Udara, bahan makanan dan persekitaran tercemar , dan tanpa kita sedari tubuh kita menjadi stor simpanan pelbagai penyakit.

3. Keadaan ini diambil peluang oleh pembuat pelbagai jenama ”ubat”, ”alat”, ”suplemen” dan ”makanan” nyah-toksik.

4. ”Nyah-toksik” sudah menjadi satu industri. Iklan pelbagai jenama disebarkan seluas-luasnya.

5. Orang kampung juga sudah mengerti apa itu toksik mengikut kefahaman yang diberi oleh pengiklan.


TOKSIK II:
1. Tidak kita sedari, setiap hari perasaan kita juga dicemari toksik. Toksik dalam perhubungan!. Toksik jenis ini lebih berbahaya!.

2. Orang lain boleh mencemari perasaan kita dengan pelbgai cara sehingga ada jiwa yang tercedera.

3. Ada yang menanggung perasaan sehingga menjadi sedih, stres dan murung berpanjangan.

4. Toksik dalam perhubungan ini boleh berlaku di mana-mana, di rumah maupun di tempat kerja.

5. Ada seorang ibu memberi gelaran ”anak gajah” kepada anak perempuannya, berusia lima belas tahun. Dan anaknya itu obesiti!.

6. ”Pergi panggil anak gajah, ajak makan sama”, kata si ibu mengarahkan anak lelakinya memanggil si kakak. Aduhai, itu toksik menyerang jiwa, merundung perasaan.

7. Itu sekadar satu contoh yang saya lihat dan dengar sendiri.

8. Ada yang mengalami toksik pencemaran dalam perhubungan (rumahtangga, keluarga, di tempat kerja, dalam masyarakat dll.) ini bertahun-tahun lamanya. Penderaan emosi!. Namun ada yang sudah menjadi lali.


Kita manusia berhak hidup sihat sejahtera dan bahagia. Kita mahu diri dan perasaan kita bebas-toksik. Mana penawar nyah-toksiknya?

3 comments:

Naa..a said...

Saya setuju dengan artikel cikgu ni. Toksik ni rasanya lebih bahaya dari racun. Dalam dunia pekerjaan banyak toksik2 nih. Cara menyahkan hanya kekebalan dan ketahanan mental(imunisasi)Tapi apakata cikgu create satu anti toksik tu.. manalah tahu boleh mengatasi bill gates ..harap next artikel ada formula anti toksik ni... ha.ha. jangan mare..saya dah penuh ngan toksik juga nih.

mantan said...

Rosnah,
You are the first to comment. Thank you.

Toksik ni tetap datang menyerang. Memang kena ada kekebalan dan ketahanan mental.

Formula tu ada, tapi setakat ni ekslusif untuk saya saja.... ha ha.

Tentu setiap orang ada caranya tersendiri. Ikut situasi dan kemampuan.

en_me said...

anak gajah katernyerr.. sian kanns