6.10.08

Bagaimana Berkomunikasi (1)


Tidak ada pemimpin pendidikan di sekolah, yang tidak berkomunikasi dan berinteraksi sewaktu melaksanakan peranan masing-masing. Malah setiap pemimpin pendidikan di sekolah sewajarnya terus mempertingkatkan keberkesanan berkomunikasi.


Apakah kemahiran yang paling penting perlu diamalkan untuk komunikasi yang berkesan?


Untuk berinteraksi secara berkesan dengan sesiapa sahaja – guru, pelajar, ahli masyarakat, ibu-bapa, ahli keluarga, anda perlu memahami “siapa” sebenarnya mereka. Lebih baik jika dapat difahami “latarbelakang” orang itu. Fahamilah “diri” orang itu terlebih dahulu supaya nanti kita mudah pula difahami.

Seterusnya kita mestilah mendengar dengan sepenuh hati apa yang diperkatakan oleh mereka. Keperluan yang amat penting bagi sesaorang manusia ialah keselamatan psikologi – untuk difahami, untuk dipersetujui, untuk diperakui dan untuk dihargai.


Apabila keperluan psikologi itu dapat dirasai oleh mereka, maka tumpuan bolehlah diberikan untuk menyelesaikan masalah yang ada. Pemimpin pendidikan yang hanya menumpukan perhatian kepadan ”kebenaran” dirinya sahaja akan terpinggir dan menjadi tidak berkesan.


Pendengar yang baik …

  • Tidak menyampuk, terutamanya untuk memperbaiki kesilapan atau menyatakan sesuatu;
  • Tidak menghakimi; tetapi berfikir sebelum menjawab; dan memandang atau mengadap orang yang bercakap;
  • Duduk berhampiran untuk mendengar; serta memahami “bahasa badan” (body-language);
  • Peka dengan apa yang didengar tentang buah fikiran dan nilai yang bertentangan;
  • Peka tentang perasaan dan andaian asas disebalik pernyataan-pernyataan dalam perbualan;
  • Peka kepada apa yang diperkatakan;
  • Elakkan memberi jawapan ketika orang itu sedang bercakap;
  • Jangan mudah memberi kataputus.


Untuk menguasai kemahiran mendengar, binalah sikap keinginan untuk mendengar, seterusnya binalah kemahiran bagi membantu memperkukuh sikap itu.


Insya-Allah dalam posting seterusnya akan saya hurai kemahiran-kemahiran berkomunikasi yang lain seperti kemahiran bertanya/ menyoal; memberi maklumbalas; persepsi; memperjelas perlakuan dan lain-lain.

4 comments:

yusofsipan said...

Assalamualaikum cikgu Wahab,

Pertamanya, terimalah salam perkenalan daripada saya. Saya temui alamat blog cikgu dlm blog usof rompin (kembara kelana). Saya menjengah ke blog cikgu dan apabila mengetahui bahawa cikgu pernah bertugas di SMKR, semua kenangan ketika saya bertugas di Kuala Rompin muncul kembali. Saya mula2 di'posting' mengajar di SMUR, jiran SMKR pd 1984-1988. Saya rasa macam pernah jumpa cikgu. Saya pernah menziarahi cikgu Abu Bakar Lajat yg pd ketika itu menjadi warden asrama SMKR. Beliau kini telah pun bersara dan menetap di Muar juga. Pernah kami mengajar bersama di SMK Sri Muar.

Keduanya, saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Bathin, Kullu 'am wa antum bikhair.

Ketiganya, setinggi2 tahniah kerana membangunkan blog yg fokusnya kepada isu dan hal2 yg berkaitan dgn pendidikan. Teruskan usaha yg baik dan bermanfaat ini.

Sekian, terima kasih dan wassalam.

Unknown said...

Assalamualaikum Cikgu Yusof,

Terima Kasih kerana singgah di blog saya. Selamat berkenalan kembali. Mungkin juga kita pernah berjumpa. Cikgu Bakar Lajat itu sahabat saya juga. Tapi sudah lama tidak berjumpa.

Saya singgah di blog cikgu. Amat menarik, sempat membaca beberapa posting. Saya akan kembali nanti, membaca coretan buah fikiran dan pengalaman cikgu.

Memang hasratnya nak tulis perkara-perkara berkaitan pendidikan. Banyak yang boleh ditulis. Tapi saya masukkan juga bahan-bahan "ringan" untuk hiburan pembaca (guru?). Tulis yang "serius" saja, tak ramai yang suka baca.

Harap-harap usaha ini dapat diteruskan. Tahniah dan terima kasih untuk cikgu yusof. Jumpa lagi.

* Saya akan masukkan link blog cikgu yusof dalam blog saya.

Wassalam...

yusofsipan said...

waalaikumussalam,

Terima kasih kerana memasukkan blog saya dalam blog list cikgu.

nuribistari said...

Assalamualaikum !
Puas saya bertanya siapa empunya blog ini. Rupa-rupanya dia adalah bekas guru bahasa. Saya adalah bekas penuntut cikgu. Saya merupakan pemidato dan pembahas sekolah pada tahun 1981-1982. Kami merupakan perintis sains tulin di SMKR. Minta maaf kerana lambat perasan. Maklumlah sudah lama tidak mendengar khabar. Rasanya ingin saya terbang tinggi bersama sang nuri untuk melihat teratak lama yang hampir dua dekad saya tinggalkanya. Mudah-mudahan kita akan bertemu kembali...