20.9.08

BAGAIMANA AJAL SANG TUPAI


Seorang petani amat marah akan tupai yang makan buah mangga di belakang rumahnya. Hendak ditembak, senapang tiada. Diletak racun, tidak dimakannya. Hendak dikejar, tidak terdaya.

Hatinya marah, semarak membara. Geramnya menyebak dada. Dalam marahnya itu, sempat jua dia menyiapkan sebuah perangkap. Dipasang segera di dahan pohon mangga tempat laluan sang tupai.

Petang itu, hampir waktu maghrib, perangkapnya mengena. Seeokar tupai terlompat-lompat di dalam perangkap. Namun hatinya masih belum puas selagi dendam kesumat belum terlepas, selagi sang tupai belum terhapus.

Dalam marahnya, si petani menyirami badan sang tupai dengan minyak tanah. Melompat-lompat, berdecit-decit sang tupai dibasahi minyak. Tanpa banyak fikir lagi, sang petani mencucuh api ke badan sang tupai.

Menjerit sang tupai kebakaran. Akhirnya, dalam rontaannya, sang tupai melepaskan diri. Tidak keruan lompatannya, sepantas kilat memanjat bumbung atap nipah rumah si petani.

Malam itu, terang semarak lidah api menjilat rumah si petani hingga menjadi abu.

4 comments:

Anonymous said...

hmmmm demikianla melayani kata hati yg amarah...
ckgu wahab i would like to know more about u. skrg dh bersara buat apa...
saya bersara tahun 2018 nanti
ingat nak buka bakery shop jer.
saya ngajar di Kuantan

Anonymous said...

Seri Benqoolen

mantan said...

Seri Benqoolen (SB),
Selepas bersara memang saya nak berniaga. Sudah pun menyediakan lesen perniagaan. Lesen kewangan pun telah disiapkan. Betullah kata orang, memang banyak cabaranya. Banyak juga duit habis beli dokumen tender. Sehingga sekarang tender pun belum merasa lagi. Benarlah kata orang, kalau tak ada "cable" sebesar betis, jangan harap nak dapat tender projek. Sabar ajelah. Kena berusaha lagi. Kalau ada rezeki, adalah tu.

Cita-cita SB tu memang baik. Dah pun ada rancangan selepas bersara. Bakery shop pun ada potensi jugak. Kalau di Kuantan tu, memang boleh.

SB boleh buat web page atau blog yang bertemakan bakery. Dapatkan sebanyak maklumat sebagai persediaan. Buat blog berkaitan resipi pun bagus jugak. Itu juga penting untuk promosi perniagaan.

Thanks for commenting. I really like blogging.

Anonymous said...

Saya memang dah lama berniat nak buat website tentang muffin dan bakery tapi tak reti sangat. Belajar pun tak habis. Anak saya pun belajar Culinary Arts di KLMU. Saya berangan nak gabungkan kemahiran anak dan ibu untuk majukan perniagaan "Aryatie's Kitchen" saya. Modal? Cikgu Wahab pandai buat blog.