6.7.10

Sebabnya Sangat Jelas: Sistem Pendidikan



Walaupun negara ini relatif kecil, Finland ialah pusat  dan pejabat pembangunan teknologi Nokia - bersama-sama dengan 800 syarikat teknologi tinggi lain. Sebahagian kecanggihan dan kepakaran teknologi Finland melimpah ke negara jirannya, Rusia.

Finland  yang terletak tidak  jauh dari lingkaran Kutub Utara, dianggap sebagai satu daripada tiga negara  yang paling kompetitif di dunia.   

Sebabnya sangat jelas:  sistem pendidikannya. 


Kerajaan Finland melakukan banyak perkara bagi pembangunan pelajar-pelajarnya. Pelajar-pelajar sentisa sibuk mengikuti dan melaksanakan progam pendidikan. Namun, pada masa yang sama, tidak ada peperiksaan  kebangsaan atau  ujian akhir tahun. Yang ada hanyalah   penilaian yang berterusan, - iaitu gabungan antara  ujian bulanan dan penilaian guru.

Finland memastikan bahawa semua murid  disediakan  makanan percuma di sekolah. Mereka diberi subsidi kos pengangutan untuk kesekolah atau pergi melaksanakan program sekolah. Kerajaan Finland menganggap bahawa ini adalah sebahagian daripada keperluan dan proses  pendidikan.  


Dari segi pengurusan disiplin pelajar, tidak akan ada pelajar yang akan dibuang sekolah. Penekanannya ialah kepada “penyelesaian hingga ke akar-umbi” jika timbul sebarang masalah disiplin pelajar.
Hanya 15 peratus permohonan untuk menjadi guru yang diterima. Hanya yang mempunyai ijazah peringkat Master diterima menjadi guru.  Secara berterusan, guru-guru dihantar berkursus  pada waktu cuti panjang bagi mempertingkatkaan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Sistem pendidikan Finland berfokus pada keperluan pelajar dan menolak sistem pengasingan pelajar mengikut  kebolehan.   Dengan demikian, akan mengurangkan jurang pendidikan antara "yang berada " dan “tidak berada”   dan mempertingkatkan  tahap prestasi  pencapaian pelajar dan orang dewasa secara lebih menyeluruh.

3 comments:

Mohamad said...

Mantan,
Banyak info yang diberikan dalam blog ini tentang sistem pedidikan. Saya percaya Kementerian Pelajaran telah mengambilkira semua perkara yang disebutkan sebelum perubahan dilakukan. Barangkali belum didedahkan kepada kita kecuali dinyatakan UPSR dan PMR akan dimasuhkan. Spt disebut oleh Pengarah Pel. Sarawak dalam ucapan Hari Guru yang lalu, penilaian akan lebih menyeluruh meliputi perkara-perkara yang tidak dapat dinilai dalam peperiksaan. Berapa banyak A's yang pelajar perolehi tidak dapat menilai sikap, sahsiah dan modal insan pelajar. Semoga pendidikan negara akan lebih mantap dengan disokong oleh guru-guru yang berfikiran positif...

mantan said...

Mohamad, Salam.

Terima kasih kerana berkongsi pemikiran.

Bukanlah mudah untuk merancang dan menanangi perubahan.

Sudah tentu, apabila melakukan perubahan, kita mengharapkan yang terbaik.

Kita boleh mengambil pengalaman terdahulu, sama ada yang baik atau tidak, yang berjaya maupun gagal.

Tidak salah juga jika kita dapat belajar daripada negara-negara lain yang jauh terlebih dahulu brjaya dalan bidang pendidikan.
Yang penting bagaimana kta mengambil teladan dan menyesuaikaan dengan keunikan dan keperluan kita pula.

cikguyusof said...

assalamuaalaikum mantan,
saya telah re-publish posting ini dlm blog sekolah saya, mohon maaf krn tidak memaklumkan dan meminta izin terlbh dulu....