10.7.10

Individu Itu Unik


Kanak-kanak tampaknya riang  gembira berkejar-kejaran bersama rakan-rakan di sekolah. Tetapi pada masa yang sama mereka juga menghadapi ancaman stres!. Stres boleh berpunca daripada masalah keluarga, isu buli, malah daripada sistem pendidikan sendiri!
Tanpa kendalian yang wajar, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan akan membawa bersamanya rasa stres berpanjangan dan kesan negatif kepada kehidupan kanak-kanak.
Yang dipentingkan dalam sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan adalah pencapaian gred. Murid yang mencapai gred yang baik akan disanjung, yang gagal pula akan keciciran. Yang gagal akan mengundang rasan rendah estim kendiri dan  rasa terpencil. Ini secara tidak lansung membina jurang pencapaian antara murid.

Kelihatanya, murid yang mendapat gred yang rendah tidak setaraf untuk besama rakan-rakan yang berjaya.

Sistem sebegini seolah-olah memaksa murid menerima dan menghafal apa sahaja yang diajar supaya nanti dapat dimuntahkan dalam dewan peperiksaan. Ini mungkin mudah bagi sesetengah murid, namun menjadi amat sukar bagi sesetengah murid yang lain, lebih-lebih lagi bagi murid-murid jenis “hands-on”.

Ketidakupayaan untuk bersaing hanya akan menimbulkan rasa malu dan kecewa. Lebih malang dan memberi impak negatif kepada kehidupan jika mereka diejek oleh rakan-rakan sebaya.

Banyak masa perlu diperuntukan jika mahu cemerlang dalam pelajaran. Mereka kehilangan kecerian kehidupan zaman kanak-kanak. Mereka kurang bersama rakan sebaya. Mereka kehilangan peluang untuk mempelajari kemahiran-kemahiran sosial yang penting untuk melangsungkan kehidupan pada zamannya.

Apabila sistem pendidikan menetapkan objektif untuk mencapai gred yang tinggi dalam peperiksaan, makaa aktiviti-aktiviti lain akan dikorbankan. Guru-guru cenderung mengurangkan aktiviti ko-kurikulum seperti sukan, dan tidak menggalakkan aktiviti-aktiviti yang kreatif.

Sepatunya pelajar-pelajar digalakkan untuk menjalani lebih banyak aktiviti kokurikulam sebagai suatu cara untuk melepaskan rasa stres selepas belajar.

Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan memang kelihatannya mempunyai matalamat yang murni. Namun implementasinya perlu dilaksanakan dengan teliti supaya tidak memberikan kesan negatif kepada kehidupan murid.

Perlulah difahami bahawa setiap individu murid adalah unik, sebahagianya mungkin cemerlang dalam bidang akademik, sementara yang lainnya boleh berjaya dalam bidang “hands-on”.

2 comments:

CIKGU NAMAN said...

salam mantan,

sebab itulah ramai budak² yang dah tak minat ke sekolah barangkali

mantan said...

n@m@n,
Salah satu drpd pelbagai sebab yang lain, agaknya...