18.11.08

ISU SENSITIF: BABI


Semua orang tahu agama Islam mengharamkan babi.

Tetapi islam tidak melarang orang bukan Islam menternak atau makan daging babi.


Di negara kita, isu yang berkaitan dengan babi memang sensitif. Berkaitan ini, sensitiviti orang Melayu memang diketahui oleh rakyat Malaysia yang lain.


Bagi orang Melayu, babi memang najis dan jijik. Sedangkan melihat gambar babi sudah meloyakan apatah lagi jika melihat daging babi , bangkai babi atau isi-perut babi..


Tetapi bagaimanpun jijik dan loyanya, orang Melayu tetap memyembunyikan rasa jijik dan loya mereka kerana “menjaga hati” rakan-rakan mereka rakyat Malaysia yang makan daging babi. Barangkali kerana itu juga, perkataan babi itu, suatu ketika dahulu ditukar kepada khinzir; bimbang sebutan perktaan babi itu menjadi sensitif kepada pendengaran orang lain.


Barangkali ini juga dikatakan toleransi budaya antara kaum di negara kita.

Tetapi sesetengah rakyat Malaysia masih belum cukup diajar tentang sesitiviti orang Melayu tentang babi ini. Malah ada yang sengaja menduga sensitiviti orang Melayu dengan tindakan-tindakan yang provokatif menggunakan babi sebagai alatnya..


Semoga tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini hanya kerana babi.

3 comments:

serisuryati said...

pada pendapat saya isu menggantung kepada babi di pagar rumah itu adalah satu penghinaan terhadap org melayu dan Islam. Saya sendiri sungguh terasa...menyirap darah saya....apakah bangsa yg meletakkan benda haram itu sengaja mahu menjolok sarang tebuan?

CikguSepajo said...

Satu masa dulu semasa isu babi timbul, ada seorang ahli politik kata badawi di arab jaga unta, tetapi Badawi di Malaysia jaga babi. Sekarang ahli politik ini langsung tak bersuara, apa sudah jadi?

simantanguru said...

Cikgu Sepajo,
Mati kutu lakalau kena atas batang hidung sendiri.
Gitulahkalau cakap tak serupa bikin.