7.3.09

PPSMI: Pendirian saya.

1) Saya setuju PPSMI dihapuskan.

2) Saya setuju ada gerakan pembasmian PPSMI.

Tetapi:
3) Saya TIDAK SETUJU gerakan pembasmian PPSMI dilakukan dengan cara DEMONSTRASI JALANAN dan MELANGGAR UNDANG-UNDANG.

4) Saya setuju PPSMI dihapuskan bukan kerana PPSMI akan menghakis Bahasa Melayu tetapi PPSMI menyebabkan MURID-MURID LUAR BANDAR KETINGGALAN dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris!.

5) Saya setuju PPSMI dihapuskan bukan kerana saya dipengaruhi oleh mana-mana parti politik atau kerana saya terpengaruh dengan orang-orang yang gila kuasa.

6) Saya berpendirian bahawa memansuhkan PPSMI bukan bermakna memusnahkan PPSMI.

11 comments:

Al-Manar said...

Cikgu,
We all have our preferences. I have my own ‘keadaan serbasalah’. Is it the same as ‘situasi dan dilema’? It may take too much space to air my views as my comment here, in which case I would very likely post my thought in my almanar-nuri, one of these days. My contention lies in the standard of English in our school syllabus and the apparent ignorance and incompetence of DBP in the process of adopting foreign technical terminologies. DBP English-Malay dictionary is, to my mind, a ‘rojak’.

Anonymous said...

Gerakan anti PPSMI lebih berkesan dengan adanya demo seperti semalam.

Mahu tidak mahu PM bersuara juga tentang isu PPSMI selepas demo semalam, walhal semasa PRK ini Kuala Terengganu tempohari dan sebelumnya lagi GMP sudah bertungkus lumus membangkitkan isu ini.

Kita tunggulah reaksi kerajaan seterusnya.

su said...

salam...su sbg guru yg mengajar dikwsn pedalaman turut merasa sedih dgn prestasi anak didik su...bukan krn mereka x mahu belajar...ttp krn tidak mampu "tandingi" kehebatan spti anak2 di bandar yg ibu bapa kebanyakannya fasih bercakap bahasa inggeris berbanding anak2 mereka yg kerja di sawah bendang & di ladang...

hrp mereka2 lebih "peka" terhadap mslh anak2 di luar bandar...

kita hanya mentimun....

kembara kelana said...

cikgu wahab memang lembut orangnya, pendapat dan ayatnya lembut. maaf cikgu, saya ni agak 'brutal' sikit pada menyatakan pendirian saya. PPSMI bermatlamat baik, tetapi jika BI yang nak di tingkatkan, adalah lebih baik bukak pusat tusyen BI percuma di sekitar sekolah dan ajar budak budak tu BI atau balik ke sistem dulu, 1-6 bahasa ibunda kemudian masuk remove dan kemudian ada dua aliran di sm. macam masa saya dulu, so, ibubapa diberikan pilihan...jangan lah paksa paksa hingga tiada pilihan, bagi ibubapa yang cintakan bahasa ibunda...teruskan ke aliran melayu, bagi yang nak anaknya advance sikit...masuk aliran BI..ada kawan saya di KPM di suruh keluar dari mesyuarat hanya kerana menyatakan pendapat kritis..dia dikatakan melawan dan tidak menyokong..perlaksanaan dibuat secara tergesa gesa dan tidak mahu menerima pendapat orang..akhirnya dasar itu merugikan bangsa, dan kerajaan juga mendapat malu dan aib. anak saya 3 orang menjadi mangsa bodoh 3 subjek. terkial terkial macam ornag lemas dalam air bila belajar...kesian cikgu. memang dasar ppsmi ni nyakitkan hati sungguh.

mantan said...

Al-Manar,
Yes sir, it's true, we have our preferences. But what do ke kampung students have. They need English. So, focus on English. They want English. They want Mathematics and Science too. But with PPSMI, they get nothing.

mantan said...

mendewa,
Saya berstuju dengan gerakan itu. Yang saya tidak bersetuju ialah: sebahagian besar yang berdemonstrasi itu, bukan kerana PPSMI. Isu pembasmian PPSMI dijadikan "kenderaan" supaya dapat "ditumpangi" untuk pergi ke "destinasi" lain. Hasrat gagasan yang murni sudah tercemar dengan hasrat penumpang yang mempunyai halatuju yang berbeza. Ramai yang terkena tempias pencemaran itu, terutamanya kaum guru.

mantan said...

Su,
Jangan sedih su, sebab dalam keputusan UPSR yang lalu ada murid-murid luar bandar yang gred BI, Mts dan Sainsnya lebih baik daripada subjek BM.

Walaupun terasa pelik, tetapi tidaklah menghairankan!

mantan said...

KK,
1) Kita guru-guru yang menjadi "pelaksana" memang banyak idea. Tetapi kita selalu diarah supaya "ikut saja apa yang disuruh kerana sudah menjadi dasar". Maknanya kita terima dan buat saja. Segala perencanaan program itu "kerja orang atas".

2)Saya rasa, kemarahan tidak semestinya ditunjukkan dengan kekerasan. Kemarahan yang dilahirkan dengan kekerasan dibimbangi akan dikuasai oleh emosi yang mebuak-buak dan seterusnya akan kehilangan pertimbangan akal.

Ah Win said...

cikgu, kalau english tu hanya digunapakai 1-2 jam itu pun dalam masa pnp..macamana nak improve..
sy mmg setuju mansuhkan saja
kesian pada budak

mantan said...

Nik awin,
yelah nik.

CIKGU NAMAN said...

bernas sekali!!!!