18.5.09

Tercapaikah O.......nya?

Mulanya saya nak masukkan entri ni pada 16 Mei, tapi rasa tak sesuai. Macam ‘kacau daun’. Mood sambutan hari guru sedang hangat.


Nak tulis sebelum 16 Mei, macam nak “mengajar” pulak.


Saya percaya sehingga hari ni hari guru tahun ini masih dirayakan. Macam2 acara diadakan di sekolah. Perutusan, nyanyian, ikrar, sukaneka, acara pentas, perarakan, hadiah, jamuan dan sebagainya. Ini biasalah. Tak ada acara macam ni, mana seronoknya hari guru.


Kalau cadangkan yang bukan-bukan, siapa yang setuju. Sesekali cikgu-cikgu nak seronok ‘beraya’ apa salahnya.


Maka saban tahun, itulah perayan dan sambutannya. Seronok juga!

(Teringat satu ketika dulu, saya cadangkan Kelab Guru buat forum hari guru dengan menjemput ibu-bapa – tak maunya).


Cuma kadang-kadang masa nak rancang sambutan hari guru, terlupa pula nak rujuk objektif hari guru yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran. Masa nak rancang sambutan tahun depan, mungkin boleh rujuk objektifnya.


Kalau nak baca objektif hari guru, di bawah ni. Lepas tu check balik, tercapai tak objektifnya sambutan tahun ni:-


Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.


Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.


Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.


Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.


Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


Semoga sambutan/ perayaan hari guru lebih meriah, tahun depan.


15 comments:

Anonymous said...

Cikgu Wahab, Saya ada pengalaman manis semasa menjadi pemangku Pengetua di SMK Sungai Koyan (F) tahu 1995 dahulu dimana yang menganjurkan sambutan ialah ibubapa dan pengurusan Felda, Koyan 1, Koyan 2 dan Koyan 3. Sesungguhnya peristiwa itu manis dalam ingatan sehingga saya catat dalam salah satu entri tahun lalu.
Nampaknya sahabat-sahabat kita para guru masih dibentengi oleh rasa untuk diraikan belum sampai lagi ke peringkat menghayati dan membudayakan ilmu.
Cikgu Wahab sebagai mantan dan saya yang akan menjadi mantan 6 minggu lagi, mari sama-sama melalui media yang kita kawal (blog) menghantar idea ini kepada mereka yang sedang berkuasa di sekolah, di PPD atau JPN. Sekian TK

yusofsipan said...

mantan, macam tidak tergamak ler pulak rasanya nak buat check list tu.... apa yg berlaku setiap tahun semasa merayakan sambutan hari guru ialah kami guru2, syok sendiri....!!!

en_me said...

sonoknyerr cikgu tewww.. salamms

mantan said...

alberangque,
1.Jika kita mengambil peluang pada tempat dan masa yang sesuai, sesuatu yang menakjubkan mungkin berlaku.

Saya berpelangaman 3 tahun di Felda, cukup menyeronokkan. (Belum puas, sudah 'dipinang' oleh JPN untuk buka SMK seri Pekan). Felda mempunyai keunikan tersendiri. Ada struktur, penempatan dan masyarakat yang otomatis terbina. Ada Pentadbir, Struktur Blok, Penempatan, JKK yang memudahkan sekolah untuk merancang kejayaan (jika mahu).

Saya sangat gembira melihat kejayaan sekolah SMK Perantau Damai, Muadzam Shah,ketika saya 'meneroka' sekolah tersebut pada awal 90-an.

2. Yang ada pada saya hanyalah sedikit pengalaman. Tidak sama dengan mereka yang mempunyai pelbagai ilmu yang melimpah ruah (didapati melalu pelbagai cara ketika berkhidmat). Mereka beruntung kerana lebih mudah membena kejayaan (jika mahu).

3. Selamat bersara, (6 minggu tu, lambat lagi).
Kita ada cara untuk memberikan buah fikiran (Itupun kalau orang mahu). Terima kasih.

mantan said...

Cikguyusof,
Memang kita perlukan keseronokan tu.
Cara perayaan tu dah membudaya sejak mula diperkenalkan sambutan haru guru. Nak buat camne ! Bukan senang nak ubah. "Raya"-nya kan lebih penting drp "sambut"nya tu.

Dulu pernah saya cadang kat PPD, supaya ubah sikit cara. Jawabnya: "Tak pernah pulak orang buat gitu!".

Ikut apa yang ada lah sof. tq.

Ah Win said...

memang dr pandangan so-called pemimpin memang jauh beza dari pandangan org dipimpin macam saya ni.
org kecik kami ni menjalankan polisi yg diberi orang atas-atas ni.

mungkin la boleh bg kami,cikgu kecik ni sedikit kelonggaran utk membetul-betul urat, sedikit pelepas tekanan dengan merayakan sesuatu yg di panggil 'hari guru'

dok la asik buat atas dasar 'polisi' alahai...yg bengkok nya kami..yg dibambu boss ialah kami, yang di jerkah parents..kami jugak.
harap boss yg nak hantar cadangan ke PPD/JPN tu buat aje la disekolah cikgu sendiri.
tekan-tekan cikgu kecik pun,..well, org macam kami pun ada hati pedal jugak,kan?kan?
nasib baik 6 minggu je lagi nak pencen..kalau lama lagi..alamat takde la dapat hadiah masa nak jamuan perpisahan nanti.

p/s: uish..macam tak sayang mulut je saya ni..ahahahahaha

p/s & p/S : sometimes the grass is always greener on the other side..
one shoe doesnt fit all.. (puh..puitis..100 markah utk saya!)

mantan said...

awin,

harap nik jangan salah anggap. Yang so-called pemimpin tu pun bukan semuanya sama dan bukan semuanya yang so-called polisi tu boleh gunapakai.

Kalau awin ada "pengalaman buruk" berhadapan dgn seorang "pemimpin buruk", it doesn't mean semua so-called pemimpin tu buruk (& i setuju one shoe doesnt fit all).

Kalau yang so-called pemimpin tu kerjanya suka bambu guru, tekan-tekan guru, i dont think, sama ada dia layak dipanggil pemimpin pun!

Macammana nak rayakan hari guru di sekolah, it's up tu the kelab gurulah, as long as its proper.

I cuma sebut tentang objektif. KPM bubuh objektif macam tu pun, umum je as a guideline. Its up to our creativity lah camne nak buat. I think cara cikgu rayakan hari guru itu pun, kalau kita sedar yang objektif tu ada, dah tercapai pun, setakat yg boleh capailah. & 16 mei tu satu tarikh je. Kita nak rayakan selama sebulan pun, boleh!

Its because kita cikgu. Kita tak usah biarkan orang lain menilai kita dengan penilain yang negatif.

Itu yang i fikir, bukanlah niat nak suruh "bambu & tekan" guru.

Sorrylah kalau posting i tu buat you marah.

Anyway awin, tq for the good comment, yg buktikan nik awin ni guru yang prihatin (boleh bagi 100 markah tu!). U know sometimes the greener grass on the other side is artificial.

Jangan serik nak bagi komen lagi, lepas ni ada posting yang lebih mencabar minda.

Ah Win said...

ehehehe..tak marah..cume..kenkadangkan..org besar ni terlupa dia pernah jadi org kecik jugak..huhuhuhu..

kan?kan? mana ade lg baru posting maktab, keluar2 jadi GB. kalau ada, saya patut aplly masa mula-mula isi borang dulu..hehehehehe

CIKGU NAMAN said...

sekolah saya mengadakan sambutan hari guru selepas program hari kecemerlangan..xsmpai 3 jam peruntukan waktu untuk sambutan itu..rasa mcm acara sampingan pula..

chehassan said...

Cikgu Wahab, saya ada menulis di blog saya berkaitan perkara ini. Seharusnya kepimpinan sekolah ada cara yang lebih baik menangani perkara ini agar kefahaman dan keterasaan sambutan itu lebih bermakna.

mantan said...

n@m@n,
Ikut kreativiti masing-masing...

mantan said...

chehassan,
sudah saya baca...

Anonymous said...

Salam, Nik awin, silap orang, saya bukan orang besar disekolah. Saya hanya jadi pengetua selama 5 tahun 6 bulan dan 11 bulan sebelumnya memangku jadi pengetua. Saya setuju dengan Cikgu Wahab sebab apa yang dia tulis itu betul. Dan tak salah pula nak sambut Hari Guru seperti sekarang tetapi bawalah bersama kedalam sambutan itu cara dan kaedah yang meningkatkan profesion perguruan
Saya pun benci kepada tekanan orang atas. Cuba lawat blok saya, lihat apa yang saya tulis tentang orang-orang besar disekolah ke, di PPD ke malah di JPN ke. Saya suarakan pendapat saya. Saya bukan jenis mengharap-harap akan hadiah daripada orang lain tetapi tahun ini dan setiap tahun saya banyak terima hadiah pada hari guru.
Tentang melawan boss ni saya ada sejarah tersendiri. Saya ditukar keluar daerah tahun 1992 dahulu. Tapi bak naik pangkat naik juga. Jadi jangan marah kepada cadangan saya kepada cikgu wahab. Saya kenal cikgu wahab semasa jadi pengetua dahulu. Sekian TK

rosnah said...

selamat hari guru kepada cikgu wahab.. sorry tak sempat haritu busy.Ada kesempatan memang saya singgah dan lawati blog cikgu. Saya tertarik dn alberangque, saya benci juga dengan tekanan orang atasan. Baru-baru ini saya ditanya oleh gb dalam mesyuarat guru dengan persoalannya kononnya saya mengumpatnya di internet. Saya pun tak tahu apa yang saya telah umpatnya. Dia tak baca tapi menurutnya ada orang cerita padanya. Semenjak itu saya di beri tekanan dengan pelbagai tekanan.

mantan said...

Rosnah,
Tulah gayanya. Dia tak bacapun, dengar cerita orang aje. Nampaklah tak pro nya. Macam tak rasional je. Kalau bacapun mungkin tak faham.

Pasal "lawan"orang atas ni.Kita pun ada prinsip.Kalau kita rasa betul, pertahankanlah. Kita ada pandangan kita. Orang lain mungkin tak nampak. Tak salah kalau kita jelaskan benda yg patut kita betulkan.

Saya dulu pernah "berselisih pendapat" dgn Timbalan Pengarah kat dlm pejabat dia di JPNP. Bertegang urat leher jugak (hal sekolah lah). Tapi bila masing-masing dah dapat penyelesaian secara rasional, ok lah. Niat kita bukan nak bermusuhan. Kita cuma nak buktikan apa yang kita fikir betul. Kalau orang tak terima, taklah sampai kita nak kecik hati pulak.

Camne mesyuarat tu?