Di mana-manapun, guru
mendepani pelbagai cabaran. Baik di
pedalaman, di bandar, di hulu, di muara, di gunung, di lembah, di daratan dan
kepulauan kaum guru tetap berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Seringkali diperkatakan masalah dan cabaran yang dihadapi
kaum guru di pedalaman. Infrastruktur dan kemuadhan asas yang sempurna sesungguhnya
menjadi dambaan.
Kesukaran yang dihadapi untuk ke daerah pedalaman dengan persekitaran yang menuntut banyak kesabaran bukan sahaja memerlukan lebih ketabahan malah seringkali mengorbankan banyak tenaga dan wang.
Kesukaran yang dihadapi untuk ke daerah pedalaman dengan persekitaran yang menuntut banyak kesabaran bukan sahaja memerlukan lebih ketabahan malah seringkali mengorbankan banyak tenaga dan wang.
Menjadi guru di kawasan bandar juga, tidak kurang
cabarannya. Barangkalai “kelebihan” yang
ada di bandar menjadikan guru sentiasa tercabar. Kepelbagaian suasana dan
persekitaran serta hiruk-pikuk dan kesesakan menuntut pengorbanan masa dan
tenaga yang bukan sedikit.
Para intelek pendidikan
seringkali memperkatakan tentang: Pembelajaran
Berterusan, Penggunaan Teknologi dan ICT, Pengurusan pendidikan, Pembentukan
Jatidiri Pelajar dan Kualiti Guru.
Masyarakat umumnya seringkali mengharapkan kejayaan anak-anak mereka di samping mempersoalkan kewibawaan kaum
guru.
Pada ketika yang sama kaum guru masih terus berjuang
untuk menjadi guru yang sebaik-bainya sambil terus bergelumang dengan cabaran dan masaalah
yang dihadapi setiap hari.
Guru oh guru, di mana-mana pun kalian mendidik, tetap ada cabarannya.
Kasihannya cikgu!









