Zaman dulu orang berkaki ayam. Kemudian mereka pandai menggunakan alas kaki (terompah, selipar, capal, kasut, dll). Tujuannya untuk menjaga keselamatan kaki. Di tempat-tempat yang tidak mendatangkan bahaya kepada kaki, alas kaki tidak diperlukan. Sebab itu orang tidak berkasut di dalam rumah.
Kemudiannya, alas kaki bertukar fungsi menjadi fesyen. Di manaa-mana pelbagai aneka alas kaki digunakan. Memang janggal sekali jika orang tidak memakai alas kaki. Nampak macam tak sempurna. Dan ada yang memakai kasut di dalam rumah. (Dalam tandas, lain cerita...).
(E2):
Hari Ahad ke Pasar Minggu. Dari jauh terlihat longgokan kasut. Beraneka warna. Bila dekat, wah, kasut CROCS! Ramai beli. Murah. RM 20.
Tak ori?. Memang. Yang ori, tak kan RM20!. Paling murah pun RM 160. Nampak serupa, tapi tak sama.