19.6.09

BERTANGGUH TAK MENJADI PADU


Jarang sekali saya menulis hal-hal politik. Maksud saya politik kepartian.

Saya ada sebabnya. Paling utama, saya tidak gemar membaca tulisan politik kepartian yang masing-masing seingkali “menegakkan benang basah” yang dengan spontan mereka hilang rasional.


Tuduh-menuduh, caci mencaci memang biasa tertulis di blog politik. Seringkali penulis mencari kesalahan orang lain tanpa menyemak kelemahan sendiri. Ini semakin hebat berlaku menjelang pilihanraya.


Namun tetap saya ikuti perkembangan politik, terutamanya politik negara kita ini.


Hari ini terdetik hati saya untuk menulis sedikit tentang politik. Sedikit sahaja. Dan mungkin sekali ini sahaja.


Mutakhir, tersebar pelbagai pendapat berkaitan KERAJAAN PERPADUAN. Saya ikuti perkembangannya sejak awal. Memang tepapar pelbagai pandangan, pendpat dan buah fikiran tentang kerajaan perpaduan itu; setuju dan tidak setuju; mengaku dan tidak mengaku; mahu dan tidak mahu; marah dan malu; bimbang dan ragu-ragu berserta sinis dan sindirnya. Dan ada juga yang hampas, caca-marba ‘entah apa-apa’.


Biarkanlah. Sesiapa sahaja boleh bersuara. Ini negara demokrasi. Namun, demokrasi tidak bertujuan menghancurkan.


Saya bagimana? Apa sahaja yang membawa kebaikan, dengan cara yang baik untuk perubahan yang baik untuk kemajuan yang baik untuk dunia-akhirat untuk kebaikan agama dan bangsa, BERPADULAH !.


Tanpa ada agenda tersembunyi, dengan niat ikhlas untuk PERPADUAN, maka SAYA SETUJU!


Carilah, pupuklah PERPADUAN itu. Binalah PERPADUAN itu. Bermuzakarahlah untuk mendapatkan PERPADUAN itu. Dan, kekalkanlah PERPADUAN itu.


Sekarang sudah tiba masanya!

Kerja bertangguh tak menjadi.


4 comments:

Cikgu Chun said...

Cikgu Wahab,

Sama lah dengan saya. Saya pun tak suka tulis mengenai politik kerana politik lah kita jadi mangsa putar belit. Mereka (org politik) berputar belit itu memang kerja mereka dan mereka dapat gaji dan hasilnya...Tapi kita apa yg dapat? Buat perabih air liur kat kedai kopi je. Tapi kalau politik itu menyentuh mengenai isu2 dalam pendidikan saya akan komen juga sebab pendidikan adalah bidang saya. Walaubagaimanapun saya tetap ikuti perkembangan politik, cuma tak nak komen je.

mantan said...

CikguChun,
Guru-guru kumpulan A dulu dilarang aktif politik, sekarang tak taulah camne?

Cikgu Chun said...

Cikgu Wahab,

Sebut mengenai guru2 kumpulan A yg tak boleh aktif berpolitik ni memang satu hal. Dulu dia kata tak boleh, tapi sbnrnya ramai jugak kump A yg aktif berpolitik. Kt sek sy dulu, siap ada yg jd S/U Bahagian lagi...dan lagi sorang jadi Bendahari Bahagian. Besar jawatan tu!. Then bila tiba Perhimpunan Agung UMNO, sminggu dia bercuti utk pergi PWTC. Tp yg terbaru ni tak tahu lah macam mana, samada dah keluar pekeliling ke tidak tak tahu lah mengenai cadangan untuk bagi kelonggaran guru2 kump A berpolitik tu. Kalau tak bagi pun dah ramai yang aktif, kalau bagi lagi lah ramai jawabnya. Nampaknya segenap lapisan masyarakat pun minat dalam berpolitik. Semuanya nak berpengaruh dan berkuasa.... Bila ada pengaruh, semuanya boleh pertaruh... Bila ada kuasa, semuanya boleh rasa...

mantan said...

Cikgu Chun,Cikgu kan banyak kerja nak buat d sekolah