Showing posts with label A.Wahab Taha: Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label A.Wahab Taha: Pendidikan. Show all posts

10.7.10

Faedah Peperiksaan


Dalam sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan, terasa seolah-olah   murid-murid tidak dapat menikmati kegirangan zaman kanak-kanaknya. Namun itulah pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh murid-murid.

Dengan garispanduan yang wajar, guru dan murid akan bersama-sama mendapat manfaat daripada   peperiksaan. Matalamat peperiksaan ialah ia bertujuan untuk mencapai kecemerlangan dan akan memberikan halatuju bagi guru dan murid. Murid-murid akan lebih fokus kepada pelajaran dan ini akan memudahkan guru menyampaikan pelajaran.

Situasi dan persekitaran sekolah akan menjadi lebih tenteram jika pelajar benar-benar dapat memahami apa yang diajar oleh guru. Waktu pembelajaran dalam bilik darjah dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak memberi ruang berlakunya kes salahlaku.

Murid-murid juga akan mempunyai motivasi diri yang tinggi dengan adanya peperiksaan. Ganjaran yang mereka perolehi selepas peperiksaan akan membina pertandingan yang sihat. Murid-murid akan berusaha bersungguh-sungguh dan guru akan sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan pelajaraan dengan lebih kreatif.

Seluruh tujuan pembelajaran akan menjurus untuk mendapatkan ilmu. Jika belajar tidak didesak untuk menghafal, murid-murid akan bersikap sambil lewa. Apabila murid-murid dimotivasi untuk mencapaai gred yang baik dalam peperiksaan, murid-akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan lebih menghargai ilmu dan proses mendapatkannya.

Gred yang baik akan menjamin kesenangan hidup pada masa akan datang. Pencapaian yang cemerlang akan membuka peluang mereka untuk melanjutkaan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan yang baik.

Jika peperiksaan dilaksanakan dengan betul, ia akan memberi faedah kepada pelajar, guru dan ibu-bapa. Halatuju yang jelas seperti ini akan membantu semua pihak yang terlibat lebih fokus kepada pencapaian yang ditetapkan. Dengan demikian akan menggalakkan koloborasi antara semua pihak,  menjadikannya suatu usaha dan tujuan bersama.

Individu Itu Unik


Kanak-kanak tampaknya riang  gembira berkejar-kejaran bersama rakan-rakan di sekolah. Tetapi pada masa yang sama mereka juga menghadapi ancaman stres!. Stres boleh berpunca daripada masalah keluarga, isu buli, malah daripada sistem pendidikan sendiri!
Tanpa kendalian yang wajar, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan akan membawa bersamanya rasa stres berpanjangan dan kesan negatif kepada kehidupan kanak-kanak.
Yang dipentingkan dalam sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan adalah pencapaian gred. Murid yang mencapai gred yang baik akan disanjung, yang gagal pula akan keciciran. Yang gagal akan mengundang rasan rendah estim kendiri dan  rasa terpencil. Ini secara tidak lansung membina jurang pencapaian antara murid.

Kelihatanya, murid yang mendapat gred yang rendah tidak setaraf untuk besama rakan-rakan yang berjaya.

Sistem sebegini seolah-olah memaksa murid menerima dan menghafal apa sahaja yang diajar supaya nanti dapat dimuntahkan dalam dewan peperiksaan. Ini mungkin mudah bagi sesetengah murid, namun menjadi amat sukar bagi sesetengah murid yang lain, lebih-lebih lagi bagi murid-murid jenis “hands-on”.

Ketidakupayaan untuk bersaing hanya akan menimbulkan rasa malu dan kecewa. Lebih malang dan memberi impak negatif kepada kehidupan jika mereka diejek oleh rakan-rakan sebaya.

Banyak masa perlu diperuntukan jika mahu cemerlang dalam pelajaran. Mereka kehilangan kecerian kehidupan zaman kanak-kanak. Mereka kurang bersama rakan sebaya. Mereka kehilangan peluang untuk mempelajari kemahiran-kemahiran sosial yang penting untuk melangsungkan kehidupan pada zamannya.

Apabila sistem pendidikan menetapkan objektif untuk mencapai gred yang tinggi dalam peperiksaan, makaa aktiviti-aktiviti lain akan dikorbankan. Guru-guru cenderung mengurangkan aktiviti ko-kurikulum seperti sukan, dan tidak menggalakkan aktiviti-aktiviti yang kreatif.

Sepatunya pelajar-pelajar digalakkan untuk menjalani lebih banyak aktiviti kokurikulam sebagai suatu cara untuk melepaskan rasa stres selepas belajar.

Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan memang kelihatannya mempunyai matalamat yang murni. Namun implementasinya perlu dilaksanakan dengan teliti supaya tidak memberikan kesan negatif kepada kehidupan murid.

Perlulah difahami bahawa setiap individu murid adalah unik, sebahagianya mungkin cemerlang dalam bidang akademik, sementara yang lainnya boleh berjaya dalam bidang “hands-on”.

6.7.10

Sebabnya Sangat Jelas: Sistem Pendidikan



Walaupun negara ini relatif kecil, Finland ialah pusat  dan pejabat pembangunan teknologi Nokia - bersama-sama dengan 800 syarikat teknologi tinggi lain. Sebahagian kecanggihan dan kepakaran teknologi Finland melimpah ke negara jirannya, Rusia.

Finland  yang terletak tidak  jauh dari lingkaran Kutub Utara, dianggap sebagai satu daripada tiga negara  yang paling kompetitif di dunia.   

Sebabnya sangat jelas:  sistem pendidikannya. 


Kerajaan Finland melakukan banyak perkara bagi pembangunan pelajar-pelajarnya. Pelajar-pelajar sentisa sibuk mengikuti dan melaksanakan progam pendidikan. Namun, pada masa yang sama, tidak ada peperiksaan  kebangsaan atau  ujian akhir tahun. Yang ada hanyalah   penilaian yang berterusan, - iaitu gabungan antara  ujian bulanan dan penilaian guru.

Finland memastikan bahawa semua murid  disediakan  makanan percuma di sekolah. Mereka diberi subsidi kos pengangutan untuk kesekolah atau pergi melaksanakan program sekolah. Kerajaan Finland menganggap bahawa ini adalah sebahagian daripada keperluan dan proses  pendidikan.  


Dari segi pengurusan disiplin pelajar, tidak akan ada pelajar yang akan dibuang sekolah. Penekanannya ialah kepada “penyelesaian hingga ke akar-umbi” jika timbul sebarang masalah disiplin pelajar.
Hanya 15 peratus permohonan untuk menjadi guru yang diterima. Hanya yang mempunyai ijazah peringkat Master diterima menjadi guru.  Secara berterusan, guru-guru dihantar berkursus  pada waktu cuti panjang bagi mempertingkatkaan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Sistem pendidikan Finland berfokus pada keperluan pelajar dan menolak sistem pengasingan pelajar mengikut  kebolehan.   Dengan demikian, akan mengurangkan jurang pendidikan antara "yang berada " dan “tidak berada”   dan mempertingkatkan  tahap prestasi  pencapaian pelajar dan orang dewasa secara lebih menyeluruh.

3.7.10

KELIRU....KELIRU....

Apabila UPSR diuar-uarkan nak mansuh, ramai yg dah beri pendapat. Macam-macam. Ada setuju, ada tak setuju. 

Dan yg teruknya, ada yang keliru.

Ibu bapa ramai keliru. 
Tak ada UPSR, macam mana nak ke asrama penuh? 
Tak ada periksa, nanti budak-budak tak belajar. Main saja. Tengok tv saja. Dekat SPM, baru nak pegang buku.

Yang nak  lihat ke depan kata, nanti ramai yang cicir, ramai penagih dadah, mat rempit, buang anak dan macam-macam jenayah lagi.

Wah, hebatnya kepekaan mereka tentang UPSR ni. Prihatin singguh.  Yelah, UPSR ni isu besar. Itu bukti   mereka peka. Maklumlah masa depan anak-anak. Besarnya harapan  pada UPSR ni! Seolah-olah seluruh masa depan anak mereka ini bergantung pada UPSR.

Kalau tak ada periksa,  nanti cikgu tak beri perhatian. Mengajar sambil lewa.
Ada yang kata, nanti tak ada lagi kelas tambahan. Tak ada lagi program motivasi. Tak ada program kaunseling. Tak ada lagi program sembahyang hajat masa nak periksa.

Nanti, bukan sahaja budak-budak yang ponteng, cikgu juga ponteng. Gurubesar pun tak kisah.

Yang buka kelas tuisyen juga bimbang hilang pendapatan.
Yang tulis dan jual buku latihan dan bahan rujukan peperiksaan juga bimbang akan kurang fulus.
Yang banyak dapat duit anjur program motivasi belajar dan peperiksaan juga bimbang, perkhidmatan tak diperlukan.

Alahai! ramainya yang bimbang. Banyaknya fikiran negatif. 
Sesetangah orang politik, yg suka membangkang,  menyemarakkan  kebimbangan yang negatif ni.

Menghapuskan UPSR, bukan bermakna menghapuskan sistem peperiksaan di sekolah!. Ini yg ramai tak faham....Bukannya tak periksa....

Hapus UPSR bukan bermakna budak-budak tak belajar, guru-guru tak mengajar! 
Tak ada UPSR, bukan bermakna budak-budak tak boleh ke asrama penuh. 
Tak ada UPSR bukan bermakna budak-budak akan berhenti belajar.

Kenapa tak boleh terus pergi tuisyen?. Keapa tak boleh terus adakan program motivasi?. Boleh terus beli buku dan bahan  rujukan tambahan.

Ada UPSR pun, bukan boleh halang budak-budak nak merempit, ponteng, hisap rokok.

Inilah agaknya, feedbak dan public opinion yang diharapkan.. Yelah...setiap orang berhak memberikan pendapat masing-masing.

Nanti adalah sistem peperiksaannya! Ramai cerdik pandai yang sedang berusaha memperbaikinya....

UPSR bukan segala-galanya.....

FORMAT BARU UPSR?

Apakah ini yang akan menjadi kandungan peperiksaan sekolah kebangsaan menggantikan UPSR?:-

1) Pentaksiran sekolah
2) Pentaksiran pusat 
3) Peperiksaan pusat 
4) Pentaksiran aktiviti jasmani dan kokurikulum 
5) Ujian psikometrik 

Termasuk :-
6) Ujian PAFA 
7) Ujian PEKA 
8) Ujian Lisan B.Melayu 
9) Ujian Lisan B.Inggeris 

Termasuk juga Ujian Lisan (pilihan):-
10) Ujian Lisan B.Cina 
11) Ujian Lisan B.Tamil 
12) Ujiuan Lisan B. Arab 
13) Ujian Lisan B. Bumiputera

1.7.10

Bandingkan



Barangkali tulisan di bawah ini dapat menambah pengetahuan kita tentang sistem pendidikan. Boleh juga dijadikan perbandingan dengan sistem pendidikan di Malaysia.


By Tom Burridge
BBC World News America, Helsinki

Last year more than 100 foreign delegations and governments visited Helsinki, hoping to learn the secret of their schools' success.

In 2006, Finland's pupils scored the highest average results in science and reading in the whole of the developed world. In the OECD's exams for 15 year-olds, known as PISA, they also came second in maths, beaten only by teenagers in South Korea.

This isn't a one-off: in previous PISA tests Finland also came out top.

The Finnish philosophy with education is that everyone has something to contribute and those who struggle in certain subjects should not be left behind.

A tactic used in virtually every lesson is the provision of an additional teacher who helps those who struggle in a particular subject. But the pupils are all kept in the same classroom, regardless of their ability in that particular subject.

Finland's Education Minister, Henna Virkkunen is proud of her country's record but her next goal is to target the brightest pupils.

''The Finnish system supports very much those pupils who have learning difficulties but we have to pay more attention also to those pupils who are very talented. Now we have started a pilot project about how to support those pupils who are very gifted in certain areas.'' .

Late learners
According to the OECD, Finnish children spend the fewest number of hours in the classroom in the developed world.

This reflects another important theme of Finnish education.

Primary and secondary schooling is combined, so the pupils don't have to change schools at age 13. They avoid a potentially disruptive transition from one school to another.

Teacher Marjaana Arovaara-Heikkinen believes keeping the same pupils in her classroom for several years also makes her job a lot easier.

''I'm like growing up with my children, I see the problems they have when they are small. And now after five years, I still see and know what has happened in their youth, what are the best things they can do. I tell them I'm like their school mother.''

Children in Finland only start main school at age seven. The idea is that before then they learn best when they're playing and by the time they finally get to school they are keen to start learning.

Less is more
Finnish parents obviously claim some credit for the impressive school results. There is a culture of reading with the kids at home and families have regular contact with their children's teachers.

Teaching is a prestigious career in Finland. Teachers are highly valued and teaching standards are high.

The educational system's success in Finland seems to be part cultural. Pupils study in a relaxed and informal atmosphere.

Finland also has low levels of immigration. So when pupils start school the majority have Finnish as their native language, eliminating an obstacle that other societies often face.

The system's success is built on the idea of less can be more. There is an emphasis on relaxed schools, free from political prescriptions. This combination, they believe, means that no child is left behind.

29.6.10

Di Finland

Tulisan ini hanya memaparakan sistem pendidikan Negara Finland secara umum sahaja sebagai menambah pengetahuan.
Sistem Pendidikan di Finland
Sistem pendidikan Finland adalah sistem pendidikan percuma. Pendidikan  wajib selama sembilan tahun bermula pada usia tujuh tahun. Makanan diberikan secara percuma kepda pelajar-pelajar sekolar rendah dan menengah.   Setelah tamat sekolah rendah, terdapat pilihan sama ada ke sekolah  aliran vokasional atau aliran akademik.

 UMUR PERSEKOLAHAN
 Pra-sekolah  (pilihan) : 6-7 tahun
• Gred 2 :                    7-8 tahun
• Gred 2:                     8-9 tahun
• Gred 3:                     9-10 tahun
• Gred 4:                   10-11 tahun
• Gred 5:                   11-12 tahun
• Gred 6:                   12-13 tahun
• Gred 7 :                  13-14 tahun
• Gred  8:                  14-15 tahun
• Gred 9:                   15-16 tahun
Gred 10  (pilihan):      16-17 tahun
Ijazah Akademik
          Ijazah Vokasional
Umor/Tempoh.
Kedoktoran
          Pekerjaan


           Politeknik

2-3 tahun
           Politeknik

3-4 tahun
Sekolah menengah atas
Sekolah vokasional
18-19






SISTEM PENILAIAN / PEPERIKSAAN
 Pada awal sekolah rendah, pengredan  hanya  terbatas kepada  penilaian verbal dan bukan pengredan secara formal. Permulaan grading  secara numerical akan diputuskan oleh pihak sekolah. Biasannya, kad kemajuan pelajar diberikan  dua kali setahun: pada  hujung musim luruh dan pada  musim bunga.
Jika seorang murid sekolah secara keseluruhannya mendapat gred 4 dama sesuatu matapelajaran pada akhir musim bunga pelajar tersebut perlu perlu membuktikan peningkatan dalam peperiksaan berasingan dalam matapelajaran tersebut pada penghujung musim panas.
Jika murid terus  gagal, mereka mungkin perlu mengulan kembali kelas tersebut. Hal demikian, jarang-jaraang sekali berlaku.  Keputusan supaya murid mengulang pada tahap tertengu dibuat setah diadakan perbincangan antara Gurubesar, guru dan ibu-bapa dan murid berkenaan.  
Grade peperiksaan diberikan pada skala 4-10.  
Murid-murid di Finland  menikmati sejumlah hak sosial, seperti penjagaan kesihatan dan makanan percuma pada waktu persekolahan , meliputi sekitar satu pertiga dari keperluan nutrisi harian mereka.
Selain itu, pelajar berhak menerima bantuan  buku  dan bahan pembelajaran percuma. Bagi yang tinggal berjauhan dan sukar ke sekolah, mereka diberi bantuan perjalanan .
 
PENDIDIKAN LANJUTAN
Pendidikan menengah terdiri daripadaa dua sistem  yang berasingan, ia itu pendidikan untuk persediaan pekerjaan dan pendidikan unuk ke pengajian tinggi.
 Sekolah vokasional mempersiapkan pelajar untuk menceburi bidang pekerjaan dan mengembangkan kompetensi vokasional. Di samping itu,  sekolah menengah atas bertujuan untuk memberikan pelajar di pendidikan menyeluruh, yang mempersiapkan pelajar untuk pendidikan tinggi.
Sistem ini tidaklah rigid: lulusan sekolah vokasional secara rasmi memenuhi syarat untuk pendidikan tinggi dan lulusan sekolah menengah atas dapat mendaftarkan diri ke dalam program pendidikan vokasional. Hal ini juga memungkinkan pelajar  mengikuti  kedua-dua aliran vokasional dan sekolah menengah atas pada masa yang sama.
Lulusan sekolah vokasional akan menerima sijil sekolah vokasional. Luulusan sekolah menengah atas pula menerima sijil sekolah menengah atas dan sijil  pemeriksaan matrikulasi.
Pelajar-pelajar  dalam program khas pula boleh menerima sijil sekolah vokasional dan pemeriksaan matrikulasi  atau semua ketiga-tia jenis sijil.
Sijil sekolah menengah atas dan vokasional adalah  penting dalam penerimaan masuk ke politeknik dan ujian matrikulasi untuk  penerimaan kemasukan ke universiti.  Namun, terdapat juga   pengecualian dan   program pendidikan tinggi serta syarat-syarat lain untuk ke Universiti.
Pada persekolahan peringkat menengah atas, diadakan peperiksaan matrikulasi peringkat kebangsaan. Peperiksaan ini ialaah peperiksaan yang berprestig tinggi sebagai syarat kemasukan ke universiti yang berprestij tinggi.
 
 PENDIDIKAN TINGGI
Ada dua sektor dalam pendidikan tinggi:  Universiti dan politeknik. Ketika merekrut mahasiswa baru,  kriteria pemilihan siswa  adalah berdasarkan ujian matrikulasai kebangsaan dan ujian kemasukan.
 Fokus pengajian di  universiti  adalah penyelidikan dan teori. Pengajian di  politeknik ditumpuakan kepada kemahiran praktikal dan terlibat terlibat dalam projek-projek pembangunan industri.