Bukan mudah kelompok-kelompok Melayu di Malaysia,
bersatu-padu.
Berpuluh-puluh tahun bermusuhan:
dendam kesumat, sumpah seranah,
ejek-mengejek, tuduh-menuduh, serang-menyerang, tohmah-mentohmah, tentang
menentang, dan pelbagai lagi atas nama permusuhan.
Persepsi buruk yang ditanam, tanggapan buruk begitu
kronik, begitu lama berbanir menjadi sindrom kepercayaan. Memang amat sukar dikikir.
Pernah ada percubaan dan usaha bersatu-padu: tetapi dihina, dicerca, ditohmah, dimomok
sehodoh-hodohnya. Maka gagal.
Kini ada lagi gelombang hasrat untuk kelompok-kelompok Melayu bersatu
padu. Didoakan semoga berjaya.
Semoga tidak akan menjadi tsunami pemusnah harapan.
Bersatu-padulah kelompok-kelompok Melayu!
Jika tidak: Nanti LAYU!
Jika tidak: Nanti LAYU!
1 comment:
salam,
MELAYU..
Layukan dendam kesumat,
Layukan sumpah seranah, ejek-mengejek, serang-menyerang dan yang sesinonimnya...melahirkan kembang di arus gelombang global.
Post a Comment