14.3.10

Roti, Maklumat Dan ABM

(Posting ni sepatutnya ditulis pagi tadi. Tak sempat. Ada jemputan kenduri kahwin). 

Pagi tadi masa bersarapan, sempatlah belek-belek plastik nipis pembalut roti. Biasalah. Pembalutnya cantik juga. 

Tapi saya lebih tertarik pada maklumat yang tertera pada pembalut tu. Ada lima permukaan yang bermaklumat: depan, belakang, kiri, kanan dan bawah.

Di depan ada maklumat tentang:
- Jenama roti dan logo 
- Keistemewaan roti 
- Logo Halal 
- Logo Superbrands
- Berat roti 
- Jumlah kandungan vitamin dan zat galian.
- Nombor telefon untuk pertanyaan 
Di belakang: 
- Terjemahan muka depan dalam Bahasa inggeris.

Di kanan: 
- Gambar bendera Malaysia 
- Gambar bunga raya 
- Logo Kementerian Penerangan Malaysia 
- Rukunegara (Dalam Bahasa malaysia Dan Bahasa inggeris. 
- Kajian tentang faedah pengambilan vitamin (disenaraikan jenis vitamin) dan zat galian.

Di kiri:
- Maklumat khasiat makanan dalam setiap bungkusan roti
- Senarai kebaikan roti tersebut
- Arahan penyimpanan dan tip penggunaan 
- Bar code (harga)

Bahagian bawah pembungkus:
- Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat roti.
- Logo jenama roti
- Nama dan alamat pengilang.

Demikianlah banyaknya maklumaat pada pembalut sebuku roti. Tidak ramai yang membacanya. Mungkin hanya menganggap itu sebagai hiasan sahaja. 
Masa dulu-dulu saya selalu jadikan bahan-bahan terbuang seperti ini sebagai Alat Bantuan Mengajar (ABM) di bilik darjah. Maklumlah dulu mana ada komputer, CD, Projector dan lain-lain yang canggih seperti sekarang. Budak-budak akan cari bahan-bahan maklumat seperti ini dan bawa ke bilik darjah. 

Kreatif juga budak-budak zaman dulu.

11 comments:

zaijb said...

salam mantan...

yg penting skrg nie loga HALAL tue kena pasti betul2 logonyeee ... he..

SydAkmal said...

betol la cikgu... byk mende kite leh blaja dgn sekeliling. pembalut bukan setakat membalut roti, tp boleh jd bahan ilmiah

mantan said...

Zai,
Roti yg saya makan tu logonya ori... pasti halal....tak tipu punya...

mantan said...

Kechot,

Tq singgah kat blog mantan ni .Apa yg kita lihat di sekeliling tu jadi pengetahuan dan penglaman.. semuanya ilmu tu.....

ckLah @xiiinam said...

Kecik-kecik dulu, beli roti benggali.....maklumat apa pun tak ada pada pembungkus...hentam je. Kan!

CIKGU NAMAN said...

Fuh..saya pun tak belek sangat semua tu..tengok ada halal dengan tarikh luput je..hehe

Cikgu Chun said...

Salam cikgu Wahab,

Betul cakap cikgu tu. Saya sendiri pun terlalu jarang melihat maklumat2 tu semua. 1 perkara je yg saya mesti tengok kalau beli roti ni, iaitu tarikh luput!.

mantan said...

n@m@n,
tengok yg penting-penting pun ok dah tu...

mantan said...

Cikgu Chun,

Kadang-kadang kita tak punya waktu terluang untuk melihat perkara-pekara kecil seperti itu.

Masih di Palong?

Aida Ali said...

Salam cikgu, sah cikgu memang teliti orangnya : kualiti yang jarang ada pada orang-orang muda sekarang.

Cikgu Chun said...

Cikgu Wahab,

Ye lah kan...tapi jangan sampai terbeli yg luput dah ler kan.

Ya, saya kat Palong lagi... Jangan silap sebut jadi Poland pulak! hehe