31.10.09

PEMANDU LELAKI PEMANDU PEREMPUAN



1 .Siapa pemandu lebi berhemah? Lelaki atau Perempuan?.

2. Lelaki anggap mereka pemandu paling pakar di jalanraya.

3. Lelaki percaya, mereka lebih pandai memandu kalau banding dengan isteri, ibu, nenek atau kakak mereka.

4. Kepercayaan ni biasanya tak dicabar; tapi sekarang tak lagi!

5. Ikut kajian, pemandu perempuan lebih berhemah dan selamat berbanding pemandu lelaki. Wah, sukanya orang perempuan!

6. Perangkaan menunjukkan, 9 kali ganda pemandu lelaki terlibat dengan kemalangan.

7. Kemalangan berlaku kerana pemandu lelaki memandu secara berbahaya -97 %.

8. Pemandu lelaki terlibat dengan kemalangan kerana memandu laju -83 %.

9. Kenapa macam tu? Kata ahli Psikologi Pengangkutan, pemandu lelaki suka ambil risiko di jalanraya.

10. Pemandu perempuan agaknya “tak rasa seronok” nak ambil risiko macam pemandu lelaki.

11. Namun perempuan ada juga “titik hitam” sebagai pemandu. Umumnya perempuan ni susah nak masuk atau keluar parking. Betul ke?

12. Ikut ststistik pihak insurans, pemandu perempuan lebih kerap langgar kereta yang ada kat parking lot tu. Selalu berlaku ketika mengundur. Kenapa gitu ye?.

13. Agaknya, bagi pemandu perempuan ni, di parking lot tu banyak kereta yang boleh sesakkan fikiran.

14. Awas, lelaki yang ada kereta baru dan masih berkilat tu, berhati-hati letak kereta di parking lot tu. Jangan kecil hati kalau kena gesel. Dah tau kat situ ramai perempuan parking, siapa suruh letak kereta baru kat situ?

15.Namun, hakikat yang tak dapat dinafikan, pemandu lelaki lebih kerap mandu dan lebih ‘batuan’nya jika banding dengan pemandu perempuan. Kalau pemandu lelaki 6,500 km, pemandu perempuan 2,900 km, setahun.

16. Lelaki ke, perempuan ke, apa2 pun, kena ada lesen memandu!

8 comments:

kembara kelana said...

lelaki lebih fokus, perempuan terlalu fokus sampai dia tak mampu noleh kiri kanan. lelaki santai je...sambil sembang kalau case kecemasan lelaki cepat tindakan pantulannya...ponpuan bila ada kecemasan , mulutnya cemas dulu...nak tekan brek tertekan minyak
nanti saya cuba cari data lain pulak

WR said...

lelaki memang prejudis, bila pemandunya peremmpuan mesti dia kata " ala.. pompuan pandu patutla lembab semacam.... " Ramai lelaki suka melanggar peraturan jalan raya. Perempuan lebih "penakut" tapi jangan terkejut jika jumpa pompuan bawak kereta 200km/jam... saya dah jumpa

Granny Hani said...

bila perempuan memandu mcm perempuan biasa lahh tapi yang paling menyemakkan jalanraya ialah lelaki yang memandu mcm perempuan..hehehe, betul kan??

Guru said...

assalammualaikum

terimakasih mantan, memuji kami yang memang sepatutnya dah lama terima pujian tu...

setakat tergesel, berbanding dengan remuk di jalanraya tu apalah sangat kan...

yusofsipan said...

salam mantan,

saya rasa (tanpa membuat kajian) kaum pompuan ramai yg memiliki lesen yg sentiasa diperbaharui tp tak berani nak mandu kereta berbanding lelaki....hehehe

Tirana said...

Kalau di jalanraya, pemandu perempuan memang lebih bersopan. Pemandu lelaki kadang-kadang berani tak bertempat. mencilok sana sani sampai mengganggu ketenteraman pengguna jalanraya yang lain.

CIKGU NAMAN said...

kadang-kadang terkedu bila pompuan potong saya dengan bahaya...

Naa..a said...

ha.ha. pemandu pompuan biasanya lebih cermat dah berhemah. laju tapi under control