27.9.10

TAUGE


Mari Buat Tauge
Mula-mula basuh 1 cawan kacang hijau dengan air sejuk. Kemudian rendam dalam air bersih / air mineral selama 1 jam. (Kalau nak cepat, rendam semalaman). Pastikan bekas merendam itu betul-betul bersih.

Selepas direndam, basuh bersih. Kemudian  tuangkan ke dalam bekas plastik yang di dalamnya dialas dengan kain basah. Pastikan kain betul-betul bersih.

Akhir sekali siram kacang itu dengan air bersih / air mineral. Letakkan bekas kacang itu di tempat yang kurang cahaya matahari.
Bila sudah bercambah menjadi tauge, bolehlah dimasak.

Mari Masak Tauge:
2 cawan tauge
2 sudu minyak masak
1 lobak merah dipotong kecil ( jika suka)
1 sudu halia, di racik
4 ulas bawang putih diracik halus
Sebelah bawang besar dihiris halus.
1 biji lada merah dihiris
Garam secukup rasa.

Cara Memasak:
Bila kuali sudah panas, masukkan minyak. Masukkan bawang putih, bawang besar dan halia. Masukkan lobak merah. Masukkan tauge Masukkan lada dan garam. kacau sebentar dan siap.
Makan ketika masih panas.

2 comments:

j o h n l e h said...

En.Wahab -
Ibu saya bekas pelajar SMKR tahun '60an. Arwah datuk seorang polis - Pak Leh (Md.Salleh) Pernah tinggal di berek polis rompin di bandar lama. Kemudian selepas pencen, arwah datuk pindah ke Kg.Sepakat.

Tq

mantan said...

j o h n l e h,
terima kasih keranaa mengunjungi blog saya...
'60-an, - ibu sdr johnleh, barangkali pelajar awal ketika SMKR di buka. Tentu sahaja pengalaman ibu tu meninggalkan banyak kenangan dalam hidupnya.

Saya sendiri tidak pernah bersekolah di SMKR, cuma menjadi guru di SMKR bermula pada awal 80-an...
Terima kasih keran memberikan maklumat....