28.12.08

Rindu, Cucu, Blog, Buku, Warga Asing dan Adab.

Beberapa hari tidak saya kunjung blog rakan-rakan kerana saya berada di Johor Bahru. Mahu bersama anak dan cucu, mengubat rindu.

Johor Bahru sibuk seperti biasa. Saya sempat singgah di Pasaraya Angsana dalam perjalanan pulang. Di situ memang sibuk . Warga negara lain sama ramainya dengan warga tempatan. Barangkali Hari Minggu, pekerja warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Vietnam, China diberi cuti oleh majikan.

Tempat melepak yang popular, tentunya di supermarket. Warga Singapura pula memang berbelanja di Johor Bahru. Anak saya sempat berkata,
"Abah, kalau kita campak seulas kacang dari tingkat atas, tentu akan kena kepala warga asing!"

Jika saya singgah di pasaraya, tempat yang pasti saya kunjungi ialah kedai buku. Terdapat judul baru terjual. Pasaran buku tampaknya laris juga. Kedai buku memang sentiasa ramai. Atau memang tahap pembacaan sudah meningkat.

Hari ini saya membeli 3 buah buku:
"Kesantunan Orang Melayu oleh Noriati A.Rashid"; "Law of Attraction oleh Michael J.Losier" dan "Writing in General and The Short Story In Particular oleh Rust Hills".

Beberapa hari tidak membersihkan peti E-mail, inbox sarat. Ada juga maklumbalas rakan-rakan yang tidak gemar memberi maklum balas melalui blog (sebab tak ada blog - tak tahu kenapa).


Banyak juga "sampah" yang masuk ke kotak e-mail. Apa nak dikata, "pejabat pos maya" dibuka 24 jam sehari; memang tiada waktu cutinya. Banyak e-mail "hampas" dalam bentuk iklan pujukan untuk melariskan jualan. Semuanya hendak dijual, apa sahaja yang boleh dijual: barangan maupun perkhidmatan. Yang sah maupun tidak sah.Yang halal, juga yang haram.

Yang percuma pun banyak juga.Yang dibimbangi ialah kiriman yang berisi perangkap virus. Jika dijangkiti, penyakit maya ini akan menular sehingga boleh merosakkan data komputer!

Hari ini juga saya menerima e-mail yang sangat menarik kandungannya. Antara kata-kata yang menarik yang ditulis oleh pengirimnya: ".... di dunia ini ramai yang nak jadi hero, nak jadi jaguh, nak jadi tokoh...nak jadi popular...nak tunjuk pandai... nak tunjuk terer...tapi ramai yang lakukannya dengan cara yang tidak beradab..."

E-mail itu saya jawab dengan ringkas sahaja:....."kalau begitu, adabkanlah mereka!"

5 comments:

Anonymous said...

Cikgu Wahab,

Dalam komen ni saya hanya nak sentuh tentang isu beradab tidak beradab je. Saya sangat setuju kita mesti menjunjung tinggi adab sopan dan budi bahasa dalam pergaulan dan kehidupan tapi kalau untuk George Bush tak payah, lontar je dengan kasut...tak kena tak apa, kena lagi bagus !!!

mantan said...

Sir Sazili,
Lontar kasut tu, satu cara mengadabkan juga. Sebabnya, cara begitu sesuai untuk G Bush tu...
............
Dengan merotan anak-anak yang sudah baligh, tetapi cuai solatnya, juga cara mengadabkan si anak itu.

WR said...

nampaknya kalau guru tu kemana pun pergi mesti sukakan buku. Saya pun pantang jumpa buku baru yang menarik, mesti nak beli. Sejak kecil pun memang minat membaca.

Anonymous said...

Saya pulak nak sentuh ttg cucu, teruja ler pulak nak menimang cucu, insyaAllah 3 bulan lagi mendpt gelaran datuk laa... doakan mudah2an semua selamat!

mantan said...

Cikguyusof,
InsyaAllah, dapatlah title datuk tu.

Cucu saya umur 4 tahun. Permpuan. InsyaAllah awal Januari 2009, cucu ke-2 pula.

Mudah-mudahan semuanya selamat...