8.8.09

BUAH DELIMA KECUT



  1. Isteri saya minta saya beli buah delima.
  2. Di tempat saya memang susah nak dapat buah delima.
  3. Tak pernah dilihat terjual di gerai buah-buahan. Sesekali kelihatan terjual di supermarket. Tetapi sekarang, tak ada.
  4. Saya memandu 40 km untuk membeli buah delima.
  5. Ada pun dijual buah delima di sebuah gerai buah-buahan.
  6. Tetapi buah delima itu tidak sempat pun sampai ke rumah.
  7. Bila isteri bertanya, saya berjanji akan membeli buah delima sama ada di JB atau di Kuantan.
  8. Di gerai yang sejauh 20 km itu saya beli 2 biji buah delima. Buahnya kecil sebab sudah mengecut. Kulitnya sudah mengeras, tidak lagi berwarna merah tetapi sudah kecoklatan.
  9. Saya membayar harga RM 10 untuk dua biji buah delima kecut. Tapi saya fikir isinya masih boleh dimakan.
  10. Saya bertanya penjual sama ada buah delima yang saya beli itu masih boleh dimakan. Saya juga bertanya peniaga, bila buah delima yang 'fresh' akan sampai.
  11. Pantas peniaga itu menjawab, kasar bunyinya: " Kalau Pak Cik nak beli, belilah, tak nak sudah!"
  12. Wah, dalam hati saya berkata: Baiknya budi bahasa si penjual buah ini. Saya sudahpun membeli dan membayar harga buah delima itu.
  13. Saya tinggalkan buah delima kecut itu di gerai itu. Wang RM10 itu saya anggap sebagai sedekah dengan harapan wang itu dapat dia membayar yuran peniaga itu belajar bahasa.
  14. Dalam perjalanan pulang sejauh 20 km fikiran saya menyatakan saya bertindak bodoh kerana buah delima yang kecut. Tindakan itu merugikan diri sendiri.
  15. Sampai di rumah saya berjanji kepada isteri yang saya akan beli buah delima sama ada di JB atau Kuantan.

14 comments:

Al-Manar said...

Baiknya hati cikgu. Harga 2 biji 10 ringgit. Minyak kereta sekurang kurangnya 10 ringgit lagi. Belum lagi kira berapa banyak habis tayar SNOW. Tak apalah kalau mengidam!It is an investment.

CIKGU NAMAN said...

mengidam ke cgu wahab??

mantan said...

Pak Cik (Almanar),
n@m@n,

Taklah mengidam. Hheehehehe. Anak bungsu saya dah berusia 20 tahun.

Sesekali ke rumah anak sulung. Main-main dengan cucu...

Apa yg isteri nak, kena berilah...Dia suka buah...

CIKGU NAMAN said...

owh..bagusnya...kena belajar ni..hehe..ingatkan mengidam tadi...Alhamdulillah isteri saya xde mengidam w/p dh sarat

zaijb said...

wahh... jauh nyee cikgu mencari buah delima tue... kan ku cari dan ku daki walaupun ada ribut mendatang,demi isteri ku tersayang chewahh hehehe...
tapi tak sepatutnye penjual itu bersikap kurang ajar dan memang dia kurang ajar, ishh emosional pulak erk...
kalau saya lerr... sy ambil balik duit tue..sb dia tak ada hak nak makan duit sy tue... mmm.. itu lahh yg sy rasa... bersabar lerrr

mantan said...

n@m@n,
ngidam ngidam ni bagi saya satu misteri. Saya tak terjumpa kajian saintifik mengenainya...

Slmt menimang cahayamaata.

mantan said...

zaijb,
Itulah kos utk saya laburkan bagi mengawal kemarahan saya.

Sekarang ni semua kena bayar. Bukan saja masuk tandas kita kena bayar. Nak kawal marah pun kena bayar.

Kalau tak kawal, nanti macam-macaam boleh berlaku.

Saya sgt setuju, kalau zai kata, peniaga tu memang krang ajar. Tapi saya sendiri terasa malu nak layan kebodohan peniaga tu.Dia sudah hilang seorang pelanggan - selamanya...

Saya tak minta balik duit tu sebab: "saya sudah beli".

Ada hikmahnya tu. Mungkin kalau isteri saya makan buah delima tu, dia sakit perut ke... tak taulah... Allh swt maha mengetahui....

Anonymous said...

kalau aku, aku lontar buah delima tu ke mukanya. baru padan dgn 10 yg ditglkan.

cikguyusof said...

haah mantan, nak benar2 menghayati sifat sabar tu bukanlah mudah, tahniah krn berani melakukannya dan berjaya!

mantan said...

Cikguyusof,
ada member yg bagitau: kalau terlampau sabar pun merugikan diri sendiri...

mantan said...

Anonymous,
Budak jual buah tu sebaya dgn anak lelaki saya.

Kalau saya gaduh dgn budak tu, saya akan menambah dosa orang yang tengok.

Tentu ada yang kata:" Apalah orang tua tu, budak-budak pun diajak bergaduh!"

Naa..a said...

tapi saya kagum dengan pengorbanan cikgu wahab yang sanggup mencari buah tu.. dan kena pulak jumpa dengan makhluk yang kurang ajar macam tu. Kalau dapat buah tu memang mahal nilainya.

mantan said...

Rosnah,
Saya pergi ke Kuantan dan singgah di rumah kenalan di FELDA. Kebetulan dia ada menanam delima di belakang rumahnya. Alhamdulillah saya diberi (percuma)3 biji delima (kebetulan ada yang masak dan segar).

jusdelima said...

DAPATKAN JUS DELIMA 100% ASLI.sila layari blog sy http://jusdelima83.blogspot.com @ hubungi aziz 0199311274.10 MKANAN TBAIK DUNIA