Dalam
sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan, terasa seolah-olah murid-murid tidak dapat menikmati kegirangan
zaman kanak-kanaknya. Namun itulah pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh
murid-murid.
Dengan
garispanduan yang wajar, guru dan murid akan bersama-sama mendapat manfaat
daripada peperiksaan. Matalamat peperiksaan ialah ia bertujuan untuk mencapai kecemerlangan dan akan memberikan halatuju bagi
guru dan murid. Murid-murid akan lebih fokus kepada pelajaran dan ini akan
memudahkan guru menyampaikan pelajaran.
Situasi dan persekitaran sekolah akan menjadi lebih tenteram jika pelajar benar-benar dapat memahami apa yang diajar oleh guru. Waktu pembelajaran dalam bilik darjah dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak memberi ruang berlakunya kes salahlaku.
Situasi dan persekitaran sekolah akan menjadi lebih tenteram jika pelajar benar-benar dapat memahami apa yang diajar oleh guru. Waktu pembelajaran dalam bilik darjah dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak memberi ruang berlakunya kes salahlaku.
Murid-murid
juga akan mempunyai motivasi diri yang tinggi dengan adanya peperiksaan. Ganjaran yang mereka perolehi selepas peperiksaan
akan membina pertandingan yang sihat. Murid-murid akan berusaha bersungguh-sungguh
dan guru akan sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan pelajaraan dengan lebih
kreatif.
Seluruh
tujuan pembelajaran akan menjurus untuk mendapatkan ilmu. Jika belajar tidak
didesak untuk menghafal, murid-murid akan bersikap sambil lewa. Apabila
murid-murid dimotivasi untuk mencapaai gred yang baik dalam peperiksaan,
murid-akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan lebih menghargai ilmu dan
proses mendapatkannya.
Gred
yang baik akan menjamin kesenangan hidup pada masa akan datang. Pencapaian yang
cemerlang akan membuka peluang mereka untuk melanjutkaan pelajaran atau
mendapatkan pekerjaan yang baik.
Jika peperiksaan dilaksanakan dengan betul, ia
akan memberi faedah kepada pelajar, guru dan ibu-bapa. Halatuju yang jelas seperti ini akan membantu semua pihak yang terlibat
lebih fokus kepada pencapaian yang ditetapkan. Dengan demikian akan
menggalakkan koloborasi antara semua pihak, menjadikannya suatu usaha dan tujuan
bersama.
No comments:
Post a Comment