“Saya kena tukar…!”
Barangkali Itulah tanda permulaan seorang pekerja akan berada di tempt tugas yang baru!
Bertukar ke tempat kerja baru boleh menimbulkan stress, walaupun kita yang memohon pertukaran untuk bertugas di tempat baru.
Namun pada waktu yang sama ia boleh menjadi suatu pengalaman yang menarik. Bertemu rakan-rakan baru, beradaptasi dengan suasana baru, dan memulakan tugasan baru boleh menimbukan kesan emosi yang positif. Dan yang negatif juga.
Namun pada waktu yang sama ia boleh menjadi suatu pengalaman yang menarik. Bertemu rakan-rakan baru, beradaptasi dengan suasana baru, dan memulakan tugasan baru boleh menimbukan kesan emosi yang positif. Dan yang negatif juga.
Untuk menyesuaikan diri ketika pertama kali melangkah masuk ke persekitaran tugas yang baru mungkin ada cara-caranya yang boleh dipelajari.
KENAL
Kenalkan diri. Penting bagi orang lain tahu nama dan kenal wajah kita. Menghulurkan tangan untuk bersalaman sambil memperkenalkan diri adalah langkah terbaik.
LIHAT
Lihat persekitaran tempat tugas. Persekitaran baru boleh memberikan banyak maklumat. Pemerhatian kepada persekitaran akan banyak membantu kita menyesuaikan diri.
TAHU
Kita perlu segera tahu segala peralatan dan keperluan yang akan digunakan untuk menjalankan tugas. Kita akan menjadi lebih selesa, dan dapat melakukan tugas dengan lebih cekap dalam waktu yang singkat.
TANYA
Tanya jika tidak tahu sesuatu. Tanyalah apa yang ingin kita tahu kepada orang yang sesuai yang boleh memberikan maklumat berkaitan tempat dan bidang tugas. Mereka akan sentiasa mahu membantu.
KOMUNIKASI
Berkomunikasilah dengan rakan setugas yang baru. Sikap ramah mesra boleh membantu kita mendalami bidang tugas di tempat baru dengan lebih cekap.
BELAJAR
Pelajari cara mengendalikan sistem dan peralatan yang mungkin berbeza dengan tempat tugas terdahulu. Pelajari segala prosedur asas yang penting bagi membantu tugas-tugas yang akan dijalankan.
FLEKSIBEL
Perlu ada sikap terbuka dan fleksibel untuk menerima idea dan cara-cara baru dalam melakukan sesuatu. Di tempat tugas yang baru mungkin ada prosedur baru. Perlulah fleksibel dan bersedialah untuk beradaptasi.
Yang tersebut di atas hanyalah “langkah pertama” . Namun segala kejayaan seterusnya mungkin bermula daripada langkah pertama itulah!.