Seven Ages of Man:
6 weeks:-- all systems go
6 years: -- all systems "No"
16 years; -- all systems know
26 years; -- all systems glow
36 years; -- all systems owe
56 years; -- all systems status quo
76 years; -- all systems slow
--
R.M. Cornelius in The
Rotarian.
Success at: age
0-3 is not pooping in your diaper
age 4-15 is making friends
age 16-25 is having sex
age 26-50 is making money
age 51-70 is having sex
age 71-90 is making friends
age 91+ is not pooping in your diaper
If you're going to
keep on living,
you better keep on growing.
Banyak yang sudah berubah. Atau diubah. Kadang-kadang kita pun tak sedar bila berubah. Ubah mungkin ada kesan positif. Ada juga yang negatif.
Nama dan jenis makanan juga berubah.
Contoh-contohnya:
Kerepek - Cip (pisang, ubi, keladi, keledek)
Budu - Sos bilis.
Kicap - Sos soya.
Keropok - Cip ikan.
Lempeng - Penkek (Kelapa, pisang)
Agar-agar - Jeli (Kelapa)
Belacan - Pes udang.
Tempoyak - Pes Durian
Kuah - Sos (Kacang)
Air - Jus (Limau, epal, soya)
Air batu - Ais
Keropok lekor - Sosej ikan.
Barangkali dengan mengubah nama itu, jenis-jenis makanan itu tampaknya lebih komersial (Atau lebih enak?). Atau proses penyediaan makanan itu menyebabkan namanya diubah.
Mungkin nanti : ikan jeruk, ikan pekasam, cencalok, petai jeruk, jering peram dan sebagainyaa itu akan turut berubah.
Apapun, rasa enak dan bau pes udang, pes durian, pes ikan, sos bilis akan tetap kekal walaupun namanya diubah seribu kali.
Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabi
dan Rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT bagi
menjadi model terulung untuk seluruh alam serta kedatangannya juga adalah untuk
"Menyempurnakan Akhlak" (Makarrimal Akhlak) manusia. Nabi
Muhammad SAW merupakan keturanan kepada Nabi Allah Ismail dan Nabi Allah
Ibrahim.B Berikut merupakan kronologi salasilah keturunan berikut diterangkan
penama-penama yang merupakan atuk moyang kepada Baginda Nabi Muhammad SAW:
Nota
tambahan: Periwayatan tentang salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW adalah
mengikut maklumat yang diperolehi dari hadis-hadis, ahli Ilmuan Islam, pakar-pakar
Sejarawan. Nama betul mereka berdasarkan ejaan dalam bahasa Arab, Bahasa Aram
ataupun Bahasa Ibrani.
KALAU SUDAH TERLALU BANYAK / RAMAI, TAK TERKAWAL...
Kangaroo liar yang semakin membiak di Canberra, Australia, sudah menimbulkan
pelbagai masalah. Ada kejadian kangaroo yang bertembung dengan kereta di
jalanraya atau menerjah masuk ke bilik tidur melalui tingkap.
Dimaklumkan juga kangaroo
pernah melompat melintasi bumbung Bangunan Parlimen.
Masalahnya semakin gawat dan pihak berkuasa bercadang mengatasi masalah
tersebut. Percubaan pihak berkuasa Canberra mengawal bilangan kangaro dengan
cara kasi dan juga ubat pencegah bunting, menemui kegagalan.
Walaupun kangaroo mendatangkan masalah, tetapi kajian menunjukkn bahawa 80%
penduduk tidak menyokong tindakan pihak berkuasa itu.
Satu kajian lain pula menunjukkan bahawa 17% pemandu kenderaan di daerah itu
pernah berlanggar dengan kangaroo sekurang-kurangnya sekali. Mereka berharap
pihak berkuasa mengambil tindakan mengatasi masalah tersebut. Jika tidak mereka
akan bertindak memburu dan membunuh kangaroo-kangaroo itu.
Demikianlah kalau sudah terlalu banyak, tak terkawal jadinya.
PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin), jika terlalu ramai juga tak mungkin terkawal.
Tentu ada rasionalnya Kementerian Pelajaran bercadang supaya murid-murid yang pintar “lompat kelas”. Misalnya, tahun satu, terus ke tahun tiga.
Berkaitan dengaan perkara itu, ingin saya ceritakan apa yang saya alami ketika bersekolah dhulu:
1.Saya mula bersekolah di kampung saya pada tahun 1957, ketika berusia 6 tahun. Kerana ingin sangat bersekolah, saya mengikut kakak yang masuk darjah satu pada tahun tesebut. Kakak berusia 7 tahun. Oleh sebab pada masa itu umur mula bersekolah tidaklah diambil kira sangat, ada pelajar yang berusia 8 atau 9 tahun berada di darjah satu bersama-sama saya dan kakak. Darjah satu pun cuma ada satu kelas sahaja. Setiap hari saya mengikut kakak ke sekolah walaupun berjalan kaki sejauh 2 batu lebih untuk sampai ke sekolah.
2. Satu sistem yang digunapakai pada ketika itu ialah sistem lompat kelas. Pada peperiksaan akhir tahun sesiapa yang dapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam kelas akan melangkau satu kelas. Pada tahun kedua persekolahan saya sudah berada di darjah tiga meninggalkan kakak di darjah dua. Itupun setelah didesak oleh guru besar yang hendak merotan saya kerana saya masih mahu bersama kakak di darjah dua. Maka dengan berat hati “melompat”lah saya ke darjah tiga.
3. Belumpun tamat darjah tiga, saya dan lima pelajar lain diperintah oleh Guru Besar menduduki Ujian Kelayakan bagi memasuki sekolah Inggeris. Pergilah saya menaiki kereta Volkswagon Guru Besar menduduki peperiksaan di sebuah sekolah di bandar, jaraknya lebihkurang 5 batu dari sekolah.
4. Selepas keputusan peperiksaan diumumkan, saya dan seorang pelajar perempuan telah lulus. Maka “melompat”lah pula ke sekolah aliran Inggeis. Saya memasuki Special Malay Class 1, bersama 20 pelajar dari sekolah-sekolah lain yang berjaya.
5. Di sinilah bermulanya masalah. Semua matapelajaran dalam Bahasa Inggeris kecuali Bahasa Melayu dan Pelajaran Agama Islam. Walau apa pun masalahnya, setahun kemudian saya berada di Special Malay Class 2. Tahun berikutnya saya berada di Standard Six pula.
6. Pada akhir tahun Standard Six, kami wajib menduduki peperiksaan kelayakan memasuki sekolah menengah. Di sinilah ramai rakan-rakan sekelas yang kecundang. Ramai yang gagal English Language dan Arithmetic. Yang kecundang tidak akan dapat meneruskan persekolahan. Itu syaratnya. Walaupun saya dapat ke sekolah menengah tetapi merasa sedih kerana berpisah dengan rakan-rakan yang gagal.
7. Demikianlah sedikit gambaran berkenaan sistem persekolah kita pada masa mula negara kita mencapai kemerdekaan.
8. Sampai sekarang pun saya merasakan diri saya menjadi mangsa kepada sitem “lompat” kelas. Bayangkanlah setiap tahun, dalam kelas, sayalah yang paling “kecil” dan paling “muda”.
Saya seringkali dibuli oleh pelajar-pelajar yang lebih “besar” di dalam kelas. Kesan sosial dan psikologinya yang berterusan memang ketara dan sangat gawat mempengaruhi kehidupan remaja saya. Kerana ini masalah saya, dan bukan masalah sistem, maka ia menjadi sesuatu masalah yang "tersembunyi" dan tiada siapaapun yang peduli akan hal itu.
9. Di sekolah menengah, oleh sebab umur saya sentiasa “kurang setahun” daripada murid lain, saya selalu “ditinggalkan” dan tidak dapat menyertai pertandingan sukan dan kegiatan kokurikulum yang lain. Kebanyakan waktunya saya menjadi penonton sahaja, sementelahan pula saya memang mempunya rangka tubuh yang kecil.
10. Demikianlah sistem persekolahan kita…
Saya harap kesan negatif ini tidak dirasi oleh murid-murid yang “melompat” kelas nanti.
Jangan
haraplah kalau Pengetua dan Gurubesar (P&GB) dapat puaskan hati semua
orang. Kalau boleh, memanglah nak puaskan hati semua orang. Tetapi nilah dilemanya,
serbasalah. Apa saja yang dibuat, apatah lagi yg tak dibuat, semuanya serbasalah.
Teringat
lagu:
“Buat,
salah. Tak buat, salah. Jadi, semuannya serba salah” (Klik YouTube kat tepi tu..)
1.Kalau P&GB
datang awal, orang kata dia tak dapat tidur kerana stres. Tapi kalau P&GB
balik lewat, orang kata dia lembap, lambat siapkan kerja.
2.Kalau P&GB
minat sukan,orang kata dia tak pentingkan
akademik. Kalau dia tidak ikut sama acara sukan sekolah, orang kata dia tak
pedulikan kokurikulum sekolah.
3.Kalau P&GB tegur sikap negatif guru, orang kata
dia sengaja nak cari salah orang. Jika
dia tak selesaikan masalah guru, orang kata dia lemah.
4. Kalau P&GB peramah sangat, orang kata dia mengada-ngada.
Jika dia pendiam, orang kata dia anti-sosial.
5. Kalau P&GB membuat keputusan segera dan cepat bertindak,
orang kata dia autokratik. Jika lambat
bertindak, orang kata dia tak tegas buat
keputusan.
6. Kalau
P&GB selalu nak buat mesyuarat, orang
kata dia tak hirau kesibukan guru. Jika dia tak buat mesyuarat, orang kata dia tak demokratik.
7. Kalau P&GB pantau kelas, orang kata dia nak menyibuk. Jika dia tak pantau, orang kata dia
tak ambil tau pun.
8. Kalau
P&GB beli kereta baru, orang kata
banyak dapat elaun perjalanan. Jika dia guna kereta buruk, orang kata dia memang
kedekut.
9. Kalau P&GB
rancang nak buat perubahan,orang dia
dikatakan terikut-ikut dengan program orang lain. Kalau dia tak buat perubahan,
orang kata dia ketinggalan zaman.
10. kalau
P&GB menggantung persekolahan seorang murid tak berdisiplin, orang kata dia
tak buat keputusan yang betul. Kalau dia tak singkirkan pelajar bermasalah,
orang kata dia tak peka kepada masaalah
disiplin sekolah.
11. Kalau
P&GB pergi mesyuarat atau kursus ,
orang kata dia pergi berehat dan
bersantai. JIka dia tak pergi ke mesyuarat, orang kata dia tak professional.
12. Kalau P&GB bagi empowerment kepada GPK, orang
kata dia tak ada buah fikiran sendiri. Kalau dia tak beri
empowerment, orang kata semuanya dia nak buat.
13. Kalau
P&GB, selalu makan di kantin, orang kata dia tak jaga badan dan kesihatan. Kalau
dia makan di tempat lain, orang kata dia
tak tunjukkan contoh yang baik..
14. Kalau P&GB
masih muda, orang kata dia masih mentah, banyak lagi kena belajar. Kalau P&GB dah tua, orang kata dia dah tak mampu nak belajar.
Apapun, P&GB janganlah ambil hati sangat. Adat
dunia memang begitu. Laksanakanlah tugas dengan sebaik-baiknya.
Apa saja
yang P&GB lakukan, pasti ada orang
yang mengatakan, “ Jangan salahkan sekolah,.Pengetua dan Guru Besarnyalah yang
bermasalah!”
Barangkali
yang kuat akan terus kuat, yang lemah akan terus lemah, atau sebaliknya.
Bukanlah guru, jika tidak berhadapan
dengan masalah tingkahlaku pelajar yang mencabar.
Dan setiap guru ada cara mengatasinya
mengikut keadaan.
Barangkali ini sebahagian daripada tip
untuk mengurus pelajar yang mempunyai tingkahlaku yang mencabar: 1) Biarkan mereka dengan
perangainya kecuali tingkahlaku mereka menggangu dan mengalihkan perhatian orang lain di kelas. 2) Ketika kita melihat perilaku yang tidak produktif, banteras
segera.. Jika tidak, kita menghantar
mesej yang jelas kepada para pelajar bahawa mereka boleh bertingkahlaku demikian ketika kita
mengajar.
3) Gunakan teknik-teknik pengurusan kelas sebelum kita
menjadi jengkel, tidak sabar atau marah. Kita akan menjadi lebih kuat apabila kita mempunyai fokus, ketika kita menyenangi
pelajar kita, dan apabila kita sentiasa bersabar.
4) Jika kita menjatuhkan air muka
mereka, seluruh kelas akan membenci kita.
5) Adakah kita sentiasa menyenangi diri kita dan juga diri
orang lain?. Sikap kita itu akan terpancar
dan dirasai oleh pelajar-pelajar kita.
Penting bagi kita mempunyai tahap mental dan fizikal yang baik. 6) Jika kita merasa bahawa kita telah bercakap kasar
dalam usaha untuk mendidik pelajar kita, tiada salahnya jika kita memohon maaf.
7) Ingatkan diri:
"Jika menjadi guru itu mudah, semua orang
boleh menjadi guru.”
" Mengajar di kelas memang
mencabar, tetapi amat menguntungkan!”
Jika anda mempunyai tip bekaitan, marilah kita kongsi bersama.
Saja-saja saya surf. Nak tengok jenama dan iklan jam tangan. Ada macam-macam jenis, bentuk dan harga.
Pelbagai bentuk iklan jam dapat dilihat.
Tetapi ada sesuatu yang saya dapati. Hampir keseluruhan jenama jam yang diiklan menunjukkan pukul 10:10
Saya kira itu disengajakan.
Barangkali pengiklan ada rasionalnya berbuat demikian. Pengiklan memang kreatif!
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
وَالْعَصْرِ Demi masa.
إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍSesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا
بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman
dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati
kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.