30.7.09

YANG TAHU, MUDAH; YANG BIASA, SENANG.


  1. Orang sesat mencari tempat tuju, biasalah.
  2. Pengalaman saya dua hari yang lalu, mencari destinasi, di Petaling Jaya, rasa macam luar biasa.
  3. Orang sesat di hutan, saya sesat di bandar.
  4. Dua jam memandu, putar-putar di sekitar Petaling Jaya mencari tempat tuju. Tersasar ke Shah Alam. Terbabas ke Batu Caves. Terlajak ke Kuala Lumpur.
  5. Banyak pengalamannya dalam tempoh dua jam itu.
  6. Kata orang: Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan. Pangkalnya pun tak jumpa. Entah di mana mulanya.
  7. Segan bertanya, sesat jalan?
  8. Tanya, bukan tak tanya.
  9. Jawapannya: Jalan terus, sampai traffic light ke-dua, belok kanan, terus jumpa bulatan, belok kiri dan kemudian belok kanan, sampailah. Wah! Mudahnya bagi yang tahu, senangnya bagi yang biasa.
  10. Lima orang yang ditanya, empat bukan warganegara (mula-mula tidak tahu, dengar suara dan bahasa baru tahu). Jawapannya: I don't know. Saya jawab "Thank You". Dalam hati berkata: Gi tanya kat mamat Bangla tu, buatpe?"
  11. Di stesen minyak, kebetulan berhenti seorang polis trafik bermotorsikal. Tanya. Jawabnya: "Senang je encik. Terus, selepas dua simpang, susur keluar sebelah kiri, jumpa trafik light. Tak jauh dah tu. Dah nampak. Senag je. Saya pun tinggal dekat kawasan tu." "Terima kasih, encik." Wah!, mudahnya bagi yang biasa.
  12. Apa sudahnya? Berhenti di stesen petrol. Ambil laptop anak di bonet kereta. Cucuh mobile modem. Surf. Cari destinasi di Google Map. Semua ada. Anak jadi co-pilot sambil gelintar cursor, akhirnya….. sampai.
  13. Yang tahu, mudah. Yang biasa, senang. Yang canggih, beres. Yang sesat, lega…



25.7.09

e-B jadi e-L

  1. Tajuk utama sebuah akhbar tabloid hari ini : e- Book jadi e-Lucah
  2. Sudah diduga, di samping yang positif, pasti ada yang negatifnya
  3. Usaha kerajaan Terengganu membekalkan komputer mini dan perisian pembelajarannya kepada murid-murid Tahun Lima di negeri itu, pastinya mempunyai tujuan yang positif.
  4. Yang negatifnya ialah apabila komputer tersebut digunakan juga untuk memuatkan bahan-bahan lucah. (Di Gong Badak, komputer 12 orang murid sekolah mengandungi gambar dan video bahan lucah).
  5. Saya percaya pihak Kementerian, dan Jabatan pendidikan sudah bersedia dan mengambil tindakan-tindakan awal menanangi gejala negatif ini sebelum komputer itu diagihkan.
  6. Namun, kesediaan itu masih tidak dapat menandingi "kelicikan" pengguna –pengguna komputer tersebut mengeksploitasi penggunaannya – tentulah yang negatif.
  7. Bahan-bahan lucah atau pornografi, bukan sahaja boleh dimuaturun daripada internet malah tersebar luas melalui telefon bimbit , pita video, siber cafe dan cakera kompak. Ini semua boleh 'disumbat' ke dalam 'pen-drive' dan computer mini tersebut.
  8. Kita berharap semua pihak berkaitan mempunyai strategi berkesan menanangi penularan gejala negatif ini.
  9. Dan saya percaya bahawa pendidikan agama adalah strategi paling berkesan!

23.7.09

KULIAH

Walaupun sudah bersara ada juga guru-guru yang ditemui masih bertanya pelbagai perkara tentang kerjaya guru. Saya berilah pendapat setakat yang termampu. Dunia pendidikan sentiasa berubah dan berkembang pesat. Barangkali saya sudah ketinggalan.

Saya dapati semakin ramai guru yang melanjutkan pelajaran di peringkat Master. Ini memang bagus. Belajar selagi mahu, selagi mampu.

Namun ramai juga yang "mengadu hal" atau "meluah perasaan" tentang masalah dan cabaran yang dihadapi untuk menyambung pelajaran.

Ada guru yang dikehendaki hadir kuliah pada hari persekolahan, dua hari berturut-turut dalam seminggu. Walaupun kuliah bermula pada pukul empat petang, tetapi ada guru terpaksa memandu selama tiga jam untuk sampai ke tempat kuliah.

Kesukaran timbul apabila sessi persekolahan tamat pada pukul 2.30 petang. Memang tidak cukup masa untuk tiba ke tempat kuliah seperti yang ditetapkan.

Akan selesai masalah jika perkara itu dapat dirunding dengan Pengetua, Guru Besar atau Guru Penolong Kanan. Tetapi tidaklah mudah diselesaikan.

Ada Pengetua dan Guru Besar, awal-awal telah "menutup pintu" rundingan.

Saya fikir perkara ini boleh diselesaikan jika guru-guru yang akan pergi kuliah ini, diberi peluang menghabiskan waktu mengajarnya lebih awal.

Ini perlu perubahan kepada penyusunan jadual waktu. Pertimbangan dan kerjasama daripada guru-guru lain juga perlu.

Ada guru yang terpaksa bergegas menghadiri kuliah selama dua jam kemudian kembali untuk mengajar keesokan harinya dan bergegas pula selepas sekolah esoknya itu untuk menghadiri kuliah lagi.

Saya sanjung kegigihan guru-guru ini.


22.7.09

KUALITI: PERJALANAN BERTERUSAN BUKAN DESTINASI


Siapa: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Di Mana: Kelana Resort, Seremban
Bila: Semalam ketika berucap di Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia Ke-51 dan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia Ke-27

Intisari ucapan:
"
1) GB perlu mempunyai aspek kepimpinan dan pengurusan berkualiti dalam menguruskan pembelajaran formal di sekolah masing-masing.

2) Amalan itu akan menjana kualiti pelajar di samping mmentingkan budayaa ilmu dan pembelajaraan sepanjang haayat.

3) Kualiti sekolah amat bergantung kepada ketrampilan dan profesionalisme Guru Besar dan Guru.

4) Kualiti bukanlah satu destinasi tetapi satu perjalaanan yang berterusan.

5) Seluruh kepimpinan dalam bidang pendidikan mesti melakukan perubahan sosial dengan mengenalpasti kelemahan dan seterusnya mengambil pendekatan strategik untuk menananginya.

6)Setiap warga pendidik perlu mengikis keraguan tentang keupayaan sekolah kebangsaan dalam memberi dan menyediakan pendidikan berkualiti.

7)Yakin bahawa sekolah kebangsaan adalah wadah terbaik untuk memupuk perpaduan dan membangunkan potensi diri para pelajar secara holostik."

APA SELEPAS `KONVENSYEN DAN PERSIDANGAN?

18.7.09

Che Hassan Gigih Menangani Perubahan

1) Ketika mengunjungi blog Che Hassan ( http://chehassantunkuismail.blogspot.com/ ) saya tertarik dengan beberapa tulisannya berkaitan dengan PERUBAHAN. Saya tertarik juga dengan kegigihanya yang sentiasa ingin membawa perubahan di sekolahnya.

Oleh sebab Che Hassan seorang Gurubesar, saya percaya perubahan yang dimaksudkan itu lebih tertumpu kepada perubahan di sekolah.

2) Perubahan yang hendak dilaksanakaan di sekolah wajar ditangani dan diuruskan dengan sempurna kerana proses perubahan itu melibatkan banyak perkara seperi masa, kos dan tenagakerja.

Dan sudah tentu ada pelbagai pendekatan untuk melaksanakann perubahan di sekolah.

3) “Remodelling” ialah suatu pendekatan untuk mengurus dan menanangi perubahan di sekolah. Pendekatan “remodelling “ ini boleh menghasilkan perubahan yang positif dan mantap. (Seperti pendekatan-pendekatan yang lain juga).

Hasilnya akan terbentuk budaya positif kerana guru-guru, kakitangan dan warga sekolah mempunyai kemahiran, pengalaman, keyakinan dan keiltizaman bagi menggunapakai suatu pendekatan remodelling yang berkesan terhadap perubahan-perubahan yang signifikan pada sepanjang masa.

4) Proses remodelling melibatkan perkongsian isu secara kolaboratif dan menjurus kepada cara penyelesaian yang khusus. Ini membolehkan setiap sekolah membina perancangan, tidakan dan pencapaian yang boleh diukur.

5) Untuk menjayakaan proses remodelling ini, sekurang-kurangnya terdapat enam elemen utama:

Kepemimpinan yang berkesan
Budaya yang sesuai
Koloborasi yang membinaa
Pasukan perubahan yang proaktif
Proses perubahan yang terbukti berkesan, dan
Pertimbangan yang rasional, politikal dan emosional.

6) Perubahan yang ingin dilaksanakan di sekolah akan menimbulkan tindakbalas rasional, emosional dan politikal. Misalnya, terdapat guru-guru dan kakitangan sekolah, secara emosionalnya enggan melaksanakan sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.

Untuk menjayakan dan mengekalkan proses remodelling, perlu diperjelaskan sebab-sebab dan keperluan untuk berubah, visi yang jelas untuk masa depan dan perancangan yang sesuai bagi mencapai matalamatnya.

7) Remodelling akan membantu sekolah menjadi lebih fleksibel, kemampuan dan keupayaan untuk berjaya menyahut cabaran-cabaran perubahan dalam masa jangka panjang, termasuk mengekalkan segala keputusan yang telah dibuat bersama.

8) Guru-guru dan kakitangan sekolah akan lebih melibatkan diri meneruskan agenda sekolah, di samping mempertingkatkan koloborasi antara kakitangan dan sekolah-sekolah lain, organisasi, stakeholders dan agensi-agensi yang terlibat dengan pendidikan.

9) Hasilnya, sekolah :
# Mempunyai kapisiti dan kemampuan memperbaiki tahap yang dihasratkan.
# Menarik minat dan menggunakan kepakaran
# Mempertingkat fokus dan tujuan
# Membina profesionalisme
# Mencapai kejayaan yang hebat.

10) Sekolah-sekolah yang melaksanakan remodelling akan:

# Menjadikan pengajaran dan pembelajaran sebagai focus utama dan memperbaiki pencapaian dengan cara mempertingkatkan tahap profesionalisme serta membina kompetensi melalui tenagakerja.

# Melibatkan semua tenagakerja di sekolah dan stakeholders dalam membuat keputusan, dan menggunakan pendekatan-pendekatan remodelling untuk menanangi cabaraan-cabaraan utama.

# Menjadikan pengurusan perubahan sebagai sebahagian daripada kegiatan di sekolah, melaksanakaan keputusan strategik dengan segera dan berkesan di samping melaksanakan inisiatif-inisiatif baru, membolehkan guru-guru memberi tumpuan kepada tanggungjawab yang penting.

# Berkongsi pengalaman, kepakaraan, resos, dan pembelajaran dengan sekolah-sekolah lain, agensi dan stakeholders, di samping memahami, dan mengambil teladan daripada amalan-amalan yang berkesan daripada sektor pendidikan yang lain.

# Mengenalpasti guru-guru dan kakitangan sekolah mempunyai perseimbangan antara tugas dan kehidupan di samping memastikan bahawa segala tugasan dan kegiatan dilaksanakan oleh mereka yang sesuai.

# Mengekalkan bakat-bakat terbaik dengan membina persekitaran tugas yang positif dan bermotivasi tinggi.

11) Semoga usaha gigih Che Hassan ( http://chehassantunkuismail.blogspot.com/ ) akan membuahkan hasil.

15.7.09

AYAHNYA SEPERTI ANJING

Emilu Mabou, 29 tahun, wanita Ghana memilihnya menjadi suami kerana si jantan itu mempunyai kualiti sama seperti ayahnya.


Adiknya menyatakan, keluarga Mabou telah memboikot perkahwinan itu. Itu tindakan bodoh, kata mereka. Bukan itu caranya mengatasi kesunyian.


Tetapi Emilu berkata, perkahwinan itu adalah tepat kerana dia telah berdoa sekian lama mengharapkan pasangan yang mempuynyai kualiti seperti bapanya.


“Bapa saya seorang yang baik, beriman, taat kepada ibu dan selalu memberi layanan yang baik.


“Saya telah menjalinkan hubungan dengan banyak lelaki di Togo, tetapi mereka semuanya sama – pembohong dan buaya darat. Si jantan yang saya pilih sebagai suami saya ini baik, taat dan hormati saya,” kata Emilu.


Dalam majlis itu, paderi yang mengahwinkan mereka meminta penduduk-penduduk kampung supaya tidak memperolok-olok perkahwinan itu tetapi bersama-sama bergembira kerana Emilu telah menemui kegembiraan yang diidaminya.


Ketika ditanya bagaimana dia akan mendapat zuriat dengan sang anjing kesayangannya berusia 18 bulan yang menjadi suaminya itu, Emily berkata:


“Kami akan mengambil anak angkat.”


14.7.09

100%

Pelajar-pelajar di sebuah sekolah di Bregnez, Austria diberi peluang mempertingkatkan pencapaian keputusan dengan menggunakan “phone-a friend lifeline” ketika peperiksaan.

Guru mereka, Reinkard Peter – berilhamkan program reality televisyen “ Who wants to be A Millonaire” - membenarkan pelajaar-pelajar menelefon pakar jika mereka menghadapi kebuntuan menjawab soalan peperiksaan.

“Mereka boleh menghubungi, doktor, guru dan orang lain untuk membantu mereka menjawab soalan”, kata Reinkard Peter.

Katanya, setakat ini semua pelajarnya lulus peperiksaan dengan menggunakan cara ini.

11.7.09

STOCK SEDAP


Posting kali ni agak lain. Pasal makan ni.


Saya memang suka makan sup. Sup daging, ayam, ikan, sayur, semuanya suka. Tak ada lauk lain pun tak apa.

Dulu ada saya muatkan resipi “sup BCW” dalam blog ni. (Klik untuk lihat resipi). Ada yang e mail feedback. Katanya susah nak ikut resipi tu sebab ramuannya banyak sangat.


Saya kata, kalau nak buat sup yang simple pun boleh. Gunakan sup bunjut atau ‘stock cube’ pun dah cukup.


Lauk yang saya masak biasanya saya gunakan stok (stock), sebagai perasa tambahan. Masak sayur, ikan, mee dll. Kalau buat sos pun boleh letak stok ni. Masakan jadi lebih sedap.


(Bila anak-anak balik semasa cuti, minta abah masak)


Di rumah, stok ni saya buat sendiri. Senang je. Tak payah beli stok kiub tu. kalau saya makan di kedai, kalau masakannya sedap, saya tahu mesti stok yang diletak dalam makanan tu sedap. Tak payah serbuk perasa.


Cara nak buat:

  1. Letakkan 2 atau 3 kilo (atau lebih) tulang ayam (rangka) (biasanya ada dijual kat supermarket) dan masuk air sehingga meliputi tulang. [ Boleh juga kalau nak guna tulang lembu ke, kerbau ke, rusa, unta]. Rebus selama tiga hingga lima minit. Angkat, buang air rebusan sehingga habis/ kering. Isi semula air sehingga meliputi tulang dan rebus semula sehingga mendidih. (takpelah rebus dua kali. Memang tulah caranye, supaya hilang rasa hanyir / hamisnye).


  1. Masa rebus tu, campurkan lebihkurang 250 gram bawang (dihiris), 150 gram (atau lebih) lobak merah, setengah inci halia, sehelai daun bay (kalau ada). Setengah sudu lada hitam. Campuran ni supayan ada rasa ‘manis’nye. Rebus lebihkurang 2 jam.


  1. Angkat. Tapis stok. Ambil air rebusannya aje. {Buang tulang, bagilah jin makan hehehe}. Air rebusan (stok) ni boleh disimpan sehingga 2 minggu dalam peti sejuk. Kalau disejukbeku, boleh tahan sehingga 5 bulan.


Gunakan kalau goreng sayur, masak mee dll. Kalau buat sup ayam, daging, ikan, tulang, atau tomyam masukkan stok sebagai perisa tambahan ikut kuantiti yang sesuai.




7.7.09

n@m@n dan master

n@m@n (http://naman0807.blogspot.com)selalu berkunjung ke blog saya. Selalu juga menulis dalam shoutbox di blog saya.

Di bawah ni saya paste ‘perbualan’ saya dengan n@m@n.


7 Jul 09, 15:51
n@m@n: salam..apa pendapat mantan..sejauh mana kepentingan master dlm bidang kita..sbb sy tgk rmai mbr2 dh further kpd master

7 Jul 09, 16:01

mantan: n@m@n, Itu satu persoalan yang bagus. Ada pro dan kon nya. Banyak yang boleh saya bagi pendapat ttg tu. Boleh buat satu posting baru dlm blog ni. Cuma utk saat ini saya nak jawab camni je n@m@n. ... :...."Tuntutlah Ilmu walaupun ke Negara China".

7 Jul 09, 16:26
n@m@n: a'ah..betul tu..cuma nk tau apa benefit dia..kt sekolah sy ada cikgu pHD..hehe..dh nk pencen bru naik 44..jgn lupa buat post ye..hehe .

n@m@n Tanya ttg benefit buat master. Saya faham tentang benefit apa yang n@m@n maksudkan tu.

Benefitnya tetap ada. Beberapa tahun mencari dan menambah ilmu, tentu ada benefitnya. Hanya yang mengalaminya saja yang tahu.

Banyak pro dan kontra tentang faedah yg guru dapat kalau buat master. Sampai sekarang pun tetap jadi isu. Tapi ramai juga cikgu yg further study.

Anak saya yg jadi guru pun pernah minta pendapat tentang hasratnya nak buat master matematik. Saya galakkan dia buat.

Nak cerita ttg DG berapa utk master dan phd pun, apa gunanya. Mereka yang bertungkus lumus belajar, tetap menunggu benefit yang diharapkan, seperti menunggu buah yang tak gugur.

Saya pernah menghadiri temuduga untuk buat master. Ketika itu usia hampir 45 tahun. Baru beberapa tahun jadi Pengetua.

Yang menemuduga saya, salah seorangnya ia Prof. M***** A**** S****.

Saya masih ingat, selepas hampir setengah jam ditemuduga, Prof. Itu berkata “ Awak ni dah tua, bagilah peluang orang-orang muda di luar sana buat master”. Temuduga saya tamat di situ. Saya tak tahu kenapa Prof tu berkata begitu. Dan saya tak berjaya nak buat master.

Kalau ada peluang, sekarang pun saya nak buat master. Mungkin ada benefitnya.

Kepada rakan-rakan guru, saya bersetuju kalau semua orang dapat buat master. InsyaAllah ada benefitnya.

4.7.09

SOALAN ISTERI JAWAPAN SUAMI

Posting kali ini khas untuk para suami. Bukan bermakna isteri tak boleh kongsi. Boleh. Bacalah. Komen pun boleh. Malah, memang dialu-alukan.


Cuba suami kira, dalam sehari berapa kali isteri bertanya (mengemukakan soalan). Soalan remeh. Juga soalan penting. Kadang-kadang soalan ulangan. Juga soalan baru. Berkaitan dan juga tak berkaitan. Soalan biasa juga soalan yang tak disangka-sangka.


Tetapi setiap soalan, suami mesti jawab. Jika tidak, isteri mungkin kecil hati.


Apa suami nak jawab, jika isteri bertanya soalan berikut?:


  1. Jika isteri tanya: “Apa yang abang fikirkan tu?”

Suami kena jawab: “Abang sedang fikirkan tentang kitalah”.

(Sekurang-kurangnya jawab macam tu. Jangan senyap saja. Isteri akan buat macam-macam andaian).


  1. Jika isteri tanya: “Abang sayang saya tak?”

Ni soalan cepumas.!

Sekurang-kurangnya suami kena jawab: “Tentulah abang sayang!”

(Saja isteri tanya, mungkin nak kepastian kerana isteri sentiasa menyayangi suami).


  1. Jika isteri tanya: “Abang tengok dia tu lebih cantik dari saya, tak?”

Ni soalan perangkap ni!

Sekurang-kurangnya suami kena jawab: Tak.

Jangan sekali-kali jawab “ya”.


  1. Jika isteri tanya: “Apa abang nak buat, kalau saya dah tak ada?”

Maksud “tak ada” tu, meninggallah.

Suami kena jawab: “ Tak bermakna lagilah hidap abang ni. Janganlah sayang yang meninggal dulu”.


  1. Jika isteri tanya: “Abang tengok saya ni gemuk ke?”

Kadang-kadang soalan ni serbasalah nak jawab. Tapi kena jawab juga.

Suami kena jawab: “Cuba tengok abang ni, dahlah gemuk, perut boroi pulak. Tapi abang masih handsome dan @#’& * kan? (Kalau suami kurus, kena jawab camtu juga ke?)


Suami kenalah bersedia untuk menjawab soalan yang macam-macam yang sentiasa akan ditanya oleh isteri. Isteri memang suka bertanya. Itulah kemesraan.


Suami, jawablah dengan ikhlas dan mesra!.



2.7.09

SETUJU - TIDAK SETUJU

Seringkali menonton TV, meghayati movie yang ditayangkan, dalam setiap ceritanya, ada watak PEMIMPIN. Ada watak yang dijadikan pemimpin di pelbagai tahap dan peringkat. Pemimpin tidak semestinya watak utama.

Ada watak-watak lain sebagai pemimpin di pelbagai tempat, ruang dan persekitaran, mengikut plot cerita. Kecil dan besar. Penting maupun tidak penting.

Menarik juga bagaimana Pengarah filem memperjelaskan watak melalui pelakon-pelakonnya. Ada pemimpin yang digambarkan sebgai pemimpin yang:-

1. Adil
2. Angkuh, berlagak
3. Bengis, kejam, zalim
4. Bercita-cita
5. Berkebolehan
6. Berpandangan jauh
7. Bersendirian, memencil diri
8. Bersungguh-sungguh
9. Celupar
10. Cerdas
11. Cerewet
12. Cergas, dinamik
13. Dermawan
14. Dipercayai
15. Ganas, agresif
16. Jujur
17. Keji, jahat, tidak berperikemanusiaan
18. Kreatif
19. Memahami
20. Memotivasi
21. Menetapkan.
22. Mengarah
23. Menguasai
24. Menyokong
25. Mesra
26. Pemusnah
27. Penasihat
28. Penggubal
29. Peramah
30. Prihatin
31. Rajin
32. Sensitif
33. Setia
34. Sombong, angkuh, bongkak
35. Tabah
36. Tegas
37. Tidak Peduli

Banyak lagi…
Mungkin ada cara kepimpinan watak-watak itu yang kita setuju…
Ada juga yang tidak kita setuju…
Banyak juga yang bertentangan dengan kehendak dan harapan kita sendiri…

1.7.09

MEMBINA IKON DIRI - KONTROVERSI


Michael Jakson - ikon yang yang sudah termatri dalam lipatan lagenda di planet bumi. Dia gigih membina ikon dirinya.

Semasa hidupnya, sebagai ikon dia menjadi seleberiti, penghibur, pelakon dan penyanyi. Dia membina pengikut-pengikutnya. Juga penuh kontroversi. Dia juga membina kontroversi berkaitan pegangan hidupnya.

Dia membina sejarah hidupnya sendiri. Membina legenda di planet bumi. Segala-galanya sudah ditinggalkan pergi.

Untuk beberapa ketika, matinya akan tetap mengundang andaian dan kontrovesi.

Pengkebumian jenazahnya nanti akan ditimbuni kontrovesi juga. Siapakah yang membina kontroversi itu nanti?

Dari waktu hidup, sampai waktu matinya...