Bapa saudara di KL telefon. Awal pagi. Tengahari, macam2 berita dah tersebar.
Di bandar kecil tempat saya tinggal (Mersing), ada pergaduhan di pasar.
Di KL, darurat dan perintah berkurung, kata bapa saudara saya.
Pagi ini teringat saya kepada 13 Mei 1969 itu.
Masa tu umur saya 18 tahun.
Dengar radio. Banyak cerita dan berita. Berarak bawa mayat pun ada. Yang terjadi di KL itu, bukan peristiwa kecil!
Masa tu, terlintas ingatan saya pd apa yg saya nampak seminggu dua sebelum pilihanraya dan sebelum peristiwa tu.
Di tempat saya ada sebuah kedai jual tayar. Tapi, hairan, ada kerja-kerja ‘tukang besi’ dalam kedai tu. Saya ternampak masa saya lalu kat depan kedai tu.
Dlm kedai tayar tu ada beberapa orang sedang mengetuk besi panjang. Nampak bentuk macam nak buat lembing dan parang je.
Apa pun 13 Mei itu sudah berlaku. Sudah berlalu. 40 tahun dulu.Tetapi saya masih rasa impaknya dalam pelbagai tafsiran, makna dan ruang.
Semoga tak berlaku lagi. Namun, kata orang bijakpandai, sejarah boleh berulang.
2 comments:
Masa berlaku 13 Mei 1969 tu saya Form 3, tinggal di Asrama SM Clifford. Mr Patrick Fernando (History Teacher) selalu cerita apa yang berlaku kepada kami. Masa tu mana ada internet kan, jadi sumber berita adalah radio dan akhbar dan khabar angin. Sebab itu ada kempen dari kerajaan Malaysia. "Jangan percaya khabar angin" Kalau masa ni kempen itu tak laku lagi, sebab orang macam Cikgu Wahab akan collect banyak berita dari berbagai sumber siap dengan gambar dan footnote sekali.
Ala ku lihal. "Selamat menyambut hari guru" 16 Mei nanti sekali guru tetap guru. TK
13 Mei ni sensitif. Sebenarnya banyak cerita benar yang tak tertulis, dibukukan. Hanya dlm kepala mereka yg terlibat.
Post a Comment