Kanak-kanak
tampaknya riang gembira berkejar-kejaran
bersama rakan-rakan di sekolah. Tetapi pada masa yang sama mereka juga
menghadapi ancaman stres!. Stres boleh berpunca daripada masalah keluarga, isu
buli, malah daripada sistem pendidikan sendiri!
Tanpa
kendalian yang wajar, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan akan
membawa bersamanya rasa stres berpanjangan dan kesan negatif kepada kehidupan
kanak-kanak.
Yang
dipentingkan dalam sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan adalah
pencapaian gred. Murid yang mencapai gred yang baik akan disanjung, yang gagal
pula akan keciciran. Yang gagal akan mengundang rasan rendah estim kendiri dan rasa terpencil. Ini secara tidak lansung membina
jurang pencapaian antara murid.
Kelihatanya, murid yang mendapat gred yang
rendah tidak setaraf untuk besama rakan-rakan yang berjaya.
Sistem sebegini seolah-olah memaksa murid
menerima dan menghafal apa sahaja yang diajar supaya nanti dapat dimuntahkan
dalam dewan peperiksaan. Ini mungkin mudah bagi sesetengah murid, namun menjadi
amat sukar bagi sesetengah murid yang lain, lebih-lebih lagi bagi murid-murid
jenis “hands-on”.
Ketidakupayaan
untuk bersaing hanya akan menimbulkan rasa malu dan kecewa. Lebih malang dan memberi
impak negatif kepada kehidupan jika mereka diejek oleh rakan-rakan sebaya.
Banyak masa perlu diperuntukan jika mahu
cemerlang dalam pelajaran. Mereka kehilangan kecerian kehidupan zaman
kanak-kanak. Mereka kurang bersama rakan sebaya. Mereka kehilangan peluang
untuk mempelajari kemahiran-kemahiran sosial yang penting untuk melangsungkan
kehidupan pada zamannya.
Apabila sistem pendidikan menetapkan objektif
untuk mencapai gred yang tinggi dalam peperiksaan, makaa aktiviti-aktiviti lain
akan dikorbankan. Guru-guru cenderung mengurangkan aktiviti ko-kurikulum
seperti sukan, dan tidak menggalakkan aktiviti-aktiviti yang kreatif.
Sepatunya
pelajar-pelajar digalakkan untuk menjalani lebih banyak aktiviti kokurikulam
sebagai suatu cara untuk melepaskan rasa stres selepas belajar.
Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan
memang kelihatannya mempunyai matalamat yang murni. Namun implementasinya perlu
dilaksanakan dengan teliti supaya tidak memberikan kesan negatif kepada
kehidupan murid.
Perlulah
difahami bahawa setiap individu murid adalah unik, sebahagianya mungkin cemerlang
dalam bidang akademik, sementara yang lainnya boleh berjaya dalam bidang “hands-on”.
2 comments:
salam mantan,
sebab itulah ramai budak² yang dah tak minat ke sekolah barangkali
n@m@n,
Salah satu drpd pelbagai sebab yang lain, agaknya...
Post a Comment