Apabila UPSR diuar-uarkan nak mansuh, ramai yg dah beri pendapat. Macam-macam. Ada setuju, ada tak setuju.
Dan yg teruknya, ada yang keliru.
Ibu bapa ramai keliru.
Tak ada UPSR, macam mana nak ke asrama penuh?
Tak ada periksa, nanti budak-budak tak belajar. Main saja. Tengok tv saja. Dekat SPM, baru nak pegang buku.
Yang nak lihat ke depan kata, nanti ramai yang cicir, ramai penagih dadah, mat rempit, buang anak dan macam-macam jenayah lagi.
Wah, hebatnya kepekaan mereka tentang UPSR ni. Prihatin singguh. Yelah, UPSR ni isu besar. Itu bukti mereka peka. Maklumlah masa depan anak-anak. Besarnya harapan pada UPSR ni! Seolah-olah seluruh masa depan anak mereka ini bergantung pada UPSR.
Kalau tak ada periksa, nanti cikgu tak beri perhatian. Mengajar sambil lewa.
Ada yang kata, nanti tak ada lagi kelas tambahan. Tak ada lagi program motivasi. Tak ada program kaunseling. Tak ada lagi program sembahyang hajat masa nak periksa.
Nanti, bukan sahaja budak-budak yang ponteng, cikgu juga ponteng. Gurubesar pun tak kisah.
Yang buka kelas tuisyen juga bimbang hilang pendapatan.
Yang tulis dan jual buku latihan dan bahan rujukan peperiksaan juga bimbang akan kurang fulus.
Yang banyak dapat duit anjur program motivasi belajar dan peperiksaan juga bimbang, perkhidmatan tak diperlukan.
Alahai! ramainya yang bimbang. Banyaknya fikiran negatif.
Sesetangah orang politik, yg suka membangkang, menyemarakkan kebimbangan yang negatif ni.
Menghapuskan UPSR, bukan bermakna menghapuskan sistem peperiksaan di sekolah!. Ini yg ramai tak faham....Bukannya tak periksa....
Hapus UPSR bukan bermakna budak-budak tak belajar, guru-guru tak mengajar!
Tak ada UPSR, bukan bermakna budak-budak tak boleh ke asrama penuh.
Tak ada UPSR bukan bermakna budak-budak akan berhenti belajar.
Kenapa tak boleh terus pergi tuisyen?. Keapa tak boleh terus adakan program motivasi?. Boleh terus beli buku dan bahan rujukan tambahan.
Ada UPSR pun, bukan boleh halang budak-budak nak merempit, ponteng, hisap rokok.
Inilah agaknya, feedbak dan public opinion yang diharapkan.. Yelah...setiap orang berhak memberikan pendapat masing-masing.
Nanti adalah sistem peperiksaannya! Ramai cerdik pandai yang sedang berusaha memperbaikinya....
UPSR bukan segala-galanya.....
1 comment:
Mantan, banyak yang di luar sekolah lebih pandai daripada yang dalam sekolah.
Post a Comment