12.9.10
SOSILAWATI, AHMAD KAMIL, KAMARUDIN, NOORHISHAM:
SOSILAWATI, AHMAD KAMIL, KAMARUDIN, NOORHISHAM:
Hilang mereka diberitakan sebagai misteri dan mati mereka dibunuh dan kemudian dibakar, maka yang berlaku itu adalah sesuatu yang amat kejam dan sebab berlaku kekejaman mungkin kerana marah; namun sebab marah itu, tidaklah saya tahu...
Simpati saya kepada semua ahli keluarga yang terlibat. Alfatehah......
4.9.10
Raya
Selamat Hari Raya diucapkan kepada pengunjung-pengunjung BLOG MANTAN:
Minal Aidil Wal Faizin, Kullu Amin Wa Antum Bi- Khairi...
1.9.10
KETUPAT
Petikan video yang diusahakan oleh Ayuni7 ini mantan ambil daripada YouTube. Terima kasih Ayuni7
31.8.10
27.8.10
COMELNYA DIA BERBAJU KEBAYA!
COMELNYA DIA BERBAJU KEBAYA!
Di situ tiada siapa yang tahu sama ada dia sedang haid...
Di situ tiada siapa yang tahu sama ada dia sedang haid...
Ahli politik sedang menjalankan peranannya...
25.8.10
YG BAIK, TELADAN, YG BURUK, SEMPADAN
Saya, paparkaan video ini bukannlah berniat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak yang dipaparkan dalam video ini maupun orang yang menghasilkan video ini. Saya kutip video ini drpd YouTube, supa kita dapat berlatih berfikir dengan waras....
16.8.10
BLVM (Bubur Lambuk Versi Mantan)
Enjin carian Firefox menyenaraikan 25,300 entri
berkaitan tajuk “Resepi Bubur Lambuk”.
Salah satu daripadanya ialah BLVM. Cubalah….
BUBUR
LAMBUK VERSI MANTAN (BLVM)
(Untuk
5 orang)
Bahan-bahannya:-
- 2 cawan beras
- 4 ekor ikan kembung bersaiz sederhana
- 2 cawan santan drp sebiji kelapa/ santan kotak
- 5 ulas bawang merah dikisar halus
- 2 ulas bawang putih dikisar halus
- 1 inci halia dikisar halus
- 7 cawan air
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa (jika suka).
- 2 sudu serbuk lada hitam
- 10-15 tangkai pucuk paku merah
- 1 helai daun kunyit
- 3 tangkai daun kesum ( lebihkurang 20 helai)
- 3 tangkai daun selasih.( lebihkurang 25 helai)
- 2 helai daun kaduk.
Cara-cara
mengolahnya:-
- Bersihkan ikan kembung, sapu sedikit garam dan bakar
hingga agak garing.
- Bersihkan beras dan masaak hingga menjadi bubur, Tambah
air jika kurang.
- Ikan kembung bakar dibuang tulang dan diracik-racik
isinya.
- Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar
- Setelah beras menjadi bubur,kecilkan api, masukkan
bahan kisar dan ikan.
- Masukkan santan, pastikan tidak pecah minyak.
- Masukkan sayuran yang telah disiang dan dibersihkan.
- Akhir sekali, masukkan garam serbuk lada hitam dan
serbuk perasa.
- Kacau dan apabila budur mula mendidih, angkat.
Ikan memang kena bakar (bukan
direbus),dan jangan dikisar (memadai diracik sahaja). Tak ada ikan kembung, ikan selayang pun boleh. Ikan tamban pun boleh
juga, tapi tulannya banyak. Mungkin daun selasih dan daun kaduk sukar
diperolehi. Tak ada pun taka pa, tapi rasanya bukanlah BLVM.
Kalau BLVM dirasai sedap, nanti saya
akan masukkan entri bertajuk MKVM (Mee Kari Versi Mantan) pula…. Selamat
berpuasa……
13.8.10
12.8.10
BANYAKNYA MAKAN!
Makan berlebihan ketika berbuka puasa menyebankan rasa mengantuk, boleh menghalang kita melaksanakan kewajipan kepad Allah mahupan kepada diri sendiri.
Makan secara yang tidak betul boleh menyebabkan:-
1. Gangguan pencernaan - disebabkan oleh makan berlebihan makana, goreng, berlemak, makanan pedas dan minuman berkarbonat.
2. Sembelit - disebabkan oleh terlalu banyak makan makanan siap diproses, makan tidak ber serat atau kurang minum air. Bijirin, bua-buahan dan sayuran kaya dengan serat makanan.
3. Kelesuan - disebabkan tekanan darah rendah keranaa terlalu banyak makan makanan yang berkanji dan berlemak.
4. Pening Kepala - disebabkan oleh kurang tidur dan terlalu aktif secara fizikal.
5. Kejang Otot - disebabkan kurang pengambilan makana yang mengandungi kalsium, magnesium dan kalium. Makanan kaya dengan kalsium termasuk brokoli, buncis, okra, lobak, almond, kismis, biji bijan dan produk susu. Makanan yang kaya dengan magnesium termasuk: bran, beras merah, tepung jagung, keju, kuning telur, pisang, epal, kurma, almond, lobak, terung dan bunga kubis. Makanan yang kaya kalium termasuk: keju, epal, tembikai, aprikot, nanas, ayam, kacang tanah, kubis, dan timun.
6. Kurang tidur – Tidur diperlukan untuk memastikan kesegaran badan terutama bagi mereka yang bekerja atau atau belajar. Kurang tidur menimbulkan kegelisahan, sakit kepala dan masalah. Tidur selepas makan juga menyebabkan masalah pencernaan. Makan sekurang-kurangnya 1 - 1 ½ jam sebelum waktu tidur.
7.8.10
RAMADHAN AL-MUBARAK
Kepada rakan-rakan blogger dan fb sekalian:
Diucapkan:
"SELAMAT MENYAMBUT KEHADIRAN RAMADHAN AL-MUBARAK
DAN
4.8.10
NIKAH
2. Kemudian kerajaan negeri Melaka juga "menggalakkan" ibu bapa memberi kebenaraan kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah.
3. Mengikut laporan akhbar, Majlis Agama Islam Melaka dan Jabataan Agama Islam Melaka bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.
Kita harap segala keputusaan yang akan dibuat tidak terlepas daripada mengambilkira semua aspek berkaitan isu tersebut.
2.8.10
Subscribe to:
Posts (Atom)







