31.10.09
PEMANDU LELAKI PEMANDU PEREMPUAN
1 .Siapa pemandu lebi berhemah? Lelaki atau Perempuan?.
2. Lelaki anggap mereka pemandu paling pakar di jalanraya.
3. Lelaki percaya, mereka lebih pandai memandu kalau banding dengan isteri, ibu, nenek atau kakak mereka.
4. Kepercayaan ni biasanya tak dicabar; tapi sekarang tak lagi!
5. Ikut kajian, pemandu perempuan lebih berhemah dan selamat berbanding pemandu lelaki. Wah, sukanya orang perempuan!
6. Perangkaan menunjukkan, 9 kali ganda pemandu lelaki terlibat dengan kemalangan.
7. Kemalangan berlaku kerana pemandu lelaki memandu secara berbahaya -97 %.
8. Pemandu lelaki terlibat dengan kemalangan kerana memandu laju -83 %.
9. Kenapa macam tu? Kata ahli Psikologi Pengangkutan, pemandu lelaki suka ambil risiko di jalanraya.
10. Pemandu perempuan agaknya “tak rasa seronok” nak ambil risiko macam pemandu lelaki.
11. Namun perempuan ada juga “titik hitam” sebagai pemandu. Umumnya perempuan ni susah nak masuk atau keluar parking. Betul ke?
12. Ikut ststistik pihak insurans, pemandu perempuan lebih kerap langgar kereta yang ada kat parking lot tu. Selalu berlaku ketika mengundur. Kenapa gitu ye?.
13. Agaknya, bagi pemandu perempuan ni, di parking lot tu banyak kereta yang boleh sesakkan fikiran.
14. Awas, lelaki yang ada kereta baru dan masih berkilat tu, berhati-hati letak kereta di parking lot tu. Jangan kecil hati kalau kena gesel. Dah tau kat situ ramai perempuan parking, siapa suruh letak kereta baru kat situ?
15.Namun, hakikat yang tak dapat dinafikan, pemandu lelaki lebih kerap mandu dan lebih ‘batuan’nya jika banding dengan pemandu perempuan. Kalau pemandu lelaki 6,500 km, pemandu perempuan 2,900 km, setahun.
16. Lelaki ke, perempuan ke, apa2 pun, kena ada lesen memandu!
29.10.09
TAK BIMBANGLAH!
TAK BIMBANGLAH!
1. Bimbang? Apa yang dibimbangkan?
2. Secara semulajadi, perempuan lebih bimbang daripada lelaki.
3. Kadang-kadang orang bimbang sampai hilang akal.
4. Melampau sangatlah bimbangnya tu.
5. Kalau bimbang sangat, tukarkan bimbang yang negatif tu. Jadikan positif. Eh senangnya cakap!
6. Bukan semua rasa bimbang tu tak bagus. Rasa bimbang boleh jadi semacam “amaran awal tsunami”.
7. Kadang-kadang semua perkara tentang orang lain pun kita nak bimbang juga. Perempuan terutamanya, 2 kali lebih bimbang daripada orang lelaki. Ini tak elok utk kesihatan diri.
8. Kongsilah rasa bimbang tu. Separuh masaalah akan hilang kalau kita kongsi dengan orang lain yang kita percaya.
9. Lebih baik kalau kita dapat maklumat jelas. Kalau berkaitan kerja, dapatkan daripada orang yg ahli dalam bidang tu. Kalau bimbang tentang kesihatan, dapatkan maklumat daripad doktor lah!
10. Kalau segalanya terurus, mungkin rasa bimbang tu kurang. Bimbang tugasan tak siap? Uruslah sebaik mungkin. Beban tugas? kalau boleh delegate, agihkanlah.
11. Percaya tak, bersenam dan beriadah tu boleh hilangkan bimbang. Sibukkan diri dengan aktiviti riadah. Badan letih, wah seronoknya tidur. Bangun tidur, mungkin lebih relax dan rasa bimbang pun dah kurang.
12. Percaya tak, bimbang boleh bentuk pola fikiran negatif! Kena positiflah! Mindset biar positif selalu. Nanti rasa lebih sihat tau.
13. Macam nilah. Ambil sebiji gelas. Isi air, penuh. Kemudian curah hingga tinggal separuh. (Anggaplah separuh kebimbangan tu dah dapat buang!).Lepas tu cuba tengok gelas tu. Tinggal separuh. Cuba tanya diri sendiri. Gelas tu separuh kosong ke, separuh penuh? Itu boleh tentukan pola fikiran kita. Eh apa bendanya ni. Ala, cuba dulu.
14. Kalau lebih rasional kan bagus. Cuba rekodkan, apa benda yang bimbang sangat tu. Nanti check balik. Percayalah, tak semua yang kita bimbang tu akan berlaku. Hanya dalam fikiran kita saja!
15. Kalu tak boleh juga camne? Masih juga bimbang?. Macam2 dah buat. Berdoa pun sudah. Tak mahu hilang juga !. Ntahlah. Jangan bimbang… gantikan perkataan bimbang tu dengan perkataan khuatir, dan baca balik posting mantan ni! Sambil tu, jangan bimbang ye….
26.10.09
24.10.09
20.10.09
SEDAP
Ramai suka minum kopi. Ada macam-macam kopi. Ada kopi jantan, kopi gano, kopi tongkat Ali dan macam-macam lagi. Ada kopi murah, ada yang mahal. Tapi ada sejenis kopi yang paling istemewa terdapat di Asia Tenggara khususnya di Indonesia.
Kopi Luwak, paling mahal di dunia. Kopi Luwak terdapat di Sumatera, Jawa dan Sulawesi. Kopi ini asalnya dari biji kopi biasa saja. Tapi "proses"nya yang istemewa itu, yang jadikan kopi ini paling mahal.
Biji kopi ini mencecah harga sampai US$600 se pound. Dan harga secawan US$50. Kopi ini dijual di Jepun dan Amerika syarikat.
Di Filipina kopi ini dipanggil Kape Alamid. Di Timur Timor diberi nama Kafe-laku
sementara di Vietnam di namakan weasel-coffee.
Nama-nama tersebut semuanya merujuk kepada haiwan musang yang "memproses" biji kopi tersebut.
"Luwak" ialah sejenis haiwan seperti musang yang gemar makan buah kopi. Biji-biji kopi yang dimakan musang ini, tidak hadam. Tahi musang ini (biji kopi) dipungut dan diproses menjadi serbuk kopi.
Khabarnya, proses pemeraman dalam perut musang (sebelum dikeluarkan) membuang rasa pahit kopi, menjadikan kopi ni paling enak rasanya.
Dulu, biji-biji kopi dipungut di merata kawasan tempat tinggal luwak. Tapi, sekarang luwak sudah diternak khusus untuk memproses biji kopi.
Macam mana rasanya ye?
Bukan Senang…
“Over the years as a reporter, I have never seen a good school with a poor principal an a poor school with a good principal.
I have seen unsuccessful schools turned around into a successful ones, and regrettably, outstanding schools slide rapidly into decline.
In each case the rise or fall could readily be traced to the quality of the principal”.
– Bekas wartawan dan Presiden Yayasan Syarikat The New York Times, Fred M Hechinger (1920 – 1955)
17.10.09
15.10.09
Aku hanya pengantara...
12.10.09
Esok Merdeka!
9.10.09
SAMAN-MENYAMAN: TORT KECUAIAN DAN GURU
* (Unsur kewajipan berjaga-jaga bermakna suatu obligasi yang dikenakan oleh undang-undang di mana para pendidik dikehendaki mematuhi satu tahap tingkahlaku tertentu supaya keselamatam dan kepentingan pelajar sentiasa dikekalkan.)
6. Bagaimanaa tindakannya jika isu yang tersenarai di bawah ini berlaku di sekolah:
"Berjaga-jagalah" dan "jangan memungkiri kewajipan" sehingga berkemungkinan guru disaman!"
POSTING SETERUSNYA AKAN SAYA TULIS TENTANG
6.10.09
4 + 1 UNTUK WANITA SAHAJA
Handbag
yang direkacipta oleh Ginza Tanaka, seorang pereka Jepun. Harga-£1000,000.
Keistimewaan: Dibuat daripada
platinum dengan lebih 2,000 berlian. Berlian itu boleh juga digunakan sebagai
kalung dan perhiasan badan yang lain.
putih 18 carat. Rantainya menggunakan 18 carat emas. Hanya terdapat 13 buah
sahaja.
unik. Diperbuat daripada bahan buangan seperti kulit udang, plaster, kotak
rokok, uncang teh, gula getah, botol air dan sebagainya.
Hermès Matte Crocodile Birkin Bag. Harga-$120,000. Keistimewaan: Menggunakan kulit buaya, emas putih dan10 carat berlian. Hanya
terdapat sebuah sahaja di dunia. .
Lana Marks Cleopatra Bag. Harga-$100,000. Keistimewaan : Mengandungi 1,500 berlian hitam dan putih bersama 18 carat
emas putih.
APA YANG HENDAK DIMUATKAN KE DALAM
BEG TANGAN SEMAHAL INI?
4.10.09
TOP TEN (C)
Harga: $1,700,000.
Harga: $741,000.
Harga: $600,910
Harga: $455,500.
Harga: $385,250.
Harga: $379,000.
Harga: $279,000.