26.11.08

Q, (queue),Jangan Tunggu Lama-Lama




Tadi, ketika melintasi Pejabat Pos, terlihat ramai yang berbaris sehingga ke kaki lima. Menunggu giliran. Agaknya ada kaunter yang kosong. Mungkin pegawai bercuti. Atau ada kaunter yang mengiklankan notis “Sila Ke Kaunter Sebelah”. Demikianlah Pejabat Pos; lumrahnya bilangan kaunter melebihi bilangan pegawai bertugas.


Huruf Q melintasi fikiran. Abjad Rumi ke-17 itu istimewa juga, rupanya. Kita gunakan Q sebagai akronim yang bermaksud “berbaris panjang menunggu giliran untuk mendapatkan sesuatu”. Tentunya diambil daripada bahasa Inggeris “queue”. Di Britain akronim QC merujuk kepada “Queen’s Council”; penasihat Ratu atau Permaisuri. (Di negara kita, QC bermaksud “Queen Control”). Dalam matematik, Q.E.D memberi makna “ sesuatu yang perlu dibuktikan, sudah dibuktikan”. Dalam perkhidmtan, akronim Q.C.C (Quality Control Circle ?) selalu digunakan / (diamalkan?). Mungkin ada yang lain lagi? Q Haidar?


Berbaris panjang menunggu giliran sudah membudaya dalam masyarakat kita. Baguslah begitu. Suatu kesan pendidikan nilai-nilai murni di sekolah. Sejak hari pertama masuk sekolah, murid-murid sudah dilatih beratur /berbaris.

­


Sekarang ini budaya berbaris sudah diganti dengan budaya duduk dan menanti panggilan.(nombor giliran dicetak di kupon, tunggu sehingga terpapar di skrin digital). Apakah budaya berbaris dan beratur di sekolah nanti akan diganti juga?. Ada sekolah yang sudah mengajar murid-muridnya menggunakan “kad kredit” untuk membuat bayaran di sekolah! Budaya berhutang?


Teknologi memudahkan kehidupan manusia!. Yang masih menjadi rungutan di kaunter perkhidmatan ialah, karenah manusia. Tentu ramai yang telah merasai pengalaman berhadapan dengan karenah manusia ini.


(Iklan: Robot ASIMO yang boleh berjalan dan berlari serta mencetuskan inspirasi; sudah mula digunakan di Jepun – bagi saya teknologi canggihnya itulah. Robot anak dinosaur yang peka kepada persekitaran juga telah menjadi teman kanak-kank!). Janganlah kita pula yang menjadi robot!


Sudah lama saya tidak Q di Pejabat Pos. Sesekali Q di bank. Di Pasaraya, memang Q lah. Urusan bayaran bil, transaksi wang dan lain-lain yang berkaitan dengannya, dibuat dari rumah sahaja. Sudah banyak perkhimatan on-line. Bank on-line, Pos On-Line dan banyak perkhidmatan lain – tidak perlu lagi Q di kaunter!


Q, queue, berbaris maupun menunggu giliran, bukan hanya untuk perkhidmatan di kaunter sahaja. Dalam hidup, tiada siapa pun yang tidak pernah menunggu giliran. Apakah yang sedang anda tunggu sekarang ini? Menunggu gaji ?, naik pangkat?, naik haji? menjadi calon? anak pertama? menunggu disuruh? makan tengahari? menunggu rumah baru siap? Banjir reda?. Tunggulah apa-apa sahaja yang patut ditunggu. Kita memang berhak menunggu. Tetapi jangan tunggu lama-lama…

12 comments:

Anonymous said...

Saya memang jenis yang TIDAK TAHAN menunggu lama-lama oleh selaras dengan kemajuan teknologi saya lebih selesa membayar segala jenis bill melalui internet. Saya sebolehnya ingin membawa diri saya seiring dengan kemajuan teknologi walaupun usia semakin senja. Memikirkan usia begini, saya tertunggu-tunggu saat bilakah saya boleh REHAT sepenuhnya dari profesion perguruan.

kembara kelana said...

cikgu
menunggu giliran memang sentiasa berlaku dalam kehidupan kita. tak akan habis.
tunggu giliran masuk bilik air
tunggu giliran suami datang [ kalau ada dua isteri ]
tunggu giliran jadi senior [ kalau kat u ]
tunggu giliran naik bot kalau ke tioman
tunggu giliran naik pangkat
tunmgu giliran nak bayar di kfc
tunggu giliran repair keta
tunggu giliran pam tayar dan isi minyak
tunggu giliran nak cucuk kat ATM masa gaji
tunggu giliran kena panggil masa temuduga
sampai tak tersenarai menunggu giliran ni cikgu.
yang paling takut..tunggu giliran nak meninggalkan dunia yang fana ini.
Salam

Anonymous said...

Cikgu...mcmana pun kita,walopun VIP ke sapa ke... mati je yg kita x leh tunggu...smua akan dtg tiba2.... kalo kita leh tggu mati,sure kita dah standby dengan tasbih sentiasa ditangan... mulut terkumat kamit dipenuhi zikir... tiada keinginan buat dosa yg disedari @ x disedari....

mantan said...

waruna,
Waktu senja juga mempunyai keindahan panoramanya yang tersendiri. Waktu REHAT itu nanti akan sampai juga.

usop,
Sebab itulah kita dianugerahiNya sifat kesabaran supaya kita tenang menanti giliran.

ikan the legend,
memang tidak kita ketahui bila masanya. keadaan sedemikian sudah tentulah ada hikmah di sebaliknya.

Salam.

Juita said...

saya dah lame nunggu suami blk keje di kg sy. Dah lame dia keje di Perak. Skrg, penantian sy dah berakhir. Suami kini sllu di sisi

mantan said...

Juita, tentnya selama itu Juita sentiasa bersabar menanti... akhirnya doa dan harapan termakbul jua. Kehidupan tentu lebih bahagia.

Seri Suryati said...

penantian suatu siksa yang tidak tertanggung
banyak lagu-lagu menggambarkannya...lagu yusni hamid, kumpulan harmoni, hetty koes endang dan bnyk lg.

mantan said...

Seri,
Bayangkan berapa ramai manusia di seluruh dunia, sekarang ini sedang menanti... Penantian boleh mencetuskan pelbagai tindakan susulan...Penantian ini ada hikmahnya...

CikguSepajo said...

Saya paling tak suka orang potong Q

yusofsipan said...

Kalau Q di ATM, saya pernah suruh anak yg berbaris dan saya tunggu di dalam kereta, apabila dah tinggal seorang dua nak sampai giliran baru ler saya datang....

mantan said...

Cikgu Sepajo,
Saya perna terjumpa "mat bangla" berkerumun di depan ATM (Bank). Tak pandai beratur pulak tu. Baru dapat ATM Card. Puaslah orang lain nunggu.

mantan said...

cikguyusof,

sop rompin kembara kelana ajak chatting tu...