21.8.09

PERANG MERIAM, BEDUK DAN PUASA.


1. Sewaktu saya kanak-kanak, bulan puasa disambut dengan gembira.

2. Di kampung, kami (kanak-kanak) ramai-ramai bermain di halaman masjid.

3. Kehadiran Ramadhan lebih meriah apabila kawasan halaman masjid yang biasanya gelap diterangi cahaya lampu gasolin.

4. Sejak petang, gotong royong kenduri menyambut kehadiran Ramadhan.

5. Selepas Isyak, kedengaran buyi meriam buluh, bersahut-sahutan.

6. Sudah menjadi kebiasaan berlaku "peperangan bunyi" meriam karbaid antara kampung berhampiran.

7. Belia dan remaja bermain "meriam", sekadar memeriahkan suasana.

8. Yang seronoknya mereka tahu, dari kampung mana datangnya bunyi meriam sebab setiap kampung berhampiran ada bunyi meriam yang berbeza.

9. Bunyi meriam yang berbeza itu mengikut bahan yang digunakan untuk membuat meriam. Ada meriam yang diperbuat daripada buluh, batang pinang, besi dan sebagainya. Bunyi itu hasil tindakbalas gas (karbaid+air) dan dicucuh api.

10. Saya tinggal berhampiran masjid, lebihkurang 300 meter jaraknya. Rumah saya paling hampir dengan masjid selain rumah Imam Haji Taib.

11. Sewaktu saya masih budak-budak, oleh sebab tinggal berhampiran masjid, saya ada "tugas Khas" khususnya pada bulan puasa, selain tugas berkala menyapu sampah di masjid dan bangsal.

12. Setiap petang Ramadan, menjelang waktu berbuka saya telah bersedia dengan pemukul
beduk untuk membunyikan isyarat telah masuknya waktu berbuka puasa.

13. Masjid di kampung saya ketika itu masih menggunakan beduk, meskipun masjid-masjid lain sudah menggunakan kentung-kentung.

14. Beduk berbentuk seperi sebuah drum besar yang dibuat daripada kayu dan kulit kerbau. Kentung-kentung dibuat daripada kayu yang ditebuk. Apabiala di ketuk, beduk dan kentung mengeluarkan bunyi yang berbeza.

15. Beduk atau kentung-kentung ialah alat komunikasi yang mengeluarkan bunyi isyarat ketika berlaku peristiwa-peristiwa penting di kampung. (masa tu manalah ada telefon)

16. Selain isyarat bersembahyang Jumaat, beduk atau kentung digunakan pada bulan puasa dan sebagai isyarat memaklumkan kepada orang kampung jika berlaku kematian.

17. Membunyikan beduk dan kentung juga ada caranya. Misalnya, ketika berlaku kematian, kita dapat mengetahui siapa yang meninggal dunia, sama ada kanak-kanak, orang dewasa, lelaki atau perempuan melalui bunyi beduk atau kentung yang berbeza.

18. Apabila sampai waktu berbuka puasa, "tugas khas" saya ialah membunyikan beduk, (ada iramany: perlahan dan cepatnya – sehingga sepuluh "pukulan") untuk memberi bunyi isyarat kepada penduduk di sekitar kampung, sampainya waktu berbuka puasa. Kemudian saya terus berlari pulang untuk berbuka puasa bersama keluarga.

19. Sekarang, keadaannya amat jauh berbeza digantikan oleh atat pembangunan dan teknologi…Nostalgia ni…..

..................

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

Di petik daripada:

http://drmaza.com

...................

6 comments:

kembara kelana said...

selamat menyambut bulan posa boss...kali ni boss tak ada kat sebelah...apapun raya jangan lupa buat sop tulang....saya mesti datang punya...maaf zahir bathin...salam

mantan said...

KK,
OK Sof, ada sop.

chehassan said...

Nolstagia yang semakin hilang. Dulu, kalau di kelantan, meriahnya bulan puasa dengan kehadiran kueh-muih yang memang takda pada bulan2 lain. Tapi hari ini, semua kueh tu dah ada sepanjang masa di kelantan.

mantan said...

Che,
Pembangunan mengubah segala2nya. Kita memang mengharapkan perubahan.

Selamat berpuasa.

Guru said...

tak pernah dengar live bunyi beduk..... teringin gak

Mohar Yahya said...

Selamat mengerjakan ibadah puasa daripada cpj, semoga beroleh kejayaan dalam melaksanakannya...