3.6.09

TERJUN SUNGAI

Hoorey!

Cuti!

Banyak baca blog rakan-rakan yang cerita pasal cuti. Cuti sekolah. Pergi melancong. Bawa anak-anak ke tempat-tempat peranginan atau balik kampung. Macam-macam aktiviti nak isi masa cuti.


Wah seronoknya!


Saya tak pergi bercuti.Tapi masih boleh cerita pasal cuti. Cerita cuti masa saya budak-budak dulu lah . (Ni cerita antik nih, 50 tahun dulu ampunya cerita.)


Di kampung, masa cuti memang ‘tak cukup’ hari. Taklah pergi melancong. Tapi seronok dengan kawan-kawan. Kalau ayah tak ke sawah atau ke laut, “cuti gila”lah hari tu, sebab tak perlu tolong ayah kerja.

Pagi-pagi, masa matahari tengah naik, kumpul kawan-kawan. Lima enam orang. Pakat-pakat nak pergi mana.


Sarapan pagi tak kisah. Apa yang ada yang mak buat. Jejemput pisang ke, rebus ubi atau keledek ke, “coconut pancake” ( lempeng kelapa lah!), tak kira, asal kenyang.


Aktiviti ikut sempat je. Tak payah rancang. Kalau lalu kat sungai, rasa nak mandi sungai, terjun je, mandilah ramai-ramai. Berkubanglah beberapa jam pun, sampai penat. Sampai keruh air sungai. Main-main, gurau-gurau, sakat-menyakat . Mana yang belum berkhatan tu, beranilah mandi telanjang (18 SX nih!). Yang dah ’potong’ tu taulah malu. Mandi pakai seluarlah. Nanti, kalau budak pompuan lalu, malulah!


Masa mandi sungai tu, kena jaga-jaga juga. Takut cikgu lalu. Kalau cikgu lalu, semua kena menyorok dalam semak. Tapi cikgu pandai, dia tau ada budak-budak mandi kalau dia tengok air sungai keruh. Kalau kena tangkap, siap. Naik sekolah, peritlah punggung. Cikgu dah pesan, jangan mandi sungai. Nanti lemas.

Kalau rasa nak memancing. Pakat-pakatlah memancing. Bawalah joran buluh. Umpan cacing. Puyu, haruan dan keli, banyak.


Kalau nak pergi melastik burung, boleh jugak. Pungut anak batu isi penuh kocek seluar kiri kanan. Buat peluru lastik. Bawa pisau ‘Nacet’ cap buaya. Bawa mancis sekotak. Senyap-senyap masuk belukar. Carilah pokok rendang. Tunggulah, merbah atau kelicap. Nasib baik punai hinggap. Dapat punai seekor dua tu kira lumayanlah. Yang cekap melastik, biasanya tak miss. Menggeleparlah merbah atau punai jatuh ke tanah.


Cepat-cepat sembelih dengan pisau nipis. Sebelum mati. Yang dah berkhatan sahaja jadi tukang sembelih. Baca bismilah molek-molek, Allahuakbar 2 kali (sebab burung ada dua kaki). Bila dah dapat hasil yang memadai, bolehlah makan burung panggang. Buang kulit, buang isi perut. Bakar. Buat unggun api, bila dah masak, makan ramai-ramai.


Huh, sedapnya.


Bila matahari dah tegak di kepala, pakat-pakat baliklah. Lambat balik, jawabnya kena belasahlah. Mak ayah marah sangat kalu balik lambat. Pergi bermain dengan kawan-kawan tak apa, tapi jangan balik lewat. Di rumah perlu tolong angkut air dari perigi isi dalam tempayan atau cari kayu api.


Kalau lewat juga kerana asyik berenang atau lastik burung , pandai-pandailah ambil hati mak ayah kat rumah. Masa balik tu, pungutlah pucuk paku di tepi belukar, secekak dua, buat lauk makan malam nanti. Atau bawa balik ikan haruan atau keli. Mak bapak taklah marah sebab si anak “ingat kat rumah”.


Esok masih cuti, pakat-pakatlah nak buat apa pulak.

Inilah cerita sehari dalam cuti sekolah, masa saya budak-budak dulu. Kalau nak cerita, takkan habissssss….


Wah seronoknya….

19 comments:

Naa..a said...

rasa macam nak jadi budak balik.Saya pun ada pengalaman kena rotan dengan ayah sebab bermain sampai tak ingat rumah. Yang paling tak dapat lupa saya lompat pagar kayu yang tinggi sebab lari dari ayah kerana nampak ayah bawa ranting kayu nak bedal. Lepas pulak tu.Sekarang kalau anak camtu xleh marah sebab maknye pun nakal jugak.

mantan said...

Rosnah,
Budak-budak gitu lah. Budak-budak dulu, nakalnya taklah macam budak-budak sekarang ni.

Taupun lari nak kena belasah dengan ranting kayu. Tapi sekarang ni Cikgu Rosnah nakal lagi ke? Marah GB tu nanti kalau nakal2 kat sekolah.

CIKGU NAMAN said...

best pengalaman org lama ni..sy w/p xlama sgt tinggalkn alam persekolahan, tp sy rasa perbezaan yg ketara bdk2 skrg dgn kitorang dulu..kdg2 terpikir apekah sebabnya..patutkah cikgu kt sekolah dipersalahkan..'tak tahu menari tanah disalahkan'..ibu bapa hanya tau menuding jari kt kita sahaja..silap sendiri taknak mengaku..dunia..oh dunia

CIKGU NAMAN said...

mslh globalisasi pon sama..dunia di hujung jari..maklumat boleh di'access' sekelip mata..x kira mklumat positif or negatif..

mantan said...

n@m@n,
Salam.
Perubahan zaman, dunia pun berubah. Tumpuan hidup bukan untuk mendidik saja.

Mendidik kanak-anak sekarang, lebih susah. Banyak cabaran.

Ibu bapa saya mendidik dengan 'rotan'. Tapi sayang mereka pada adik beradik kami lebih drpd 'rotan' tu.

Hidup susah: jadi mendidik pun terjurus menyelesaikan masalah untuk hidup. Secara xlangsung, untuk terus membaiki kehidupan, kami kena bertanggungjawab kepada diri , keluarga dan orang lain juga.

n@m@n, tentulah dah 'prepare' camne nak didik anak dlm zaman globalisasi ni.

CIKGU NAMAN said...

yang saya nampak sekarang ni..kita mesti cuba jadi kwn kepada mereka...masa praktikal pernah saya ajar satu kelas tu..ada bdk laki tu mcm xsuka dgn sy la..dia buat sy mcm xwujud..then siap panggil bro lg..sy try la rpt2 ngan dia..join dia main gitar..then main bola masa hari guru..lama kelamaan dia dh boleh terima sy then participate dlm pembelajaran dan panggil cikgu..kt sekolah skrg pon mcm tu jgk..nk try faham diorang..tp kdg2 x boleh nk faham..rasanya semuanya memrlukan pengalaman..zaman terlalu cepat berubah..mengajar tu seronok bg sy..ada ckgu senior brp kali tanya saya nak masuk kementerian x..dia nk rekomen kt kwn dia..tp sy mcm xberminat..sy suka mengajar..tp kdg2 profesion sy tgk agak 'mengarut'..sebab dibebankan dgn mcm2..sampai tanggungjawab mengajar dan mendidik berubah kepada tanggungjawab kerja2 pengkeranian dll..tu pandangan saya la bg seorg guru setahun jagung..silap salah mantan tolong bg tunjuk ajar

CIKGU NAMAN said...

silap t.tp kdg2 profesion perguruan ni sy tgk agak 'mengarut'jugak

mantan said...

n@m@n,
budak2 sekarang ni lain. Latarbelakang hidup masing2 tak sama. cikgu pun susah.

cara cikgu tu betul jugak. ikutlah yg mana sesuai.

kadang2 nak bagi perhatian pada individu bermasaalah, memang tak mampu. kena bagi perhatian pada kelompok secara keseluruhan. makan masa sikit lah. tapi bila majoriti dah dapat terima kita, lama2 yang sedikit tu ngikut jugak. dia tak nak jugak tersisih drp rakan-rakan lain.

macam main 'tarik tali' gitu. lama2 cikgu menang jugak.

memang, tugas cikgu pun dah macam2.
sebab tu kita kena tahu camne nak handle. kalau x stress jadinya.

Kena tau mana tugas utama, mana tugas sokongan, mana tugas sampingan.

tugas utama tu dulukan, yang lain tu pandai-pandailah...

Tiga puluh tahun lagi tu nak jadi cikgu. Setiap hari urus diri dulu sebelum uruskan budak2 sekolah tu. Kena o k kan diri dulu. Positif. Bertugaslah dengan ketenangan. InsyaAllah taklah nanti kena penyakit yang bukan2.

Itu cara dan pengalaman saya dulu. Dan bagi saya jadi cikgu bukanlah masaalah.

waruna said...

seronok nye ingat masa kecik2... mandi sungai, panjat pokok.. main masak2..

mantan said...

waruna,
Nostagia tu...

Anak saya, berenangpun dia tak pandai!

HASHIMME OMAR said...

Cerita pasal cuti ni saya pun balik bercuti ke PERLIS, KEDAH, KUALA LUMPUR, SELANGOR. Perjalanan secara bersantai je nak bagi anak-anak suka. Zaman saya dulu tak ada le semua tu. Terjun dalam sungai mandi, berbasikal utk berkhemah bersama kawan di Langkawi. (Basikal naik feri la, takkan nak kayuh dalam laut lak)
Kira-kiranya adil la tu... Nak main WOOD BALL BOLEH IAITU PADA HARI SABTU 13 JUN DAN 14 JUN 2009. Taulaaaa nasih CM tu nanti....

mantan said...

Hashimme, nak belasah CM ye...OK lah. boleh...

chehassan said...

Membaca nolstagia cikgu wahab, hati dan jiwa saya teruja kembali ke zaman kanak2. Kita hampir sama. Suka duka hidup dalam kedaifan banyak mengajar kita tentang alam, kehidupan dan kemanusiaan. Seharusnya anak2 kita tahu dan memahami ini semua.

CIKGU NAMAN said...

entri ni membuatkn sy nk menulis gk zmn2 remaja dulu..hehe..tgh menaip pjg..tp xmenarik mcm mantan

mantan said...

Chehassan,
Keperitan hidup zamankanak-kanak sesungguhnya menimbulkan kesedaran...

mantan said...

n@m@n,
pengalaman hidup yang kita rakamkan dalam bentuk tulisan, akan menjadi suatu bahan yang berguna bagi sesiapa yang menghargai kehidupan. Tulislah...

CIKGU NAMAN said...

em..betul tu..bila nk bercerita..jd pnjg pulak..jd sy simpan dlm draft dulu..tiba2 buat entri pasal PPSMI..Nanti mantan bg komen ye kalau ada masa

HASHIMME OMAR said...

CM buat don'n know je. Tak call tak sms. Memang dah takut agaknya. Sabtu ni kita membelasah beramai ramai. Tapi cerita masa kanak memang kelakau. Saya rasa macam nak tulis satu kisah lucu masa gi mengaji kat kampung dulu. Kira dalam cuti ni la nak tulis....

mantan said...

shimme,
1)Ptg ni pun, CM dah kena teruk.

2)Cerita zaman kanak2 tu patut ditulis untuk pengetahuan generasi muda kini.