Harga minyak turun. Harga barang keperluan harian bagaimana?
Harga barang kawalan memang sudah turun. Selaraskah penurunannya dengan turunnya harga minyak? Di pasaraya, bagaimana? Di kedai runcit pula bagaimana?
Berkaitan turunnya harga barang ini, saya mendapat pengetahuan / pengalaman yang menarik. Saya pergi ke kedai runcit tempat selalu saya membeli barang. Jika ke kedai saya selalu bandingkan harganya..
Semenjak harga minyak naik, harga sebungkus barang yang saya beli harganya RM 11.20 (harga asal cuma RM 9.90). Apabila kali pertama harga minyak turun, harga barang yang sama turun kepada RM 10.90. O.K lah semua orang gembira, harga turun.
Beberapa hari sebelum diumumkan harga minyak akan turun lagi, saya dapati harga barang yang sama tiba-tiba naik kepada RM 11.30. lebih mahal daripada harga asal sebelum harga minyak turun.
Apabila diumumkan harga minyak akan turun lagi dan pekedai disarankan menurukan harga barang, saya lihat harga barang yang sama menjadi RM 11.20 pula. Berapa peratus harga barangan tersebut turun jika dibandingkan dengan harga asal ketika harga minyak dinaikkan?
Saya memang tak pandai matematik!
Harga asal sebelum harga minyak (hm) naik RM 9.90
Harga ketika hm naik RM 11.20
Harga ketika hm turun RM 10.90
Harga sebelum hm turun lagi RM 11.30
Harga selepas hm turun lagi RM 11.20
Berapa sen harga barangan tersebut turun???
Barangan lain tak tahu bagaimana.