29.10.09

TAK BIMBANGLAH!


TAK BIMBANGLAH!

1. Bimbang? Apa yang dibimbangkan?

2. Secara semulajadi, perempuan lebih bimbang daripada lelaki.

3. Kadang-kadang orang bimbang sampai hilang akal.

4. Melampau sangatlah bimbangnya tu.

5. Kalau bimbang sangat, tukarkan bimbang yang negatif tu. Jadikan positif. Eh senangnya cakap!

6. Bukan semua rasa bimbang tu tak bagus. Rasa bimbang boleh jadi semacam “amaran awal tsunami”.

7. Kadang-kadang semua perkara tentang orang lain pun kita nak bimbang juga. Perempuan terutamanya, 2 kali lebih bimbang daripada orang lelaki. Ini tak elok utk kesihatan diri.

8. Kongsilah rasa bimbang tu. Separuh masaalah akan hilang kalau kita kongsi dengan orang lain yang kita percaya.

9. Lebih baik kalau kita dapat maklumat jelas. Kalau berkaitan kerja, dapatkan daripada orang yg ahli dalam bidang tu. Kalau bimbang tentang kesihatan, dapatkan maklumat daripad doktor lah!

10. Kalau segalanya terurus, mungkin rasa bimbang tu kurang. Bimbang tugasan tak siap? Uruslah sebaik mungkin. Beban tugas? kalau boleh delegate, agihkanlah.

11. Percaya tak, bersenam dan beriadah tu boleh hilangkan bimbang. Sibukkan diri dengan aktiviti riadah. Badan letih, wah seronoknya tidur. Bangun tidur, mungkin lebih relax dan rasa bimbang pun dah kurang.

12. Percaya tak, bimbang boleh bentuk pola fikiran negatif! Kena positiflah! Mindset biar positif selalu. Nanti rasa lebih sihat tau.

13. Macam nilah. Ambil sebiji gelas. Isi air, penuh. Kemudian curah hingga tinggal separuh. (Anggaplah separuh kebimbangan tu dah dapat buang!).Lepas tu cuba tengok gelas tu. Tinggal separuh. Cuba tanya diri sendiri. Gelas tu separuh kosong ke, separuh penuh? Itu boleh tentukan pola fikiran kita. Eh apa bendanya ni. Ala, cuba dulu.

14. Kalau lebih rasional kan bagus. Cuba rekodkan, apa benda yang bimbang sangat tu. Nanti check balik. Percayalah, tak semua yang kita bimbang tu akan berlaku. Hanya dalam fikiran kita saja!

15. Kalu tak boleh juga camne? Masih juga bimbang?. Macam2 dah buat. Berdoa pun sudah. Tak mahu hilang juga !. Ntahlah. Jangan bimbang… gantikan perkataan bimbang tu dengan perkataan khuatir, dan baca balik posting mantan ni! Sambil tu, jangan bimbang ye….

10 comments:

ahmad humairi said...

Salam,

Bimbang menjadikan kita lebih berhati-hati, bersedia, siap-siaga akan sebarang kemungkinan. Segalanya mungkin.

Puteri said...

jika ada sesuatu yang sedang melanda diri atau apa sahaja yang berkaitan dengan kita, kalau tak rasa bimbang nak rasa apa lagi? tak kan nak rasa seronok kot... kadangkala rasa bimbang tu kan boleh buat kita lebih berusaha. betul ngak???

zaijb said...

Di antara mantan senarai kan tue saya ada mempraktik kan nyee memang ada kesan yg baik...

bila terlalu bimbang sy cuba detail kan masalah yg memening kan kepala... dan yg lain2 tue sy letak jauh2... dan fokus kan yg satu nie..jeee so kurang lahh sikit perasaan tue...

bila kita terus di ambang kebimbangan ia akan menjejaskan kesihatan kita dan menurunkan prestasi kerja kita...

so ape lagi buang jauhhh2... syoh2 menyemak jeee... byk lagi yg perlu kita nak fikirkan...he

mantan said...

myri,
apa2 boleh terjadi. Tak perlu bimbang sangat...

mantan said...

Betul.. betul!. Tapi janganlah biombang sangat...

mantan said...

zaijb,
buang jauh-jauh... tapi janganlah bimbang sangat.

n@m@n said...

wah..bagus utk org2 muda mcm saya ni utk dibaca ..hehe

mantan said...

n@m@n,
Jangan bimbang sangat kalau baby comel tu sesekali nangis!

Kembara Kelana said...

saya bimbang mantan pergi dari rompin...sebab tak dapat makan sop tulang mantan

mantan said...

KK,
hehehe...