Walaupun
negara ini relatif kecil, Finland ialah pusat dan pejabat pembangunan teknologi Nokia -
bersama-sama dengan 800 syarikat teknologi tinggi lain. Sebahagian kecanggihan dan
kepakaran teknologi Finland melimpah ke negara jirannya, Rusia.
Finland yang terletak tidak jauh dari lingkaran Kutub Utara, dianggap sebagai
satu daripada tiga negara yang paling
kompetitif di dunia.
Sebabnya sangat jelas: sistem pendidikannya.
Kerajaan Finland melakukan banyak perkara bagi pembangunan pelajar-pelajarnya. Pelajar-pelajar sentisa sibuk mengikuti dan melaksanakan progam pendidikan. Namun, pada masa yang sama, tidak ada peperiksaan kebangsaan atau ujian akhir tahun. Yang ada hanyalah penilaian yang berterusan, - iaitu gabungan antara ujian bulanan dan penilaian guru.
Finland memastikan bahawa semua murid disediakan makanan percuma di sekolah. Mereka diberi subsidi kos pengangutan untuk kesekolah atau pergi melaksanakan program sekolah. Kerajaan Finland menganggap bahawa ini adalah sebahagian daripada keperluan dan proses pendidikan.

Dari segi pengurusan disiplin
pelajar, tidak akan ada pelajar yang akan dibuang sekolah. Penekanannya ialah
kepada “penyelesaian hingga ke akar-umbi” jika timbul sebarang masalah disiplin
pelajar.
Hanya 15 peratus permohonan
untuk menjadi guru yang diterima. Hanya yang mempunyai ijazah
peringkat Master diterima menjadi guru. Secara
berterusan, guru-guru dihantar berkursus
pada waktu cuti panjang bagi mempertingkatkaan pengetahuan dan
kemahiran mereka.
Sistem pendidikan Finland berfokus pada keperluan pelajar dan menolak sistem pengasingan pelajar mengikut kebolehan. Dengan demikian, akan mengurangkan jurang pendidikan antara "yang berada " dan “tidak berada” dan mempertingkatkan tahap prestasi pencapaian pelajar dan orang dewasa secara lebih menyeluruh.

3 comments:
Mantan,
Banyak info yang diberikan dalam blog ini tentang sistem pedidikan. Saya percaya Kementerian Pelajaran telah mengambilkira semua perkara yang disebutkan sebelum perubahan dilakukan. Barangkali belum didedahkan kepada kita kecuali dinyatakan UPSR dan PMR akan dimasuhkan. Spt disebut oleh Pengarah Pel. Sarawak dalam ucapan Hari Guru yang lalu, penilaian akan lebih menyeluruh meliputi perkara-perkara yang tidak dapat dinilai dalam peperiksaan. Berapa banyak A's yang pelajar perolehi tidak dapat menilai sikap, sahsiah dan modal insan pelajar. Semoga pendidikan negara akan lebih mantap dengan disokong oleh guru-guru yang berfikiran positif...
Mohamad, Salam.
Terima kasih kerana berkongsi pemikiran.
Bukanlah mudah untuk merancang dan menanangi perubahan.
Sudah tentu, apabila melakukan perubahan, kita mengharapkan yang terbaik.
Kita boleh mengambil pengalaman terdahulu, sama ada yang baik atau tidak, yang berjaya maupun gagal.
Tidak salah juga jika kita dapat belajar daripada negara-negara lain yang jauh terlebih dahulu brjaya dalan bidang pendidikan.
Yang penting bagaimana kta mengambil teladan dan menyesuaikaan dengan keunikan dan keperluan kita pula.
assalamuaalaikum mantan,
saya telah re-publish posting ini dlm blog sekolah saya, mohon maaf krn tidak memaklumkan dan meminta izin terlbh dulu....
Post a Comment